Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, October 26, 2015

#1273 Me Vs Coney Dog

Gigih mak hapdet blog nak oiii... Yang ditelan belum pun hadam lagi.. Kemain lagi nak share. Weekend baru ni encik Jack tanya aku reti tak buat coney dog ala A&W tuh. Selaku bini mithali giler, (part giler tu tak tahan) mak pun google je lah. Apa guna laki aku langgan unifi yang laju giler tu kalu aku tak gunakan ye dak. Macam biasa la, bila tengok resipi mat saleh yang ori, mestilah banyak bahan tak cukup. Nak beli mustard dengan Worcestershire sauce takat nak guna kali ni je, rasa macam malas pulak. So, godek resipi versi Melayu pulak. Versi Melayu simple je lah. Guna bahan-bahan yang sedia ada kat dapur aku. Setelah compare sana sini, I come out with my version,

Coney Dog Recipe
Franfurter/sosej/hot dog -dikukus
Daging cincang -mak cincang penuh perasaan sendiri
Bawang holland -dadu
Garlic-cincang
Cumin powder
Chilli powder
Curry powder (kari ayam/daging)
Tomato puree
Serbuk black pepper
Dried Oregano
Air
Garam & gula
Roti frankfurter Gardenia -belah, jangan sampai putus

Cara aku,
1. Tumis bawang holland & garlic sampai naik bau.
2. Buh daging, kacau-kacau sampai garing/kering air.
3. Buh bahan selebihnya. Kacau-kacau sampai daging empuk dan mencapai kepekatan yang diingini.
4. Ambik roti frankfurter, sumbat sosej, buh kuah, tabur bawang holland cincang kat atasnya.
5. Makan.
6.Tido.

His.
Mat saleh kata kalu nak ikut A&W kena stim/kukus roti dan sosej. Tapi mak derhaka, mak kukus sosej je. Malas nak kukus roti sama takut lembik. Roti frankfurter gardenia ni bagi aku dah cukup lembut. Hentam saje lah. Derhaka-derhaka pun, encik Jack habis jugak 2 bijik.
Mine. (Anak misi kena makan berkhasiat). ;-p
Hehek.. Jadilah. Nak post kat facebook takut kena troll pulak. Maklumlah kawang-kawan jenis yang health concern... Kang tunjuk gambar masak makanan processed food ni, ramai pulak yang kata tak elok la, gitu la gini la. Emmm... No komen. Time no idea what to cook ni, aku makan je la. Nak buat homemade sosej, tak reti. Dan agaknya tak sesedap yang store-bought tu.

Lunch dah. Dinner karang nak masak apa pulak.

No comments: