Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, November 11, 2015

#1275 Me Vs Baking Failures Continues

Cuti Deepavali kitorang tak balik. Cinta hati aku ni ada ler ngajak balik, tapi aku cakap tak nak lah. Baik bermalasan kat umah sendiri aje. So, that's how we spent our 4-lazy days, DOING NOTHING. Sabtu tu Adam ada gotong-royong kat sekolah dia belah pagi. Sekarang ni asyik hujan je belah petang. Tu yang aku macam down sikit tu ke arah nak balik kampung. Duduk umah orang hujan-hujan tak buat apa boring jugak. Baik boring kat umah sendiri. Lagipun bulan depan nak balik cek gigi Adam, serba salah aje. Tunggu balik bulan depan je lah. Hoho... Banjir, banjir...
Diari dapur aku masih tak berapa lancar. Cinta hati aku ni pulak skang ni tengah boring makan nasik. Banyak hari jugak la dapur aku tak berasap. Makan improper food aje. Hari Ahad tu encik Jack suggest untuk buat grill chicken ala Kenny Rogers lagi. Ingatnya nak beli ayam bulat sekor kat Tesco pastu balik pusing sendiri kat umah. But then, aku pikir-pikir baik beli yang ready made, baru RM13+ sekor. Balik, dah boleh makan terus. Kalu beli ayam mentah pastu baru terhegeh-hegeh nak perap, bakar segala... Hmmm... Rugi masa, tenaga dan kos letrik yang bakal mengalir tak pasal-pasal tu. Ayam mentah sekor pun RM13+ jugak. So, yang mana lebih menguntungkan? Baik beli yang dah siap pusing kan?

So, kat Tesco aritu beli ayam yang dah siap panggang. Cuma kitorang tambah lamb je la balik panggang sendiri. Murah giler lamb baru ni RM14+ je sekilo, ofkos la frozen Aussie punya. Aku kan duk kat kota Metropolitan, mana nak jumpa embeeeekkkkk fresh.. Kalu kat kediaman Puan Menteri tu ada je yang sesat masuk pagar curi makan rumput... Opsss... Skang ni orang tu dah pasang pagar oto, cik-cik embek dan cik-cik embooohhhhh dah takde chan dah nak curi jamah rumput kesayangan Puan Menteri.

Grill lamb tu habis licin lah... Roasted chicken tu tang dada memang tak berapa laku. Yang menjadi rebutan kat umah ni, tang yang ada tulang dengan kulit. Haih, budak 2 orang ni bukan takat kulit ayam, kulit ikan pun berebut. Nasib baik daging lembu tak dijual sekali dengan kulit intact. 

Daging tang dada tu aku simpan untuk buat chicken salad. Mulanya ingat nak makan camtu je la. Bukak peti tengok roti nan yang aku beli minggu sebelum tu ada lagi. So, dalam usaha nak mengabihkannya, aku sumbat je la ala roti pita kebab tu. Jadi lah. Janji, habis. Sedap? -Sedap.

Minggu ni memang lemau dan sendu sikit. Mak memang emosi sikit bila berkaitan hal pelajaran anak mak ni. Tapi malas lah citer sini. Kang kena bash pulak. Orang lain kan mak-mak gred A. Aku apa ada. Hahahaha... Nak citernya, minggu ni gian nak buat kek. Rasa cam lama dah tak baking-baking. Ini kali, mak dok stalking resipi Kek Keju Leleh. Or Snow Cheese. Or whatever. Bahan dah beli seminggu lebih. Tapi nak buat duk teragak-agak. Sebabnya ovelette takde. Cari kat Tesco takde, cari kat kedai dekat ni pun takde jugak. Nak buat ke tak nak buat ni?

Buat. Kek ni guna 4 biji telur and 2 extra yolks. Kali ni mak tertarik nak try kaedah asingkan telur kuning guna botol mineral. Pernah try or tengok tak video ni circulated in youtube/facebook? Aku dah lama tengok tapi never paid attention sebab rasa macam tak logik je.
Rasa nak try lah. And I did. Oh hey, kelakar giler ok! Nasib baik buat sorang-sorang time bebudak engaged dengan benda lain kat luar. Kalu tak, mau diorang suruh aku repeat kat 24 bijik lagi yang tersusun rapi dalam sarang telur tu. Aku yang tua ni pun mengekek-ngekek tak beragak main geli-geli sedut telur ni... Hahahaha... And this is what I got. Passed! Menjadi rupanya. Next time kalu orang share tips tak masuk akal camni nak try lagi la.
What happened to my Snow Cheese? Tadi kan dah kata ovelette takde. Tapi degil buat jugak. Kek mak bantat in flying colours. Yang kat bawah ni apa? Kehkehkeh... Luar memang Cheese Leleh, tapi isi dalam tu Brownies. Hahahaha... Nak buat cemana kan kalu bakat membantatkan kek tu memang bakat semulajadi aku. Terer seterer-terernya, 
Sasau aku lepas buat kek tanpa ovelet tu bantat, patah seribu toksah cakap lah. Ini memang pecah rekod peribadi aku ni. Bukan pecah rekod kek bantat, tapi pecah rekod sebab lepas buat kek tak jadi, aku buat kek sebijik lagi. Payback pebenda taktau la. Tapi memag geram sangat la sebab kek yang mula-mula aku buat tu memang cantik la kejadiannya. Takde crack, tak hangus atas, tak hangus bawah, tak cair kat tengah. CUMA bantat sebantat-bantatnya AJE. Leper, keras dan padat lah. Macam prosthetic pork belly aje. Ganas tak contoh aku. Gambar kejadian takde, takut nanti korang terkena badi. Punya lah horor.
Disebabkan hati dah terkinja-kinja nak makan jugak cheese leleh dia, (gian nak parut cheddar block siot) aku pun ajak Zaraa untuk second round. Kali ni kita buat brownies je. Brownies kompom jadi. Dah memang brownies tu sejenis kek bantat pun kan. Pass lah. I don't know how it will turn out to be. Ok ke tak sesuai ke. Kalu bad combo, memang patah dua ribu lah hari tu.
Nak tunggu brownies ni sejuk memang bercinta. Zaraa memang duk ulang alik mintak nak makan. Aku suruh dia tunggu sejuk dulu, baru boleh melepa cream cheese kat atas tu. But too bad, masa brownies ni sedia untuk dimekap, cik Kak kita dah tido. Tapi oklah kan, boleh mak melepa dengan penuh ketenangan. Siap mekap, mak buh dalam bekas siap tutup dengan plastic wrap tak nak kasi kering. Pastu mak naik tido, penat tau satu hari dipermainkan perasaan dek my problematic cakes.
Esoknya, encik Jack turun breakfast. Dia cakap semalam masa aku naik tido, cik Kak kita ni terjaga. Dia siap tanya mana kek... Hahahaha... Sampai mengigau dia nakkan kek. Tapi encik Jack tak kasi la, dia suruh tunggu makan esoknya. Kesian dia.... Mampu tengok je kek jangok aku ni.

Dan esoknya, turun-turun je terus bagi dia rasmi brownies cheese leleh aku ni. Memang dia makan suku kek ni. Puas hati la duk mintak dari semalam. Dia yang makan kek ni aku tak heran, yang paling aku heran encik Jack makan lepas semulut, semulut. Sepanjang aku berkecimpung membantatkan kek selama 9 tahun kawin ni, memang dia tak makan kek aku. Aku tak kecik ati pun sebab memang kek aku tak jadi. But this time, rasa tak caya pulak tengok dia makan. Amazing.

Up until I'm typing, brownies tu tinggal tiny weeny aje. Cream cheese banyak lagi. Apa aku nak buat ek... Cheddar block takpe boleh simpan. But Cream Cheese? Cecepat google resipi kek. And dalam banyak-banyak kek, aku pilih butter cake. (huk aloh) 

Result? :( Another bantat cake in the house! Kanasai. Gambar pun malas nak snap. Jiwa parah. Padahal sebelum ni pernah buat dah. Jadi elok je, gebu jugak la. This time? Rasa nak nanges pun ada. Apahal la tak konsisten ni. Marah kat anak jawab soalan tak konsisten betul salah. Aku pun sama. Choiiii... Masa bakar kek tu, (pasang oven kat soket depan main door lagi ko ado?) aku duk tengok kek tu dari awal sampai akhir. Pehhh... It was fine until the last 15 mins. Masa tengok dia kembang, wah hati berbunga-bunga sebab cantik lah dia naik tu. Tak hangus pun. Sampai la 15 minit terakhir tu, tiba-tiba crack. Ingatkan overtime dah, cucuk lidi, dalam cair lagi. Damn! Tipah tertipu lagi. Benda macam ni aku paling tak gemar ni. Tambah lagi masa. Yada, yada, yada.... Masak la kek aku. Bila dah cool off, aku sapu cream cheese belen aritu and grate some cheddar block kat atasnya. Everything looks fine.... Sampai la aku potong.

Arrrggghhhh... Nak bertempik rasa bila tengok isi dalam dia bantat! Oh rupanya bantat ada macam-macam jenis bantat. Disebabkan bakat tertendang aku ni, dapatlah aku kenal macam-macam ragam kek bantat. Ok, mak isytihar putus angin nak baking-baking. We'll see sampai bila pengisytiharan aku ni valid.

Bila benda jadi camni kan, first thing aku akan rasa guilty kat encik Jack. Sebab dah sia-siakan duit dia untuk bayar bil letrik yang bakal melambung bulan ni. Duit untuk bil letrik. Duit untuk beli bahan-bahan buat kek tu. It'd be different if he's not the only bread winner in our household. Kan. This guilty feeling lah kekadang buat aku rasa nak quit baking. Tak berbaloi. Baik beli je. Lepas ni kena berjinak-jinak dengan dunia online shopping-looking for online baker. 

Satu je, I don't simply trust any random online baker. Bila ada good recommendation baru rasa konfiden nak tempah. Sebab macam pernah terkena sekali. Konon nak support jiran lah. Tengok dalam fesbuk dia segala hasil baking dia nampak gah giler lah. Tapi, bila order dan try, emmmm... No repetition for sure. Dah la mahal. 

Buat sendiri tak jadi. Order tak sedap tapi mahal. Dah tu? 

Bakery heist?

No comments: