Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, September 30, 2015

#1267 Me Vs Korban

Sebelum ni pernah buat ibadat korban di Kemboja. Tapi aku tak tahu cemana kronologinya. Memang serah duit, wakilkan niat korban and hope they enjoy the meal to the fullest. Selalunya wakil di Kemboja ada hantarkan gambar sebagai bukti korban kitorang dah dilaksanakan kat sana. Tapi selalunya dihantar pada Puan Menteri dan Puan Menteri lupa nak share dengan kitorang. Almaklumlah wonderwoman memang busy. Benda-benda remeh-temeh ni jarang la mendapat tempat dalam ingatan dia. Hahahaha... Tahun ni tak berapa busy sangat kot. Boleh ingat nak share gambar dengan kitorang... So, aku pun amazed lah sorang-sorang... Dalam hati terkeluar dialog, "Oh this is how they do it.." 
Alhamdulillah... Kalu dilihat dari gambar ni, nampak 100% daging korban bahagian kitorang ni dijamu pada yang selayaknya. Kat sana, memang orang benar-benar susah. Yang dapat makan daging setahun sekali time ni je. Tengok diorang makan ni, takde pun lauk lain. Nasik dengan lauk daging ni je. Tapi punya la diorang happy dapat makan tu.  
Sedih tengok hidup diorang kat sana. Kita kat sini kena banyak-banyak syukur dah.

No comments: