Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, September 9, 2015

#1258 Me Vs Be Malas

Okay, ni sebenarnya citer lama. Tapi aku baru nak habaq. Aku pernah citer kan aku nak cari wardrobe untuk bilik bibik aku ni. Haha.. ' bilik bibik'... Bibik cleaner balik hari pun aku takde, ni kan pulak bibik yang sehidup semati duk dengan aku. Lols.

Aku ada la survey kat kedai perabot area aku ni. Tapi takde yang berkenan di hati. Tak berkenan design, tak berkenan harga. Almari buruk rupa pun harga tak nak kalah. Hoi sakit hati, sakit mata memandang. Paling murah dan ok pada pandangan mata aku, harga dalam RM800+. But still, da-alif-rat. If you understand what I means in bahasa Kelantan. Hehe. Harga RM800+ tu untuk almari warna kayu, kalu nak kaler putih, kena order dari kilang, ambik masa berminggu-minggu. Ok, mak pangkah. Tak nak lah.

Dalam diam, Encik Jack buat research sorang-sorang. Dia cakap kat aku, ada satu kompeni ni, dia buat service penghantaran. Anything. Barang-barang Ikea pun ada. So, bila bukak web Be Malas ni, memang katalog Ikea sebijik lah. So, kitorang pun order la almari Ikea. Barang tu memang barang Ikea la. Be Malas ni as our 'personal shopper' je. Dan tukang hantar.

Bila hitung-hitung, harga almari ni yang kitorang berkenan ni campur dengan kos penghantaran yang dikenakan Be Malas, masih under budget lagi. Masih lagi murah dari kedai perabot cokia yang aku survey aritu. Menarik tak. Barang Ikea yang ada dalam katalog dalam web Be Malas ni memang harga macam kat Ikea lah. Diorang tak ambik untung pun. Diorang cuma caj kos penghantaran je. Pada aku, sangat convenient la. So, kitorang pun proceed la. Nak try shopping barang Ikea online katanya. So, Bismillah....

2 hari gitu la, barang ni sampai umah aku. Sebelum datang, diorang ada call tanya peta nak datang umah. Dalam kepala otak kitorang, sure diorang ni nak datang hantar dengan van macam van courier Pos Laju la kot. Tunggu punya tunggu, lama baru diorang call cakap tak jumpa cari rumah. So, encik Jack pun keluar la dengan motor nak lead diorang. Tercari-cari la mana gerangan van delivery diorang.

Rupanya, diorang bukan datang dengan van courier. Datang dengan Vellfire hitam berkilat. Wakakakakaaaa... Sempoi giler kompeni apa ni.. Tukang hantar tu pulak sebelum ni aku duk imagine datang siap pakai uniform paling tak pun T-shirt print nama kompeni diorang. Macam baju abang-abang courier tu la. Tapi ini tak. Sempoi datang pakai T-shirt biasa, seluar pendek khakis tu, dengan topi cap. Eh?! Macam datang hantar barang kat umah kawan-kawan je. Ni nak meniaga ke tak ni? Hahahahaha... Terkelip-kelip mata aku dengan encik Jack...

Tapi apa pun, barang kitorang selamat sampai. Alhamdulillah.. Lepas dia tolong angkut kotak-kotak ni, dia mintak izin nak ambik gambar kotak-kotak tu dalam rumah. Sebagai bukti barang dah sampai ke pelanggan. Wakakakakaaa... Lagi sekali rasa nak tergelak. Seriously? Courier lain kan kena sign tulis nombor ic bagai. Tapi diorang ambik gambar je?! Biar betik. 

Lepas tu ada la encik Jack sembang-sembang sikit dengan dia. Dia cakap dia sesambil nak balik umah family dia kat utara ni. Is that explain why he dressed like this and came with his own vehicle instead of the company's car? Atau memang diorang hantar barang pakai Vellfire je? Culture shock aku sekejap. Macam terlalu informal kan. However, aku puas hati kecekapan dan keefisienan diorang hantar barang aku dengan selamat. 
Malam tu jugak encik Jack pasang almari ni. Told you, my man loves DIY project. Benda-benda kena pasang guna manual ni dia suka sangat la. As for me, aku sangat la tak suka baca manual. 3 jam dia pasang almari ni. Kalu aku, 3 minggu pun belum tentu berjaya hehek.
Nak perabot putih nak kasi matching dengan katil punya pasal kan. Malaysia tanah airku ni punya la payah nak cari white furniture yang murah harganya. Kenapa lah ye. Kalu ada perabot putih kat kedai, sure laju je nak letak harga mahal-mahal. Padahal material sama jugak. Kayu getah.

Lepas ni pada mereka yang tak tinggal di KL, boleh la shopping barang Ikea secara online. Tak payah penat-penat beratur kat kaunter, sumbat dalam bonet angkut masuk dalam rumah lagi. Let them do it for you. Easy, right.

Tadi tukang hantar tu ada citer, dia kata sekarang ni giler-giler punya pesen manusia. Paling tak masuk akal penghantaran yang diorang pernah buat; hantar nasik ayam apa entah yang tersohor kat Shah Alam tu ke Manjung (Perak). Ada orang order nasik 3 bungkus dari Shah Alam ke Manjung. Diorang kena pegi Manjung lah semata-mata nak hantar 3 bungkus nasik tu. Lucu pun ye, kesian pun ye. Pelik-pelik lah orang skang ni. Tak paham aku.

No comments: