Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, September 9, 2015

#1259 Me Vs Baked Cheesy Brownies

Lama benar dah gatal-gatal tangan nak membakar. Bahan-bahan nak baking-baking pun dah lama beli. Kelmarin bosan tengok 2 beradik ni asyik bertomoi, aku masuk dapur diam-diam kekonon nak bersilat sorang-sorang. Takde maknanya... Assistant 2 orang ni mesti join sekali punya.
Bila dah ada helpers ni... Bukan makin cepat kerja. Hehe... Diorang lagi sebok dari aku. Orang nak kacau, dia pun sibuk nak kacau. Bila dah likat tu tau pulak nak sub kat aku keje mengacau ni. Riuh nak buat brownies je pun...
Bila kemahiran membahagi dua tak sehebat amoeba ;p
Sebenarnya Brownies ni resepi yang aku buat baru ni. Yang cedok dari fesbuk tu la. Tapi aku buat few adjustment dengan menambah layer cheese kat tengah-tengah. Teringat masa wedding sepupu aku kat SP baru ni ada tetamu yang bawak kek coklat lapis cheese kukus. Zaraa suka la ... Banyak keping dia makan. Tapi aku malas nak kukus sebab nak save gas. Kek coklat kukus yang aku makan tu kurang rasa chocolatey dia... Aku lagi puas hati rasa coklat kat brownies aritu. Makanya, aku memandai sendiri dengan tambah satu layer cheese. Pastu bakar. Nak kukus, takde bekas yang muat dalam steamer cinonet aku tu. Resipi ni untuk kek besar. Kali ni mak tak halfkan. Versi baking-baking tamak haloba.
Kek godang ni mampos kencing manis hidup balik pun aku tak mampu nak habiskan sorang. Dah niatkan awal-awal dah, kalu kek ni menjadi molek, aku nak sedekahkan kat jiran-jiran. Ok la tu kan. Dalam hati risau jugak... Sebelum tu dah la projek lemon fusilli tak menjadi. Setambun dalam fridge tu duk diam-diam tunggu masa nak slam dunk.. Ngehngehngeh... Takpe. Apa-apa hal pun kita buat dulu. Kasi hilang rasa gian ni. Selagi tak buat, menggigil tangan. Habis tak habis fikir kemudian. Boleh?
Otai-otai pemasak lain ovennya built in bawah stove. Aku yang taraf-taraf blogstar kedaung ni, bakar brownies oven parking atas stove top. Kau ado? Tempoh bakar ni kalu ikut resipi brownies coklat ni, dalam sejam gitu. Tapi disebabkan aku dah memandai tambah 1 lagi layer, masa membakar terpaksa dilanjutkan ke hampir 3 jam. Wakakakakaaaa... Silap aku gak awal-awal tu aku turunkan suhu dari resipi asal. Sebab buat aritu 40 minit dah nak garing atas dia. Erk...
Their most awaited moments..
Sampai merekah dari atas sampai ke dasar. Dalam erti kata lain, terbelah terus brownies aku. Dalam gambar ni tak nampak. Tu pun ada jugak area yang masih lembab kat dalamnya. Eh, wait... Bukan dalam resipi tu kata chewy gooey brownies ke? LOL.... Ntah ler belalang... Yang pasti, rasa coklatnya memang terbaek... Itu pun pakai cooking chocolate cap Tesco je. Kalu pakai brand Berryl's ke pebenda tu... Memang terus ke pintu syurga la kot. Lapisan cheese aku ni sikit sangat. Next time kalu tak serik lagi, bahagian cheese kena doublekan. The rest, dah ok.
video
Brownies aku ni bila potong, kat dalam tu kelihatan macam kek marble. Aih... Aku kek-kek marble ni memang sakit mata memandang. Memang aku tak suka. Tapi brownies ni sebab rasa dia supersedap, forget that marble effect lah. Tapi bila potong-potong semua untuk transfer masuk tipuware for easy storage dalam fridge tu, comot benar lah kelihatan.

Pejam mata, pejam mata. Brownies sedap, pejam mata.

No comments: