Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, September 23, 2015

#1264 Me Vs Posa Sunat Arafah

19 Sept 2015
Kalu ikut plan asal, Selasa baru nak gerak balik kampung sebab encik Jack kena run experiment kat USM. Tapi kelmarin pihak USM bagitau mesin yang nak guna tu rosak, so kansel la experiment hari Selasa ni. Hari ni terus bertolak balik KB. Hahahaha.. Bab balik kampung memang no dilly-dally. Nik Pareh pun balik hari ni, molek lah pakat lumba-lumba balik umah Puan Menteri. Sebelum USM bagitau kensel tu, aku duk cakap kat encik Jack, nak cari tiket bas balik dengan budak-budak je. Boleh balik awal sikit. Puas la jumpa lama-lama sikit orang jauh ni. Tengok-tengok, USM dah kensel, boleh balik awal jugak arini alhamdulillah.

Dalam keta atas bukit somewhere in Grik, Puan Menteri call cakap dia ambik slot korban kat Kemboja untuk kitorang. Hoh, ini memang betul-betul last minute baru cakap ni. Aku dah siap potong kuku kelmarin. Ingatkan tahun ni tak buat korban dah.

Sampai umah Puan Menteri kul 2 lebih. Nik Pareh kul 12 lagi sampai. Tunggang terbalik umah Puan Menteri riuh rendah dengan suara budak-budak tamak perhatian. Drama berebut mainan tetap continues. Aku tak paham satu hal, kenapa sepupu-sepupu perempuan dia ni semua tak suka tak geng tak klik dengan dia... Kesian pulak aku tengok cik Kak kita ni bila balik. Selalu dipulaukan. Dia tak buat apa pun. Poor kid. Nak main dengan orang, orang pinggirkan dia. Last-last main sorang je ceruk-ceruk dinding. This time, ada macam-macam alat tulis alat mewarna alat menyonteng yang Puan Menteri providekan untuk diorang. Cik Kak kita ni suka la. Sepupu-sepupu dia tak layan sangat benda-benda ni sebab diorang more tu gadjet games. Huuhu... 

Tension aku bila ada yang 24jam bergadjet ni dengan kitorang. Berbulu mata den! Anak-anak aku yang dah terbiasa tak main gadjet ni, bila balik memang terpengaruh la. 24 jam mengadap! Haih... Payah la.. Sawah kita memang kita jaga. Tapi sawah orang lain kita takleh nak sibuk-sibuk. What to do... Kalu kat umah aku, anak-anak memang dah paham, our laptops walau ada 3 bijik pun, handphones walau ada 4 bijik pun, semua tu bukan hak diorang yang boleh diorang sentuh bila-bila masa. Semua kena mintak izin. Kalu mommy and daddy tak bagi, that means no. Tapi bila dah balik ni takkan kau nak suruh anak orang offkan gadjet diorang. Mana boleh. Isu macam ni memang nampak remeh. Tak nak komen lebih-lebih. Ok, zip molot.
23 Sept 2015
Semua dewasa kat umah Puan Menteri puasa hari ni. Hmmm... Kalu kat Penang tak ingat-ingat nak posa pun kan. Duduk dengan perempuan lindungan Kaabah ni, apa dia cakap tu ikut je lah. Malas nak kena kuliah and defend kenapa aku tak nak posa. Kalu aku tak posa sorang-sorang leceh pulak nak masak untuk makan sorang-sorang. Bebudak ni tak makan berat. So, better ikut posa dengan diorang sekali. Posa sebab ikutan. Hehek.. 

Semua terjelepek dalam ekon depan tv satu hari tak produktif. Eh Puan Menteri rajinlah mengaji. Orang lain rajin tido hehek... Nikmat tau time panas-panas ni dok dalam ekon... Kalaulah kat umah MIL aku camni jugak kan best. Aku ingat, kalu aku ditakdirkan murah rezeki mencurah-curah aku nak sponsor buh ekon semua bilik kat umah MIL. Kecuali bilik Orang Kaya sebab dia kata anak dia takleh tido dalam ekon, semput. Bil letrik pun aku sponsor. Apa ada hal setakat patlima ratus bil letrik sekali adik beradik balik berkumpul tu. Kan dapat pahala kalu contribute apa-apa. bagi keselesaan kat orang lain. Tiap kali orang rasa nikmat tu, mengalir pahala masuk akaun kau. Itu kalu aku banyak duit lah. Maklum lah... Nak tambah pahala dalam akaun dari segi amal ibadat lain mungkin dah payah. Mengaji dah kurang. Solat sunat pun tak berapa rajin. Doakan aku murah rezeki ye. So that, ramai orang boleh turut merasainya in sya Allah.. Bestnya kan kalu ada duit banyak. Or, ada duit. So many things, so many people you can help. I want to be rich, super rich. But I don't want to be super rich like super rich people that I know. Tolong orang bersyarat. Atau, tak tolong orang langsung.
Ok. Kata posa kan hari ni. Bertuah badan dapat Kakak Ipar rajin. Ada kek coklat moist, puding koktel. Tabik spring aku kat beliau. Kalau tanya aku, bukan aku takde keinginan nak masak kat umah Puan Menteri. Tapi malas la nak tercari-cari kat mana diorang simpan perkakas for baking... Bahan-bahan pun pening kepala nak cari. So, nak bake apa-apa, buat kat umah sendiri aje lah. No need nak rajin-rajin to the next level pastu stress dapur orang berkecah. No no no. One thing about dapur Puan Menteri, dapurnya besar. Kalu buat keje kat dapur aku senang je rasa. Nak apa-apa, cuma perlu gerak setapak dua je dah jumpa apa yang aku cari. Kalu dapur Puan Menteri, I will waste time and energy walking back and forth searching for the ingredients. Dapur dia, dia je tahu mana barang yang dia simpan. Statement camni ni hanya si pemalas je mampu tulis. Hahahahahaha... Alasan malas masak kan.. Ye, memang aku ngaku aku malas masak. 
Bukan tu je tau makanan bukak posa kitorang hari ni... Encik Jack terpengaruh dengan citer Mahadi pasal pizza Gino yang dia pegi haritu. Katanya pizza sebesar tudung saji. Hah hambik.... 2 tudung saji ni saper nak habiskan? Tengok henpon encik Jack yang gedabak tu pun kelihatan begitu comel di samping pizza 2 bijik nih. 
Nasik lagi. Makan kat umah Puan Menteri memang tak sah kalu tak berlebihan. Aku berbuka dengan nasik and puding je. Pizza takleh masuk. Too full. Makan dah takde gaya para anbiya ni cemana.
Esok raya. Esok balik Apal.

No comments: