Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, October 8, 2015

#1268 Me Vs Kering

Kering idea nak memasak sepanjang 2,3minggu ni. Many things happened these weeks tapi ah malas lah nak citer.. Kalu citer jadi terkenang pulak. Kita menceceh random je lah ye... Nak jugak tu.
Gambar atas ni aku post kat satu group fb ni... It's just a rambling post. Tapi boleh dapat sampai 729 Likes... Itu Likes terbanyak dalam sejarah aku share gambar kat sebarang media sosial. Pencapaian peribadi kedaung pebenda la kekdahnya. Hahahaha... Sape sangka kan post pasal bunga rumput tepi jalan yang takde harga orang tak pandang tu pun boleh dapat likes sebanyak tu. Sampai meroyan aku dengar bunyi notifications masuk... Hahahaha... Last-last kena hit Turn Off Notifications button. Sebelum henpon aku jem kan.
Ini pulak lukisan cik Kak kita... Dia lukis 'pemandangan' kat kitchen aku. Banyak nau lampu downlights kat siling belah kiri tu. Ada 3 je lah! Siling belah kanan yang ada macam 3 bijik gajus bak logo Budu Cap Ketereh tu memang betul dah tu. Hehe... Takleh tunjuk gambar lampu siling yang sebenar.. Kang kantoi sawang yang mengalahkan chandelier gahnya. Wakakakkaaa... Yang nampak macam lampu study tu paip kat sink.. Memang kepala paip aku bentuk sebijik camtu. Jenis shower tu. Bila tengok drawing dia ni, rasa nak tergelak but impressive at the same time. Imagination boleh bagi A ni. Kerusi dengan meja makan pun sama dengan yang real. Syabbas mera betha hai.
Gambar bunga lagi... Jerebu-jerebu kuat baru ni keluar jugak sebab tepu otak asyik duk dalam umah je kan. Bukan keluar jauh pun... Tepi umah aku je padang and playground. Bunga ni banyak betul sejak MPSP lambat datang mesin rumput kat padang. Takde-takde keje tu ajak cik Kak kita kutip bunga tepi longkang... Bagus jugak untuk fine motor skill dia kan... 
Baru ni, biasa le aku pepagi mesti tengok anak-anak kat luar pagar.. Anak pokok ler.. Kebetulan pulak jiran Cina aku keluar hantar anak dia ke tadika depan umah aku ni. Sempat la sembang lebih kurang.. Lepas sembang, si maknya balik umah, si anaknya menonong jalan masuk umah aku. Hahahaha... Terkebil-kebil aku.. Dah takkan nak halau dia suruh keluar pulak kan. Sebelum tu aku ada la ajak-ajak ayam memanis mulut ajak dia main dengan budak-budak ni. Tak sangka pulak dia nak betul-betul. Selalunya kalu ajak dia tak nak. So, aku biar je lah dia masuk dalam umah main dengan bebudak ni.
Umah aku kan takde mainan. Masuk-masuk, yang ada cuma alat tulis cik Kak kita ni penuh semeja. Diorang ni kan, masing-masing tak bercakap.  Guna bahasa isyarat pun tak. Anak jiran aku ni boleh cakap Melayu few words je. Anak aku pulak mana reti cakap Cina. Dah tu, anak aku je la duk pokpekpokpek cakap Melayu tapi dia senyap je. Melukis lah diorang kat meja tu. Lama jugak. Bila aku start ajar Math kat Adam, dia balik. Takut kot tengok aku tetiba bertukar jadi Hot Momma. Mengajar Math tak garang memang bukan aku lah.
Melukis lah diorang kat meja ni. Si Janice ni lukis lah gambar rumah siap dengan matahari, burung,  awan, rumput segala... Aku tengok cik Kak kita ni ada sedikit riak jeles. Hahahah... Tercabar ke kak? ;p Si Janice ni 6 tahun, make sense la her drawing nampak lagi real. 
Haih... Bab masak-masak ni kalu boleh aku nak sub-kan kat orang lain. Tapi kat sape? Memang malas sangat-sangat-sangat. Dan takde idea. Kalu ada idea mesti aku dah rerajin laju je masak grand-grand. Time macam ni la dengki tak habis dengan kekawan yang keje. Takyah sibuk-sibuk pikir tengahari nak masak apa. Balik keje boleh singgah beli je lauk kalu malas masak. Me? No excuse! Tak masak, kebulur habis 3 lagi tuh. Or 2 and a half.
Minggu lepas aku tak beli sayur. Sebab sayur ada lagi dari minggu sebelum tu. Lagipun dah expect minggu ni macam takde mood nak makan sayur. Ko mampu nak agak ada mood ke takde mood nak makan sayur untuk sepanjang minggu akan datang? Godek sana sini, teringat bokchoy oyster yang SIL2 aku masak masa aku pegi Rawang dulu. Simple je. Tapi kasi kelainan la sket. Selalunya bokchoy aku potong-potong goreng stir fry dengan sayur lain. This time try buat bokchoy oyster style ni pulak. Boleh lah Senah daripada lauk semata tu.
Ni pulak citernya sebab kelmarin kehabisan roti. Budak-budak takde benda nak mengudap. Kali ni try resipi lain pulak. Selama ni duk guna resipi Mamasya tu... Saje try kelainan. Sedap jugak resipi yang baru ni. Selama ni duk terap acuan donat tu nampak lain je tekstur doh tu. Ingatkan aku yang tak pandai buat... Rupanya salah resipi. Bukan la salah. Maksudnya, depend atas resipi la. Sebelum ni aku tertanya-tanya jugak cemana dalam blog orang nampak smooth je doh sedangkan doh aku tak macam tu. Ok yeah, aku suka resipi baru ni. Tapi tak ingat dah blog mana ambik. *Choiiii... Resipi aku baru jumpa ni senang je.. Lepas biar doh kembang sekali, tak payah tambah tepung banyak dah.. Dah boleh terus terap. Kalu resipi sebelum ni, lepas kembang doh jadi lembik (memang tuan resipi bagitau awal-awal pun adunan dia lembik) dan nak kena tambah bercawan-cawan tepung.... Last-last silap haribulan terlebih tepung jadi keras ler pulok. I love, love, love this recipe. Full stop.

Dah menceceh... Smayang Asar jom!


No comments: