Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, October 9, 2015

#1269 Me Vs Friday Baking With Love

Dah banyak hari aku duk usya resipi Japanese Cotton Cheesecake. Sebenarnya dari masa aku duk buat Hokkaido Chiffon Cupcakes tu lagi aku duk belah bagi nak buat cheesecake ke hokkaido cake. Disebabkan stok cheese takdok, aku KIV dulu la cheesecake and proceed with hokkaido cake.
Ini sebenarnya resipi kek besar. Tapi aku malas nak bakar sebijik besar gitu, nanti leceh nak kena tunggu lama untuk masak, nak kena test cucuk-cucuk banyak kali, lepas masak nanti bebudak nak makan (makan lah sangat!) nak kena potong-potong lagi... Sudahnya, kita bakar sebagai cupcakes je lah senang dan cepat masak. Nak makan pun ngap je lah individually gitu.
Tak nama aku lah kalu tak derhaka kat resipi. Resipi asal suruh bakar ala bain-marie tapi aku takde bekas besar yang boleh menampung semua cupcakes ni. Tengok kat youtube ada je orang tuang air panas dalam dulang camtu je sekali dengan cupcakes tu... Tapi aku was-was takut kertas cupcakes tu lembik duk dalam air panas lama-lama. Makanya, aku abaikan part air panas bain marie tu.  Jadilah macam ni. Ternganga terlopong habis cupcakes aku. Derhaka lagi!
 Sebab takde air panas tu la kot kek keju jepun aku ni rupanya agak etnik kreatif sikit. Hahaha... Atas je tau etnik kreatif... Isi dalam tu very fair like Japanese ok! Masa buat kek ni, aku dah goyang dah kot-kot kek ni bantat sebab masa nak asingkan telur putih dengan kuning tu, ada setitik telur kuning masuk dalam telur putih. Gigih aku sudukan keluar. Sifu kata kalu ada bendasing dalam egg whites, walaupun egg yolk tu sendiri, memang meringue takkan kembang with soft peak. Ended up, kek ko akan bantat. Tapi aku usahakan sedaya mungkin untuk keluarkan egg yolk yang setitik tu. Putar punya putar, nasib baik kembang berkilat jugak meringue aku. Fuh!
Kek apa pun, kalu kaedahnya guna telur putih and telur kuning yang diasingkan, memang tekstur akan jadi macam kek chiffon gebunya. Sama je kek apa pun. Flavour je lain-lain, tekstur sama. Aku tak ambik la gambar isi dia. Sebab sama je gambar dia dengan semua gambar kat google. Selembut dan segebu itu. Macam gigit gula kapaih... Next time kalu nak buat lagi, kena guna lemon juice betul-betul. This time aku substitue lemon juice dengan esen vanilla tapi masih ada bau hanyir telur. Mind you, we're baking a 6-eggs-cake.
Aku punya la gigih keluarkan bahan-bahan nak membaking ni pepagi lagi lepas Adam pegi sekolah. Dengan harapan boleh membaking dengan aman tanpa gangguan. Huk aloh, cik Kak kita bangun awal la pulak pagi ni. Musnah harapan nak membaking alone. Apa nak buat... 

Tahun depan dia dah sekolah... Takde dah sparring partner aku pepagi...

No comments: