Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, September 17, 2015

#1261 Me Vs Little Picasso In Full Swing

Cik Kak kita ni kan.. I'm proud of one thing about her. She spent most of the day doing art, drawing, cutting, molding, writing, crafting, renovating and coloring without being asked. Skang ni dah habis kertas A4 satu bundle yang encik Jack provide kat dia. Sasau lah orang tu takleh masuk opis. Hahaha.. Baru ni lupa masa gi Tesco nak beli kertas kat dia. Bagi buku tulis Adam yang tak guna, tapi feel dia lain la tulis atas kertas kosong dengan tulis dalam buku bergaris. Weekend ni kena beli lah kat dia. Kesian pulak tengok dia takde kertas nak curah idea ni. Bila dah bagi, sakit mata pulak bila tengok dia sepahkan kertas.
One thing yang bagus pasal dia ni, kalu kita bagi main henpon pun dia main sekejap je.. Pastu sambung art work dia balik. Tak tahu la pulak dia mudah bosan tu sebab aku offkan wifi, install game yang lame je.. Sebab tu dia main sekejap je. No choice kan. 
                                     
Memang berbeza sangatlah dia dengan Adam. Adam time kecik dulu kalu bagi pensel dengan kertas, langsung tak nak bagi kerjasama. Last-last suruh kitorang jugak lukis kat dia. Dia langsung tak nak buat. Sampai sekarang kalu suruh gunting or buat apa-apa keje ringkas yang memerlukan pergerakan jari-jemari (fine motor skills), memang kekok yang amat. Tak tahu lah dia saje malas or memang ada faktor yang menghadkan pergerakan dia. Something related to his medical record lah.

Skang ni aku anticipated tiap kali dia start melukis.. Sebab tak terjangkau dek akal aku kekadang tengok hasil lukisan dia. Sometimes, apa yang dia lukis tu, aku sendiri tak reti nak lukis. Kalu tengok dari lukisan dia, nampak imagination and visualization skill dia memang hebat. At least hebatlah pada aku.
 Kalu tengok lukisan atas ni, terharu aku.. Dia dah tahu dalam family dia ada 4 orang. Mommy, dia, Adam and Daddy. Which is good lah. Basic information kan.
Ini upgraded family portrait dia lukis. Bila aku tengok details dalam gambar ni... Terer lah dia. Aku yang dia imagine dalam kepala dia, ada sanggul atas kepala. Dia sendiri, rambut panjang dan serabai, pakai spek pink biru, spek mainan dia. Adam pulak, digambarkan berambut pacak (time tu memang Adam baru lepas balik gunting rambut) and ada spek kaler oren. True, spek Adam memang kaler oren. Daddy, tak pakai spek. Sebab daddy pakai lens. Impressive. At least, to me. I smiles when I first saw this drawing.

Seminggu dua ni cenderung nak tengok channel ZooMoo pulak. Time Adam pegi sekolah memang dia konker tv lah. Always and forever suruh bukakan ZooMoo kat dia. Lepas tu asek lukis gambar binatang je lah keje dia.
Uto. Unta.
Flamingo siot.
Tikus.
Semut? Kerengga? Charlie?
Lembu.
Lee Kwang Soo Jirapah.
Ayam.
Gajoh.
Dalam banyak-banyak lukisan dia, favorite aku yang lembu tu dengan gambar yang ke3. Gambar ke3 tu mula-mula tengok dah macam tak percaya dia yang lukis. Macam bukan lukisan budak-budak.

Kalu ikut Puan Menteri, dia suruh simpan dalam file semua hasil lukisan dia ni. Nanti besar-besar boleh tengok.. But, cannot lah. Terlampau banyak sangat. Sampai serabut umah bersepah dengan keje dia. Sabar je lah dah nak sel-sel otak anak berhubung kan.

Tahun depan nak hantar dia pegi Pasti. Nak hantar tadika hebat-hebat takde dekat-dekat ni. Kat Taman Pauh dengan Perda ada la.. Kawasan umah sewa lama aku. Huhu kat situ semua dekat. Nak hantar anak mengaji pun banyak tempat boleh hantar. Tadika, montesori, kumon segala pun ada. Umah skang ni Jeruk Madu Pak Ali je yang dekat ;p

Kalu tanya dia, memang dah tak sabar nak pegi sekolah. Banyak kali jugak dia tanya aku bila nak hantar dia pegi sekolah semut. Pasti tu ada gambar logo semut besar kat depan bangunan... Tu dia panggil Pasti tu sekolah semut. Hihi...

Pasti tu dia ajar guna kaedah phonics jugak ke? Anybody can verify me? Tak kisah la ajar kaedah apa pun, janji at the end dia boleh baca kira tulis. Basic requirement untuk masuk sekolah rendah cukup, jadi lah. Mak tak tinggi ambition macam ni lah gaya pemikirannya.

No comments: