Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, October 20, 2015

#1271 Me Vs Bunga Hilang Lagi

Stres mak. Dah la seminggu dua ni memang stress terlampau-lampau dengan segala hal peribadi. Pagi kelmarin keluar siram bunga macam biasa. Sempat la belai my Korean Zinnia ni. Tak sabar-sabar dok hitung hari tunggu bunga ni kering nak ambik buat benih. Hajatnya, bila benih dah banyak, boleh la aku sedekahkan kat group. Keluar petang kelmarin tengok-tengok dah takde. Frusssssstttttt!!!
Benda camni dah berulang kali jadi. Suspek dipercayai anak jiran aku. Sebelum ni aku banyak kali tengok depan mata aku sendiri dia rosakkan pokok bunga aku. But being me, aku tak reti nak sound anak orang depan-depan mak dia. Aku ada cakap kat suspek sendiri, jangan usik bunga aku. Mesej tak sampai la tu. Kalu dia paham, takkan dia buat jugak. 
Tahun depan suspek darjah 1, hopefully pokok aku boleh survive la sementara tu. Bila dia masuk sekolah tu, most of the day dia akan ke transit then ke sekolah. So, rendah la chances dia nak rosakkan pokok aku. Balik sekolah dah senja. Harap sangat la dia takde masa dah nak pedajal pokok aku lagi dah. Geram sangat kat suspek tu. Harap muka je comel.
Semalam hangin sangat-sangat. Sampai nak tido tu duk terbayang-bayang lagi bunga yang lesap tu. Rasa terkilan tu takleh nak cakap lah. But then aku remind myself, takde satu pun kepunyaan kita kat dunia, kat akhirat, kat bima sakti ke apa... Semua milik Allah Taala. Yang kita ada ni hanya pinjaman je. Anytime Allah nak ambik, Dia boleh ambik sekelip mata. 

Cakap memang senang. Tapi nak ikhlaskan hati tu tersangatlah payah.. Aku tetap marahkan suspek sebab tindakan dia merosakkan pokok aku. Mengecewakan aku. Apa pun, benda dah jadi. Benda ni ajar aku untuk ajar anak-anak aku pasal manner.

Sakit weh hati. Report kat Rani Kulup free-free suspek dapat 'jilake'.

No comments: