Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, October 15, 2015

#1270 Me Vs Down

Dah banyak hari rasa macam walking zombie je. Cik Kak kita ni demam dengan batuk. Sebelum demam tu dia batuk-batuk. Berapa malam takleh tido dia mengamuk kahak banyak sangat. Sebelum tu minggu lepas Adam yang terjaga sakit perut muntah cirit-birit.. Minggu ni pulak Cik Kak kita demam. Bila banyak malam tak tido ni memang kitaran hidup jadi terganggu. Siang hari nak ganti tido tak boleh. Either too noisy or too many requests.. *life is not easy Apapun, alhamdulillah aje lah aku tak keje. Boleh curi-curi masa untuk rehat barang 5 minit.

Minggu lepas, minggu ni, idea masak sangat kering. Ada idea ke, takde idea ke, cukup time semua orang kena makan jugak. Walau malas cemana sekali pun, kena masuk dapur jugak. Terfikir jugak kalu aku ada side income, memang calling-calling for deliveries dah rasanya. Ada yang berani bantah ke.

Tadi masak sotong pedas ala Dongdaemun. Gochujang aritu tak bukak-bukak lagi. Ni lah masanya nak merasmi. Ada la tengok video kat youtube, pastu aku belasah je la lebih kurang. Gochujang ni rasa dia macam cili boh la. Tak sepedas cili boh kita. Tapi masin. Dia kisar dengan tauchu rasanya. Jadilah lauk untuk tengahari ni sesambil rindukan sotong pedas kat kedai ikan bakar dongdaemun tu.
Ini time rajin sikit lah ni. Seimbang je macam masakan anak misi. Kalu time malas tu aku skip part sayur. Takpe kot tak makan sayur sebab kitorang makan buah? 
Ni laptop impian cik Kak kita.. PinkBerry edisi terhad, launching tahun depan. Tak boleh blah #deep giler mesej tersirat dia. Maklumlah dalam rumah ada 3 bijik laptops (4 termasuk PinkBerry dia ni) tapi satu pun tak kasi diorang main. Frankly speaking, I feel bad for playing bad cop here. Tapi apa boleh buat. It's for their sake. Hidup melawan arus ni letih tau. Letih berperang dengan perasaan. Always questioning myself, whether I'm in the right lane or not. 

Suatu ketika dulu, zaman semua orang kat umah ada VCD Player, umah aku video tape player pun takde. Bila kawan-kawan pegi sekolah citer kat umah diorang tengok video sekian-sekian, aku rasa sangat left out. Itu zaman video tape punya citer. But now, zaman semua budak ada tablet ipad kat tangan, anak aku takde apa pun. Dalam hati kesian sangat-sangat kat anak-anak aku bila jumpa cousins diorang semua ada gajet. Budak-budak ni bukannya paham pun kalu aku explain kenapa diorang takde. Satu hari nanti, kena bagi jugak. Tahu-tahu je la, sometimes keje sekolah pun nak kena bertaip berprint bagai. Aku rasa aku takkan bersedia sampai bila pun untuk 'hari itu'. Haih... Conflict. Kalu semua orang same-same tak bagi gajet kat anak-anak kan senang. Ok bullshit la kan. Takkan orang nak sacrifice untuk kepentingan kau. Ok no komen.
Sungguh terkesan di hati bila tengok dia draw laptop ni. Siap parking sekali barisan laptop kitorang tu. Kelmarin si adik mintak izin nak guna laptop buruk aku. Penuh rendah hati dia mintak. Tapi aku tahu, yang sebenarnya suruh mintak tu si abang. I firmly said no. It's breaking my heart seeing their disappointing faces. Guilty sangat-sangat rasa. Sebab benda ada tersebek takde orang guna pun. Tapi bila diorang mintak nak guna, aku tak kasi. Am I a bad ass mom?
Suatu hari nanti bila diorang dah besar aku harap diorang paham la kenapa aku dengan daddynya buat macam ni. Bukannya tak nak share rezeki Allah bagi ni dengan diorang. Haih komplikatednya... Tiap kali tengok Adam duk main gelek keta aku rasa guilty. Bosannya dia mengadap mainan sama. Bila diminta belikan mainan baru, orang tak belikan pun. Nak dapat izin main game kat henpon mommy daddy or laptop mommy daddy jauh sekali. Kawan-kawan takde. Nak kawan dengan orang, orang tak nak kawan dengan dia. 

Kesian sangat.

No comments: