Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, September 26, 2015

#1266 Me Vs Raya Is Over

This time rasa lama benar balik. Padahal seminggu je. Tak tertanggung rasa rindu kat rumah sendiri. Buruk-buruk pun rumah kita sendiri. Nak kuak lentang terkengkeng tertunggeng pun takde sape nak marah. 
Pagi ni bertolak kul 10... I just don't understand why my darling ni takde istilah 'bertolak awal pagi'. Telinga aku dah lali kalu dengar dia cakap 'esok kita bertolak pagi...or awal..' Pagi bagi dia mungkin tengahari bagi istilah aku. Sekarang ni kalu dia cakap camtu aku dengar je la. Percaya tidak. Hahahaha... 
As expected, merangkak la bila sampai kat Bukit Bunga tu. !@#$%^&*!!! Berduyun-duyun manusia time ni la nak membeli-belah kat sempadan Siam ni. Takde pihak nak ambik inisiatif alihkan tempat shopping tu jauh sikit dari jalan utama. (well that's not gonna happen la kan... kalu kena masuk ke dalam, sape nak singgah shopping) Tapi tu lah... Sangat-sangat mengganggu trafik. Tapi jem ke arah utara ni apa la sangat setakat kat Bukit Bunga tu compared to uols yang nak balik ke KL be it via LPT or Gua Musang. But still, boringlah dalam keta. If takde budak dalam keta, boleh jugak layan tido. Kali ni memang takde chan nak tido. Baru je nak terlelap, ada je yang jerit mintak plastik nak muntah.
Tiba di rumahku syurgaku kul 4... Lewat lah tu. Selalunya zohor dah sampai. Baru ni kat Jerteh aku ada pegi Eco Shop borong watercolour stuffs. Tapi aku tak bagitau bebudak ni pun. Saje malas. Sebab kat umah MIL takde kertas. Nanti bising lah pulak mintak benda yang takde ni. Baik aku sorok dulu tunggu sampai Penang baru tunjuk kat diorang. As predicted lah, bila aku curahkan depan diorang bila sampai tu, bersorak keriangan lah. Terus aku angkut meja plastik ni letak kat porch. Korang berkarya kat luar je lah. Kang kalu bagi buat kat dalam umah, maknya pulak yang nanges tengok lantai separa kayu ni basah lencun. Main kat luar je lah.. Senang aku nak cuci.
Sebelum raya ni kawan aku ada pegi Korea on work basis. Aku kirim la gochujang, Korean hot pepper paste. Kebetulan pulak, vendor yang dia jumpa kat sana bagi dia 3 tub. Macam tahu-tahu pulak kan. Kompiden la nak buat kimchi guna benda ni. Mana aku tahu buat kimchi guna ni aku pun tak tahu. Macam ye-ye je lah guna benda ni. Sekali, bila aku baca balik... Nak buat kimchi pakai pepper flakes, bukan paste ni. Cheh. Kesian kawan aku tu bagi aku 2 tub lagi. Dia ambik 1 tub je sebab dia kata bini dia tekak Melayu. Hok aloh. Nampak macam sama kan pepper flakes (gochugaru) dengan pepper paste (gochujang)... Tapi dengar orang citer lah, gochujang ni dia campur dengan soy bean paste (ala-ala tauchu gitu).. Sebab tu diorang tak guna gochujang untuk buat kimchi.
Ini in sya Allah halal. Aku ada rujuk dengan student Malaysia kat Jeju... Bila dia tengok gambar ingredients kat atas ni, dia cakap in sya Allah halal sebab senarai bahan-bahan tu takde yang meragukan. Aku tanya jugak tu sebab dari sumber yang aku tahu, dikatakan gochujang ada versi tak halal sebab ada yang dicampur alkohol. Dah budak tu dah verified cakap camtu, aku yakin je lah boleh guna.

Dalam web tutorial Maangchi tu ada macam-macam hidangan Korea yang guna gochujang ni. Contohnya kimchi fried rice, kimchi stew (kimchi jjigae), dipping sauce, marinate for bulgogi, cold spicy mix noodles, bibimbap, ddobukki, kimchi soup, stir fry base, etc... Memang ibu segala condiments masakan Korea. Tapi nak buat tu, ermmm malas. Sebab nak kena beli kelp..seaweed.. yadayada.. 

Apa aku nak buat dengan 2 tub gochujang ni ek? Dalam kepala duk terbayang mamat Korea (bapa mithali taman ni) yang selalu aku tengok petang-petang bawak anak dia main kat playground. Aku kasi dia je la sebekas aci tak?

No comments: