Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, September 12, 2015

#1260 Me Vs Hokkaido Chiffon Cupcakes

Fullamak... Rajin sungguh blog diva seminggu dua ni kan! Selalunya sweet tooth crave aku ni sempena pms aje... Tapi kali ni berlanjutan tak kira masa ni apa hal nak menopos ke apo ni. Mulut asek nak makan je. Bonbon pun makin tak berapa telus nak pakai jeans in one go... Dulu sekali sarung dari hujung kaki sampai ke bonbon tu senapas je sekali tarik. Now, memang ada sejenis kejadian bottle neck hahahaha... Sangkut big time!

Brownies baru ni ada lagi tak habes aku dah ikut nafsu lain pulak. Hahahaha.. Awal-awal aritu kucar-kacir cari resipi Japanese Cotton Cheesecake. Tapi bila gi Tesco tengok ada parmesan cheesecake readymade, aku beli terus lah senang. Sedap gilos. Tak rasa makan kek, rasa macam gigit gula kapas indahnya rasa baq hang. Tak tipu. 

Sehari aku boleh habis sebekas makan sesorang. Yay anak-anak dengan geweku tak minat mana kek. Boleh la aku ketamakan. Tak payah buat muka garang makan jauh-jauh tak nak share. 
Macam biasa la... Resipi ambik dari blog-blog hasil gugelan. Takde maknanya aku nak beli-beli buku resipi ni. Sebab selalunya buku resipi ni tak menepati apa yang aku nak cari. Abes, takkan nak kena beli buku masakan sampai buleh bukak mini library macam umah Nigella Lawson kan. Semata-mata nak kasi cukup segala resipi yang aku nak guna. 

Resipi aku gugel sana sini basically lebih kurang sama je. Beza berapa gram/ml je for each ingredient. So, sabsabsoi cincai boncai je lah. Ni first time baking guna meringue. Rasa macam tak caya pulak menjadik kek aku. Selalunya aku ni kalu buat ikut resipi menghasilkan benda gebu gebas ni kebarangkalian gagal adalah lebih tinggi dari berjaya. Hahahaha... Here comes my baking mojo! Bila buat menjadi ni, kick start sangat lah rasa.
Lembut sangat sampai makan boleh tersedu.
Pergh... Still tak caya lagi ni. Tapi slack la pakai papercups untuk cupcakes ni. Bila dah terlampau gebu ni, bila tak tebal, bila gigit rasa tak puas. Next time kalu masih rasa syok sendiri, aku nak guna papercups untuk muffin tu. Lagi tinggi, lagi tebal, lagi puas la effect bak menggigit gula kapas tu. Serius, kek gebu kalu nipis makan tak puas.
Ooo macam ni rupanya kalu buat kek guna kaedah telur kuning dengan telur putih asing-asing. Nasib baik blog diva dah biasa training mengasingkan egg yolk dengan egg whites tu dengan Bos IBM zaman muda mudi kitorang dulu. Pakai tangan je uols. Buat meringue ni bukan susah pun. Benda utama sekali, egg whites tu jangan setitik pun bercampur dengan yolk or any other ingredients. Bekas kena kering dan bersih. Kalu kau tak derhaka kat 2 benda crucial ni, in sya Allah meringue ko menjadik. Cheh gaya explain tu macam Chef Wan pun berguru dengan aku kan. *cough 
Tengah projek sorang-sorang.
Rajin sungguh blog diva baking-baking. Rajin sangat sampai malas masak nasi. Kahkahkah kantoi masak salah channel. Lunch tadi makan nasi arab Hadramawt. Malam pun perangat nasi belen tu la. Bebudak ni tak nak makan. Tengah layan Phenomenon tetiba terperasan kenapa suasana begitu tenang sekali... Cik Kak kita ke mana? Kalih-kalih belakang, tuuuuu dia. Tengah sedap hadap cupcakes sorang-sorang. Senyap-senyap pulak tu. Selalunya kek-kek yang aku buat sebelum-belum ni memang puas offer kat dia, dia tak nak. Kali ni siap curi lagi kek aku. Sedap sungguh la tu kot. Kalih belakang lagi sekali (sebab sekali lagi teringat kenapa senyap sangat ni) tengok-tengok dia dah lena. My cuppies certainly contains anti-insomnia effect. Jangan cakap blog diva tak payung.
Hokkaido kek ni sepatutnya ada custard cream fillings. Tapi aku takde piping set. Mati akal cemana aku nak sumbat krim dalam tu. Sudahnya tak buat custard part. Makan gitu je. Agak bland sikit lah. Kalu ada inti tu rasa la lemak-lemak sikit. Next time lah. Kalu beli piping set panjang lagi langkah aku nak menerai cream puffs pulak hihi...

Lepas ni gatal tangan nak buat apa pulak ek.

No comments: