Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, September 18, 2015

#1262 Me Vs Projek Musim Hujan

Tengah syok mimpi skendeles dengan Jason Statham, anak kejut suruh halau lipas atas bantal dia. Choiiii... Hahahahaha.. Sejam sebelum kejadian, anak yang sorang lagi kejut nak gi toilet, scene terperanjat tengok lipas tu jugak... Huk aloh.. No beauty sleep this week.

Macam biasa la... bila takde isu tapi tetap nak membebel jugak kat sini, kita update entri masak-masak. Minggu ni food project aku ada sangkut-sangkut sikit. Idea tak berapa smooth-flowing. Bosan asyik masak benda sama. Tapi nak masak benda tak sama, takde idea. 

Baru ni encik Jack request nak makan pulut nyior ikan kering for breakfast. Semenjak guna hob yang baru ni, api belah ring dalam tu takleh nak kecikkan macam yang former hob. So, kalau nak tanak nasik/pulut memang hangit berkerak la kat dasar periuk. Nak tak nak, kena guna kaedah kukus. Tapi malas lah pulak nak panjat ambik steamer cinonet aku kat puncak kabinet nun. Nak kukus pulutnya sepinggan je. Aku short cut kukus guna penapis santan je la. Sebelum ni cuci beras pulut terus kukus. Tapi mak aiii bercinta nak tunggu masak. Kali ni rendam dekat sejam dulu baru kukus. Cepatlah masak. Kenapalah sebelum ni degil tak rendam dulu aku pun tak tahu.

Alang-alang air kukusan tu dah ada, kelapa parut pun ada... Apa kata sesambil tu kita buat onde-onde.. Lama dah tak makan onde-onde. Kelapa parut kat negara aku duduk ni pakai kelapa parut yang orang perah buat santan tu je. Takde orang jual kelapa parut putih suci murni tu. Sebelum ni aku beli kelapa sebijik, pastu balik rumah parut sendiri. Tapi malaslah nak berpeluh di pagi hari ni. Short cut terus beli kelapa parut hitam-hitam sikit tu. Belasah je la. Onde-onde aku adalah polkadot la sikit.
Meet shrek!   ;p
Hijau tak berapa menawan sebab guna jus pandan asli. Yang cantik menawan hijau kat kedai tu semua artificial. Mak nak yang semulajadi. Tak cantik sikit takpe. Janji boleh hidup lebih lama gitu. Onde-onde aku buat selalu gula kat dalam tu tak cair. Berketul-ketul gitu. Aku tengok dah terapung terus angkat. Kena biar dia terapung lebih lama ke kalu nak kasi gula melaka kat dalam tu cair?
Breakfast budak ni join daddy dia kat meja. Skang ni agak payah nak tengok dia makan semeja dengan kitorang. Time orang lain duk kat meja makan, dia sibuk kat meja opis dia. Ada la keje melukis mengaler menyonteng..
Lepas habis onde-onde, sambung pulut nyior pulak. Tengok pulut-pulut ni teringin nak try buat pulut seri muka tu. Mek ni berehi benar lah. Kalu beli, mostly dia la tukang perabis. Tapi bila entah nak buat. Rasa macam tak konfiden nak try. Orang kata banyak pantang larang. Adoi ni leceh ni.
Banyak hari dah negara tempat aku duduk ni asyik hujan. Jom buat popcorn. One thing leceh buat popcorn kat umah, sebab dia cenderung untuk hangit. Yang kat kedai tu tak sempat hangit sebab once dia popped up, dia jatuh kat luar bekas dia. So, tak la bercampur dengan yang belum meletup tu. Yang kat umah ni bila dah meletup, dia duk sekali dengan yang belum meletup. Masaknya bukan sekaligus. Nak tunggu semua meletup tu, hangit dulu la yang paling awal terbuka. Bijik jagung jangan buh banyak. Jenuh hangit rentung nak tunggu semua masak. Periuk yang nak guna tu kena yang boleh tahan panas dan tebal. Kalu guna periuk cap buaya tu kejap je hangit kot.
Bila periuk dah senyap dari letupan popcorn, tutup api dan kaup yang cantik rupa je. Yang hangit buang. Jeles mak tengok dalam youtube mat saleh buat cantik tak hangit pun?!
Part nak buat caramel pulak.... Aku banyak kali failed. Belum sempat apa-apa, dah keras. Acaner nak tuang atas popcorn? So, aku guna tektik busuk. Buat honey butter macam kau buat honey cornflakes tu je. Sama je sedap. Yang penting, dia tak mengeras macam caramel yang aku selalu buat tak jadi tu.
Kelmarin cuti kan. Satu hari tak produktif. Lunch makan megi. Dinner stim nasik dingin goreng ayam kat adam. Baru tahu macam mana perasaan kucar-kacir bila tukang masak malas masak kan. Bila tanya nak makan apa, diam je. Tukang masak pun no idea mulut orang lain nak makan apa. Mulut tukang masak sendiri pun kalu buleh nak suruh orang suapkan.
Encik Jack join projek apam balik. Tapi apam balik dia jadi 3 segi hahaha...
Kelmarin petang menggelupur nak mengunyah. Tu lah lunch makan megi je sape suruh. Megi mi kari royal tu sedap hoi! Hahahaha... Lapar-lapar hujan-hujan, aku projek buat apam balik. Saje gatal nak try buat sendiri. Nak suruh beli, driver mesti malas keluar.
Tadaaa!!!! Hahahaha.. Jadilah untuk mulut aku. Adam cakap tak sedap macam yang beli kat pasar. Eleh tak sedap konon. Yang suruh aku buat sebijik lagi kat dia tu tak sedap la sangat tu. Apam balik aku suka yang kulit nipis dan garing. Korang suka yang tebal ke nipis?

No comments: