Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, October 29, 2015

#1274 Me Vs Bringing Out My Inner Malbarian

Pecah rahsia asal usul Blog Diva kan!

This week still tak berapa kencang diari dapur aku. Breakfast, mostly stall bought. Lunch and dinner, no choice kena masak. Makanya, hidangan minggu time tak tau nak masak apa camni ni memang cincai bocai je lah. Sape nak makan, makan. Keje aku, cukup time, masak. Lapar, makan. Kalu tunggu dapat idea baru nak masak, lapar kedaroh la. Mak takleh berlapar. Nanti penyakit angin kus-kus mak datang. Ke laut semorang mak tofanpetirkan. 
Lagi satu, tea time. Tiap hari, tiap minggu (tipu la tiap hari, almost tiap hari tu ada la) asyik goreng cekodok pisang je. Tukang goreng dah jemu. Tapi permintaan selalu ada. Adam tu takyah buat kuih pelik-pelik, dia bukan makan. Dia layan cekodok je. Walau tiap hari, dia tetap hadap. Oldskool taste anak mak yang ni. Yang sorang lagi tu taste kedaung dia multi continent sikit. 
Minggu ni selera balik kampung Puan Menteri kat India nun.. Hahaha... Try buat masala vadai. Mesti ramai tak tahu aku suka kuih ni. Senang je buat ni. Kekdahnya sama macam buat cekodok tu la. Gigih beli kacang dal baru ni. Tengok resipi guna 500 gram. Bila tengok peket 500 gram yang aku beli tu nampak sikit je, rasa macam boleh habis la... KONON. Sebab aku duk pikir kacang keras camni kalu rendam air pun takkan dia kembang 3 kali saiz asal bak beras basmathi tu kan. Tak ambik iktibar rendam kacang hijau buat bubur tu langsung. Haaaaaaaaaaa... Bila dah 3 jam rendam, sesak napas hakak dik.... Hahahahaaa... Dia punya kembang tu sampai nak limpah bekas. Hayyobaskireikanasaihamsab!!!! Cer citer, sapa nak habeskan ni... Jamu satu kampung pun tak habis makan ni.... Mak kau hijau sungguh. Aku guna separuh je pun dah berhari-hari tak habis goreng lagi... Yang separuh lagi tak campur apa-apa lagi tu masuk fridge duk diam kat situ la. Kalu masam, buang ler nampak gaya. Satu keje pulak nak kena cari resipi masak apa pakai kacang dal dalam kuantiti yang banyak ni. Kanasai la.... Saper punya resipi la aku guna ni buat vadai ni sampai setengah kilo! Kanasai kanasai kanasai!!!! Hahahahha carut lah puas-puas... Tu lagi separuh kacang dhal tu saper nak jawab...  aku tabur kasi makan burung gagak je la kot
Boring-boring buat cekodok, tetiba teringat kat laddoo motichoor... Dulu masa citer Hindustan tengah ngetop, selalu tengok dalam citer, diorang hidang laddu nih. Tak tahu rasa cemana masa tu. Tapi looks yummy lah pada mata aku. Masa second year, roommate aku si Bawani (ke Bavani nama dia tak ingat dah) tiap minggu dia akan pegi semayang kat kuil di Gelugur. Dia selalu bawak balik laddu ni kat aku. Dapatlah rasa kuih ni.. Sedap weh! Tak sia-sia aku imagine benda ni sedap, sebab memang sedaplah. Nak beli tak tahu kat mana ada jual. Tengok kat youtube, macam leceh pulak nak buat. Bahan-bahan mudah je. First step nak kena buat keruping-keruping macam habuk goreng pisang tu dulu. Yang tu aku malas tu... Leceh nanti messy banyak keje pulak nak kena lap dapur... Hahaha... Tau nak makan sedap je kan.  
Sedikit updates pasal cik Kak kita ni... Semenjak pegi daftar Pasti dia aritu, bersemangat dia nak pegi sekolah. Excited okay! Duk bebel suruh beli pencil case pink, beg Pozen (Frozen, bukan Zac Pozen atau Zac Efron ok), nak bawak magic pen pegi sekolah la, nak bawak bekal roti la... Yada yada yada... Lain benar la perangai anak aku 2 orang ni. Sorang tu, memang bermusuh pasal sekolah. Sorang lagi, excited nak pegi skolah macam nak check in hotel. Skang ni dah start bangun awal dah princess mokmok aku ni. Sebab aku selalu cakap kat dia, nanti bila sekolah dah start kena bangun awal pagi... Harap-harap dia memang suka pegi sekolah sampai habis lah. Jangan hot-hot chicken shit je.
Sekarang ni sejak stress nak final exam (exam anak aku, bukan exam aku pun), memang dah lama sangat dah tak tengok drama Korea. Awal bulan ni ada la tengok Yong Pal. Tu pun sebab Joo Won berlakon. K drama skang ni keluar banyak sangat. Tapi kualiti na da! Habis idea ke cane tak tau la. Ke sebab aku dah habis gas dengan all this Korean things pun tak tau la. Aku record banyak la movies kat astro... Biasa la, kekadang dah dekat setahun record baru nak tengok. Atas mood la. Kelmarin hujan, lab encik Jack blackout, so dia balik la buat keje kat umah. Ada gak la teman aku tengok movie walaupun dia bukannya tengok pun, dia kan buat keje dia.

Dah lama aku record citer The Best Of Me... Tapi malas lagi nak tengok. Kelmarin boring-boring mak layan la... Wow... Dah lama tak tengok citer Hollywood yang dalam genre romance/drama.. Selalunya duk tengok citer box office yang action pack or sci fi.. Eh rasa macam muda balik je bila tengok citer ni... Sweet sangat... Pemandangan pun cantik. Penggambaran mostly dibuat di New Orleans, Louisiana... Very nice surrounding, featuring lots of flowers... 

Sebelum tu tertengok drama/telemovie Melayu, Meniti Cinta di Starimost... Mak kau hijau! Subhanallah cantik sungguh pemandangan di Starimost, Bosnia... Lakonan Iqram Dinsly... Terpaku aku tengok pemandangan macam dalam gambar! Nak pegi! Nak pegi! Nak pegi!
Gambar hiasan. Kat atas bridge tu la diorang berlakon.
Hah, nampak tak aku kata Starimost ni lawa? Lawa kan? Lawa kan? Kan? Kan?
*Nanges.
*Nose bleed.
Subhanallah.....

No comments: