Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, September 8, 2015

#1257 Me Vs Rambling Post

Dah banyak tahun dah nak try buat Lemon Fusilli With Arugula by Ina Garten. Pernah tengok show dia tengah masak benda ni. Merecik air liur tak menahan! Tengok dia gaul-gaul tu hoi macam sedap gilos. Kelmarin pegi Tesco (saje pegi kelmarin sebab kupon murah start kelmarin) beli la terus bahan-bahan nak masak pasta ni. Tak banyak pun bahan yang dia pakai. Recipe ada kat sini. Malas nak taip. 
Ina's. Macam sedap je kan.
Aku pakai makaroni elbow yang biasa. Nak beli fusilli, rasa macam anak aku tak makan bentuk macam tu. Diorang makan makaroni dengan spegeti je. Toksah beli la bentuk pelik-pelik, nanti diorang tengok je bukan nak makan. Resipi aku ikut mostly macam tertera kat website. Arugula je aku tak buh sebab malas nak beli semata-mata. 
Mine
Pepagi hari lepas Adam pegi sekolah gigih excited masak ni. Hahaha... Dalam hati berbunga-bunga la nak makan dengan Zaraa. Dia kan suka benda cheesy berlemak nih. Sekali bila dah masak aku suap dia, terus kasi komen seikhlas hati TAK SEDAP! Hohoho... Dia tak suka rasa lemon-lemon ni. Selalu kan aku buat classic mac n cheese je. Kali ni terlebih memandai nak try recipe baru. Choiiii... Pastu sape nak habiskan ni... Haru haru haru. Rasa pelik la sikit makan pasta dengan rasa lemon... Tapi sedap je bagi tekak aku. Tapi tu lah... Benda muak ni bukan boleh telan banyak-banyak. Dah termenyesal di situ. Hahahahaha... Masak ikut nafsu-nafsi ni macam ni lah. Hehe... I believe every mom pun mesti ada melalui detik macam ni kan. Konon nak try benda baru tapi tak mendapat sambutan. I dare to die trying. At least! 

Tak cuba mana nak tahu kan? <<<<<======== Ayat penyedap hati selalu menjadi. Nanti aku sorok pasta ni kat ceruk yang paling jarang nampak dalam fridge. Pastu bila lelama mesti tak ingat. Bila terjumpa satu ketika nanti, Ooowwhh dah berkulat... Slam dunk! Hahahahahahahaha... Tektik busuk surirumahtangga masak tak jadi.
Sebelum ni banyak dengar tentang betapa tersohor sedapnya meatball kat Ikea. Bertahun-tahun aku duk imagine cemana la rasanya. Bebaru ni masa buat kunjungan muhibah ke Ikea, try la meatball ni. Nothing great lah. Aku rasa meatball Pizza Hut lagi jauh lebih sedap. So-so je meatball ni. Tak padan dengan reputasi. Next time kalu pegi Ikea lagi tak teringin nak makan dah kot. Cuma, aku tertarik dengan botol air mineral dia... Seksi giler... Buat aku rasa nak minum air je... Hahaha... Nyesal tak kutip bawak balik semua botol-botol air kitorang aritu. Ada satu je angkut balik sebab air tak habis. Botol plastik ni lembut, anak aku duk kemek-kemekkan what la... Memang takleh tengok benda cantik betul la budak ni.
Banyak jugak terbabas membayar di Ikea aritu. Balas dendam sekali setahun kan. Eh rasa tahun ni dah berapa kali dah. Thehehe... Nanti aku citer pasal benda yang aku beli kat Ikea by post in the next entry. Ni nak citernya, encik Jack suka benar benda-benda DIY ni. Me, I failed big time kalu melibatkan manual instruction. Paling tak suka nak pasang benda berpandukan manual. Sebab lepas tu sure aku pening mabuk ketum sorang-sorang. Padahal benda semesek je nak buat. Hahaha... Very the bongox kan.

Hari Sabtu tu satu hari tak makan nasik. Aku masak bihun soto separa instant cap Adami. Lunch dengan dinner makan tu lah. Esoknya Ahad tu sasau cari nasik la weh. Dalam esbok ada ayam je. buat nasi kerabu je lah. Ulam pakai mana ada je. Yang penting daun kesum dengan bunga kantan mesti ada. Yang lain-lain tu bonus je la. Kesum aku kutip belakang dapur je. Kantan nasib baik ada kat pasar arini. So, nasik kerabu here we go. Solok, telur jeruk, daging bakar, garlic jeruk, ikan celup tepung yilek. Kita buat mudah-mudah je. Cantik kan kaler nasik aku.. Mana satu pinggan mana satu nasik kan... Sama biru.
Nak dapatkan kaler camni, blend daun pandan dengan bunga telang. Tapis dan tanak nasik macam biasa. Buh la daun limau purut sekeping dua kasi wangi-wangi sikit.
Makan nasi kerabu sambil meniarap.
Macam best je kan tunjuk macam-macam gambar makanan. Macam kencang ke projek masak-masak aku kan... Hoh here comes trouble. Hari ni nak masak apa pulok....

No comments: