Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, September 24, 2015

#1265 Me Vs Aidil Adha

Pagi ni Puan Menteri buat semi instant soto je. Kuzi ayam dengan roti jala tempah je. Kelmarin dah goreng siap-siap suhun, kacang, dengan bawang goreng. Nasi impit pun dah siap rebus kelmarin. So, pagi ni tunggu buat yang last minute je la. Bos IBM buat suprise semalam cakap suruh ambik dia kat epot pagi ni. Sebelum ni sibuk prektis nanges kat Ampang cakap takleh balik raya sebab superbusy keje baru. Panik attack adik-adik kat rumah sesak napas terkejut dengar dia nak balik. Rumah dah rupa separa tragedi bot pecah ni apa citer? Kucar-kacir pagi ni aku dengan Nik Pareh kemas mana yang masih boleh diselamatkan. Yes, if you stay with a handful of kids, there's no way a house can look spotless and squeaky clean. No way. Kecuali lah anak-anak ko suffers from OCD.
As for my SIL, her baking ritual continues. Orang kelam kelibut nazak nak tunggu Bos IBM sampai pun dia mantain walking back and forth baca resipi dan buat cheesecake dengan aman. Hahahaha... Baguskan kakak ipar aku ni. Kalu aku, serabut-serabut dengan anak buat sepah kat luar, tumpah itu ini nak kena lap, aku malas dah nak main baking-baking untuk kepuasan seketika ni. Hahahaha... Baking seronok. Tapi aftermath tu yang tak sanggup.
Cik Kak kita ni hari ni first time dia pakai tudung. Aku takleh nak agak berapa lama tudung ni mampu stay atas kepala dia. We'll just wait and see how. She's so excited dapat pakai tudung dia sendiri. Selalu asyik tengok Semek pakai, ada la jugak dia jeles sebut nak pakai.
Kitorang takde gi memana, pegi umah makcik aku sorang tu je. Yang 2 lagi, kitorang pergi tapi takde orang kat rumah. Sorang raya kat Siam, sorang lagi tak balik lagi dari tempat sembelih korban. Sempat pegi 1 rumah je la. Kat umah makcik aku tu ramai la sepupu-sepupu aku dengan anak-anak diorang duk puji comei molek tudung cik Kak kita ni. Lagi la up esteem dia nak pakai tudung. Sampai kul 12 lebih tu memang dia takde sebut nak suruh tanggalkan pun tudung dia. Proud of you Cik Kak! Yang tak tahan mata menengoknya, anak rambut banyak sangat. Asyik nak kena seka dan betulkan je.
Lepas 2 rumah makcik kitorang terjah tapi takde tuan, takde program dah. Terus balik kampung MIL kat Kampung Lampu. Haih, sampai sana betul-betul prime time matahari tegak atas bumbung. Pakai pulak jubah hitam. Banjir ketiak aku. Pandang kat Zaraa... Tak sampai hati tengok dia kepanasan, aku suruh dia bukak je tudung. Kita yang tua ni pun kalu boleh nak je tertogel-togel tak tahan panasnya. Macam mana la tuan rumah boleh handle tahap kepanasan camni. Serius panas! Aku panas-panas camni cepatlah naik tompok-tompok merah kat kulit. Tak tau spesis panau ke apa. Buruk sungguh kualiti kulit bila berada di tempat panas.
Nasib baik duduk tak lama mana, lauk dah siap masak. Buruk perangai kan. Sorry, aku bukan antisosial... Tapi seriusly, memang panas yang aku tak tahan. Kat umah MIL pun aku dah rasa panas tak hengat... Kat sini lagi la berganda-ganda panasnya. *teringat kat neraka ;( Tengok pipi Zaraa dah kemerah-merahan, lagi la kesian. Lepas makan terus balik Apal... Alhamdulillah... Disebabkan datang dari Kampung Lampu yang superhot tu, pegi ke umah MIL rasa kebal dah dengan kepanasan yang tak seberapa compared to before. Haih... Macam mana la orang susah yang tinggal umah atap zink tu can bear the heat? Kesian sangat. Time panas, panas melenting.. Time hujan... Sejuk menggigil.
Beriyani kolaborasi SIL and MIL.
Petang tu MIL ajak semua pegi La Hotspring, nak rendam dak Ucop yang gatal-gatal. Aku tak kisah ajak la pegi mana pun asal boleh lari dari panas dalam rumah aku on aje. Tak sempat nak ambik gambar ke apa. Punya la cuak jaga 9 budak hidrofilik ni. 2 daripada 9 budak ni terjun dalam pool tak fikir panjang. Anak aku la salah sorang tu. Bila dah terjun 2-2 menggelupur terperanjatkan air panas. Selalu air terjun kan sejuk. Wakakaka... Tak lama mana pun kat sana sebab dah nak maghrib. Nak pisahkan budak-budak berciri hidrofilik ni memang agak bertulong lah. Hahahahhaahaaaaa... 

Untung bawak budak-budak datang tempat macam ni.. Malam diorang cepat tido sebab kepenatan satu petang dah kan. Senang keje. 

Selamat hari raya korban kat semua yang membaca entri aku ni...

No comments: