Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, September 19, 2015

#1263 Me Vs Makan Lagi

Semalam encik Jack cakap breakfast hari ni nak makan sandwich. Selalunya aku patuh je buat sandwich sardin semata-mata. Hari ni tetiba teringat sandwich botingkek-tingkek yang Bos IBM pernah buat suatu ketika dahulu time aku kecik-kecik. Sandwich biasa jugak, cuma digabungkan dengan lapisan telur rebus lecek. Tu yang jadi botingkek-tingkek tu. Yang pasti, rasa memang sedap. Boleh la uols try. Mudah je pun. Blog Diva tak buat keje susah-susah ni ;p
Cik Kak kita ni makan part telur dengan cheese je. Sardin dia tak nak. Rugi lah you. Makan camtu je pun boleh mintak tambah sekeping lagi tu. Mana la body tak Baymax.
Sandwich ni macam sandwich biasa la. Part telur tu rebus telur sampai keras pastu lecek dengan garfu sama itu lada sulah and timun yang diparut macam batang mancis tu. Gaul-gaul pastu ratakan kat roti yang disapu marjerin/butter/mayonis. Kalu suka buh la cheese sekali. Susunan lapisan tu ikut suka la nak buh sardin dulu or telur dulu. Mana-mana pun boleh.
Mek ni kan... Time orang makan, dia tak nak join sekali. Pastu bila semua orang dah dismiss, orang duk mandi pun dia gegar-gegar pintu jamban. Bukak-bukak pintu, tengok dia buat muka comey puss in boot sambil berkata, "...nak nasik dengan telur booooleh?" *pastu kelip-kelip-kelip mata... Duk la dia sorang-sorang makan nasik dengan telur dadar kat meja makan. Self service sampai habis makan nasi. Kicap tu sampai banjir, sampai hitam gigi-gigi dia bubuh makan dengan nasi.
Kenapa ek hujan-hujan ni perut cepat lapar? Pegi pasar baru ni tengok ada pisang nangka. Cantik sangat la tu. Sepanjang minggu ni aku goreng, rebus dengan pengatkan pisang ni. Beli sesikat je pun. Biasa la kalu sorang je makan ni memang lambat habis. Kecik-kecik dulu pernah makan pulut dengan pengat pisang. Sedap! Kukus pulut lah kejap lagi hehe meleleh air liur teringat tu.
Sejak aktif menggoogle recipe di internet ni kan, aku tengok dah makin ramai blogger Malaysia ni terer dalam food styling & food fotography. Bila tengok tu semua nampak macam sedap nak menarik. Blog yang selalu aku rujuk Mat Gebu, Azlita Masam Manis. Cantik je gambar diorang. Teringin pulak rasa nak belajar pasal teknik-teknik ambik gambar makanan ni. Tapi, kalu dah pandai, nak buat apa ek lepas tu? Kalu boleh jual pun gambar tu, nak jual kat sape pulak.. Huk aloh. Takkan nak ambik kelas bayar mahal-mahal pastu tepek dalam blog picisan aku ni je kot. Viewer 10 orang je daily. Hahahahaha...
Aku belajar kot internet ni je la... Blog mat saleh banyak pasal ni. Free! Hahahaha...

1 comment:

Anonymous said...

sila sila study ambik gambar..ada website khas tuk post gambar..alah..im mentally tired cannot even remember such thg..website tu tuk ore tepek gambar..anyone can use the pic & u will get paid.. advertising company etc byk gak ambil dr gini..ada malaysia buat gak ..some received a lot of $ tau..ambik je gambar apa2 we might think it just stupid pic..but who know it might be usefull or attractive to others to use..
ada ore tu ambik gambar bodo2 jah..tgk2 ada value..who knows..

sila sila best ambik2 gambar ni..release stress gok
ok nk samb kijo
-kakak-