Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, October 22, 2015

#1272 Me Vs Capati

Tahu tak, masalah global para surirumah adalah "nak masak apa hari ni?"

Breakfast lagi lah. Balik-balik mi goreng, kuey tiau goreng, nasi goreng, bihun goreng, nasik lemak dengan pulut ikan kering. Selain tu makan roti je lah. No naik berlauk. No nasik dagang. No nasik kukus. Boring giler.
Pagi kelmarin aku mencabar diri sendiri untuk buat capati, from scratch. Apa guna darah Malbari mengalir dalam tubuh kalu tak pandai masak makanan nenek moyang kan. Puan Menteri terer gak tebar roti canai, tapi Blog Diva, ermmm... Benda komplikated ni aku malas nak buat. Ngeeeehhh..
Capati aku ni cincai je. Lepas Adam pegi sekolah pagi tu baru terhegeh-hegeh nak keluarkan tepung segala. Tak berapa menjadi kot. Kalu tengok rupa tu macam ok tapi rasa dan tekstur adalah sedikit off. Sebab doh aku lembik sangat dan melekat kat tangan. Pastu duk tambah-tambah tepung sampai jadi keras. Wak luuuu.... Sebelum tu aku tengok kat youtube, chef dari India sendiri ajar buat capati tu kata, sifirnya senang je. Sukatan air lebih kurang separuh dari tepung. Kalu tepung 100g, air dalam 55ml gitu la. Resipi aku ni resipi dari Mat Gebu. Dia guna 2 cawan tepung so, air kalu ikut sifir tu secawan la kan. Aku ikut gitu la. Dah terlembik pulak. Haih... Next time kena buat ikut kata hati lah.

Gigih nau pagi kelmarin canai goreng capati. Dan-dan tu jugak masak kari ayam dengan kentang tanpa santan. Sejenis gila rajin apakah kelmarin aku pun taktau. Basuh cadar, tukar cadar, vakum atas bawah, mop dapur... Pastu malam nyawa-nyawa ikan. Hahahaha... 
Hari ni IPU kat Penang 243. Sekolah cuti. Wonder bila la this hazy thing akan berakhir. Takut pulak bila terfikir, cane kalau kita duk lalai sibuk hal jerebu tak nampak sebenarnya matahari dah start terbit dari arah berlawanan. Bersediakah kita? Ehem... Lepas breakfast milo oats, aku tanya encik Jack nak makan apa lunch ni. Dia takde idea. Terus mak buat nasik kerabu tanpa kantan. Cincai je lah. Ulam pakai apa je yang ada. Yang dalam gambar atas ni semua kutip dari garden. Cheyyy... garden katanya. Garden pasu lah.
Bunga nasik kerabu aku ni pulak. dan-dan hari aku nak buat nasik kerabu ni dia mogok ada sekuntum je yang kembang mekar. Yang lain dah layu dan kering. Aku kutip jugak la.. Kasi rendam sekejap pastu blend dengan daun pandan. Ingatkan bau macam daun kering dah. Nasib baik menjadi jugak... 
These stressful days, pagi petang wajib keluar rumah belek pokok bunga. Tak kira la jerebu ke tidak. Hari ni amaryllis aku dah kembang... Happy nau.
Aku dok harapkan bunga merah hitam yang keluar. Tapi merah ni yang keluar. Alhamdulillah aje lah. Aku tengok pokok induk kepunyaan jiran aku tu tak berbunga pun. Hehe... Ada chemistry dengan aku kot. Now looking forward for sunflowers benih beli dari kedai dua ringgit tu. Mula-mula tu skeptikal jugak aku. Ye lah, beli kat kedai dua ringgit kot. What to expect. Tapi surprise, surprise... Benih dia turn out to be so healthy. Elok je naiknya. Macam bukan item dari kedai dua ringgit je tak sesuainya. Haha.

Nafsu nak tanam pokok tu banyak. Tapi dah takde tempat dah aku nak letak pasu-pasu ni. Kat belakang dapur berapa bijik pasu je boleh parking. Parking lebih-lebih kang lori sampah tak telus nak lalu pulak. Kat depan pun sama. Tanaman yang terhad ni pun orang asek nak getus jugak. Dalam pagar langsung takleh nak tanam apa sebab not enough sunlight...

Untung lah yang boleh duduk di kampung halaman ada laman nak bertani. I is jeles. Sempena kejelesan, aku nak sedekah gambar bunga yang aku tanam. Semoga bermanfaat bagi yang melihat...
My favourite 
Belum kul 10, bunga tak kembang lagi.
Macam sama, tapi lain-lain spesis.
Sunflowers

No comments: