Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, November 18, 2015

#1276 Me Vs Sunflower & Akok

Cuaca kat Penang skang ni agak haywire. Pagi cerah memancar, petang gelap glutamat hujan lebat kilat sabung menyabung. So, belah pagi aku kena bijak membuat keputusan. Nak cycling, gardening, golek-golek dengan cik Kak kita, layan recorded movies, hadap skrin stalking facebook orang, update blog (hmmmmm....), menjadi surirumah jadian sejati atau tido. Tido tu macam selalunya terkeluar carta la. Jarang sangat dapat tido walaupun berpeluang. I tend to be greedy, semua nak cekau time cik Kak tak turun lagi tu. Pagi is the most lovely time for me. Doing whatever I want, syaratnya lepas Adam pegi sekolah la. Sebelum dia ke sekolah, mak busy la uruskan dia. Eleh, urus la sangat. (indahnya menjadi surirumah kaaaaaaaaaaannnnnn)
Gambar-gambar dalam entri ni ada yang terkini, ada yang dah lama. Just so you know. Aku suka sangat waktu pagi. Paling tak suka, maghrib. Ada sayu di hati gitu, susah nak explain. Sebab tu bila kat Busan jalan-jalan pegi Yonggungsa Temple tu rasa macam tak happy gitu. Deep down la. I don't know la kot-kot transition from cerah to gelap ni ada memberikan impak yang lebih negatif pada yang pernah mengalami episod kemurungan macam aku. 
Hujung minggu time hari tak sekolah, I will let the kids play outside. Kesian diorang kan asyik terkurung je dalam rumah. Orang lain kurung anak jugak, tapi ada jugak hiburan ipad ipod. Budak-budak ni apa ada. Mainan yang tak seberapa yang dah diulang berjuta kali main tu ada la. Minggu-minggu terakhir sebelum cuti sekolah ni aku betul-betul stres. Susah nak cerita. Story later lah. Letih mental fizikal.
Jadi surirumah ni kan, kau sakit pun kau lah sendiri ubati. Stres pun, sendiri lah atasi. Nak cerita dekat sapa. Depends la partner kau macam mana, kalau jenis partner sendiri yang bikin kau stres, agak-agak kau nak cerita tambah garam di luka lagi ke kat dia? Haaaaa... Sampai satu tahap, aku rasa fedap dengan apa yang aku stres. Rasa nak bertempik pekikkan yang aku dah bosan hadap pasal benda ni. Seriusly, aku fedap. Laterlah cerita. Kalu aku rasa nak cerita,
Like I said before, jadi surirumah ni you have to learn to be superwoman even if you're not one. I'm far from a superwoman, but I'm struggling to be one. Struggling, yes. Kalau career woman, sampai opis kalu ada yang rapat tu boleh jugak adakan sesi luah-meluah. Tapi kalu duk umah takde jiran yang rapat mana ni, kau telan sampai muntah balik telah balik la masalah kau. Aku tak reti la nak laharkan kat fesbuk. Sebab aku malu kat ipar duai aku yang akan tengok status aku. Malu kat semorang. Sebab aku ada pandangan aku sendiri pada golongan yang suka melahar kat fesbuk ni. Tiap hari melahar je keje. Stres, hambur update kat wall masing-masing nak bertukar jadi itu ini sebab tak puas hati kat sesapa. Yang keje melahar ni mungkin takde perasaan malu atas apa yang dia luahkan. Tapi mungkin adik beradik, ipar duai, family rasa malu bagi pihak dia. Pernah terfikir tak? Benda ni benar-benar jadi kat aku. Kes bukan aku yang melahar, tapi aku malu bagi pihak dia. Zip molot. Zip molot. Zip molot. 
Bila boleh ambik ni. Nak tebang pokok pun kena hold dulu.
Disebabkan stres yang tak seberapa aku ni yang takleh nak lahar di fesbuk takde tempat nak disalurkan ni, aku luah ler kat pokok-pokok aku. Aku takleh reveal group apa aku join, tapi group ni memang dilabel group berhantu. Sangat berhantu! Thanks to them (group members), ini adalah terapi terbaik setakat ni untuk aku.
Hari-hari cakap dengan pokok. Bila ada hasil, alhamdulillah. Hepi tak terkata. Bila yang ditanam tak berhasil, lagi stres ada jugak hahahaha... Bila aku tanam pokok bunga, kalau ada rezeki pokok berbunga, aku niatkan nanti aku nak sedekahkan terapi stres pada orang-orang yang melihatnya. Biar sesapa yang lalu dan terpandang bunga aku ni, kalu tak banyak pun, sikit jadi la. Biar terhibur, dan hilangkan masalah orang tu seketika. Aminnn... Because I know how hard it feels when you have burden that you cannot shove.
Disebabkan yang terpandang bunga aku secara live ni tak ramai, aku share kat sini. Mana tau ada yang tersesat kat blog aku ke, semoga gambar bunga aku ni memberi manfaat walau sedikit kat yang melihat. In sya Allah. Dapat pahala seciput pun jadi lah. Tabung pahala mungkin tengah nazak skang ni.
Pokok sunflower aku ni benih beli kat kedai 2 ringgit je. Pokoknya kurus-kurus macam tukang tanam hehe. Sebab aku crashkan 5 pokok sepasu. Kalu tanam atas tanah, in sya Allah lagi besar dan banyak bunganya menurut kata sifu sunflower la. Too bad, aku tak cukup kaya nak beli rumah berlaman. Terpaksa la tanam menanam dalam pasu. Tapi pasu sunflower ni ada glam element sket. Mak guna tong sampah Ikea uols... Hahaha... Sebatu boleh nampak pasu aku neh. Merah menyala-nyala-nyala!
Jiran belakang umah aku ni kalu nampak aku selalu skodeng bunga ikut tingkap dapur ni sure dia kata aku syok sendiri, Hahahaha... Lantak kau lah nak kata aku gitu. Memang iye la kot aku syok sendiri. Mek bunga macam aku, kalu perati bunga mau berjam pun tak puas. Cannot take my eyes of you giteeeewwww...
Sesambil basuh pinggan periuk belanga, dapat lah cuci mata sekali melihat keindahan ciptaan Allah. Memang terpaku setiap kali tengok kelopak kuning shocking diraja ni disimbah cahaya mentari. Ma sya Allah.... *sah syok sendiri.
Sejak setahun dua ni memang jatuh cinta kat sunflower. Bunga cantik, tapi leceh. Senang hidup, senang mati. Jenis pokok semusim gitu. Penat-penat tanam, 3-4 bulan keluar bunga, tapi dalam 2 minggu gitu je tahan. Pastu layu dan kering. Then ready for the next cycle. So, kalu nak tengok bunga ni banyak, kena ada banyak pasu la. Satu pasu satu pokok. Kalu pasu sikit, jenuh nak tunggu pokok berbunga habis semusim, pastu nak kena tanam lagi. Bagi yang minat, sanggup je.
Petang-petang skang ni kan hujan. Chances nak bawak budak-budak beriadah kat luar amatlah tipis. Nak bagi bebudak keluar tu nombor dua. Yang nombor satunya sebab diri sendiri dah tepu stres, kena keluar release ambik angin tukar angin buang angin.. Hahahaha... Dah hujan-hujan ni nak buat apa kat umah? (satu kelemahan bila beli telur sesarang ni kan, ada-ada je rasa nak mencuba resipi baru) Kali ni keinginan membuak-buak nak try buat akok. Macam biasa la, google resipi dulu tengok senang ke idok nak membuatnya. Oh senang je rupanya... Meh ler kita buat... Pastu bila bil letrik sampai bulan ni meh ler kita tutup telinga...
Malas nak printscreen boleh?
Aku pakai resipi Azie Kitchen.. Sebab dia orang Kelantan, maka aku percayakan resipi dia. Mesti la dia tahu kan syarat sah untuk dapatkan akok yang sedap. And yes, memang boleh tahan la resipi ni. Cuma satu je, manis dia macam boleh kerat kaki... Kehkehkeh... Lenkali kurangkan gula ye.
Gambar masa akok ni kembang dalam oven lupa nak snap. Gelembung macam belon. Tapi bila sejuk, dia jadi kecut macam dalam gambar atas ni. Adunan resipi ni memang agak cair but trust me, it work well. Pada tastebud aku la. Akok aku ni tak gelap kaler dia sebab gula nise aku tak hitam. Apa ada pada kaler... Rasa dia memang sedap! Lemak tapi terlampau manis. Kehkehkeh...
Jadi ler tu akok kedut aku. Bulan posa boleh ler buat. Aku kasi 5 bintang. Sebab encik Jack pun curi-curi makan jugak. Heheh... Dia takleh makan banyak nanti gula dalam darah naik... So, try la.. Mudah smeset jer buat ni. Aku pakai blender je.. Pulse 2,3 kali siap. Boleh terus tuang dalam muffin tray. Guna bekas muffin yang jenis dalam ye kalu nak akok yang tebal dan banyak kedut.


No comments: