Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, November 19, 2015

#1277 Me Vs My Ride

Last weekend encik Jack ajak pegi beli kenderaan rasmi pertama aku, basikal elektrik. Haha. Sebab apa tetiba nak beli tu? Sebab aku dah lama bising nak basikal. Senang sikit nak pegi kedai ke, nak join cycling dengan anak-anak ke etc.. Tapi yang paling utama sekali, tujuan beli basikal ni sebab nak hantar Zaraa pegi tadika tahun depan. Dah besar dah anak aku. Tahun depan masuk sekolah dah. Bila belek album masa dia baby, rasa macam baru je lagi.

Dah lama dah encik Jack google pasal basikal ni. Tapi tak beli-beli. Minggu lepas lepas banyak kali aku duk tanya bila nak beli tu, terus dia ajak pegi beli. Ada satu seller kat island, dia jual murah giler. Most seller jual RM1000-RM3000 bergantung pada jenis dan kapasiti voltan tak silap aku. Yang aku beli ni tak sampai seribu pun. Mula-mula tu skeptikal jugak...Kot-kot tipu ke, barang curi ke apa kan. Dah la nak cari premis tu sikit punya tensi. Duk ingatkan kedai, rupanya jual kat umah je. Patut la murah nak mampos. Berbaloi la bersesatan nak cari lokasi tu. 

Ni lah kenderaan pertama aku. Haha.. Orang lain kenderaan 4 tayar, aku 2 je hihi... Dah banyak kali dah test drive. Kayuh pun boleh, press je pun boleh. Bila lalu, orang akan jeling 2,3 kali. Sebab bunyi macam motor, tapi rupa macam basikal tapi tengok kaki duk diam tak kayuh. Selalunya ahso-ahso akan buat muka konfius bila tengok kat aku. Hehe.. Kesian diorang terpinga-pinga otak takleh nak digest pebenda yang aku naik ni.

Basikal aku ni pakai bateri. Kalu habis boleh caj macam caj henpon tu la. Katanya boleh pegi sampai 20km, boleh bawak beban sampai 130kg. Tapi setakat ni bateri dia takde la tahan mana sangat. Boleh la setakat nak pegi hantar-ambik Zaraa kat tadika dia tu. Kalu habis bateri, boleh kayuh secara manual. Takde masalah. Masalahnya berpeluh je la nak heret beban separuh dari aku kat belakang ni hehek...

Skuter tak bermaruah sebab ada pengayuh kahkahkah..
Gambar-gambar basikal letrik kat bawah hasil google. Kalu tengok rupa macam skuter ada, macam motor pun ada kan. Tapi basikal sebenarnya. Tak perlu lesen JPJ, tak perlu pakai helmet, tak perlu isi minyak, takde pencemaran udara. Semua pakai bateri slash kayuh. Tu yang best tu.
Boleh fefeeling kat Vietnam or Kemboja.
Lagi tinggi kapasiti volt dia, lagi mahal la harga. Design ada macam-macam. Aku pilih yang paling murah je. And made in China. So, tak expect apa-apa extravaganza la. Kalu beli pakai sebulan dah rosak pun kena terima dengan hati yang terbuka. Ok lah tu.. Hajat asal aku nak cari basikal cam mountain bike biasa tu je. Janji ada gear. Tak larat nak bonceng budak mokmok ni.. Tapi encik Jack belikan basikal takyah kayuh ni kat aku. Risau aku penat mengayuh kot. Jauh la jugak tadika tu dari rumah ni. Unless developer nak bukak jalan jadi dekat je la.
Enough about my ride. Baru ni beli nenas sebab nak buat laksa penang. Guna sikit je kan. Selebihnya aku makan dengan kicap. Kena pulak buah manis giler... Perghhh dah lama tak makan nenas.. Hari-hari hadap benda ni sampai habis... Syok wooo... Tapi satu je tak best. Lepas makan nenas perut akan jadi sangat lapar. Lapar tahap berair je mulut.. Hahahahaha... Gilo apo. Tapi dalam kepala asek teringat nak repeat buah ni je la. Mana boleh, nanti nipis kulit perut yang sensitif ni. Sekali-sekala layan boleh la.
Ni budak rajin memang ada je time aku masuk dapur. Enjoy the moment while I can. Lepas ni memasak takde orang dah nak kacau. Gonna miss my sparring partner lah. Hahaha.. Aku suruh dia tumbuk bawang. Suruh, sebab kalu aku tak suruh pun tetap kena berebut jugak dengan dia. Aku pesan kat dia, tutup mata nanti pedih. Maksud aku suruh pejam mata. And this is what she did. Rasa nak gelak kuat-kuat je kat dia. Belum sempat pecah berderai dia dah lari keluar. Tak tahan ler tu.
Cik Kak kita ni sekarang almost tiap petang dia tido. Penat agaknya pokpekpokpek sepanjang hari. Seriusly, banyak giler dia membebel dari celik mata sampai tido balik. Yang tukang dengar walau tak layan ni pun penat giler mendengar. Bila senyap tu tahulah dia tido. Nak-nak skang ni kan hujan lebat petang-petang. Molek sangat la tu.
Rumah teddy bear Cik Kak.
Talk about this girl, pandai benar la dia mengampu daddynya. Bab bodek nombor satu. Sebab tu la bila dia cakap nak apa-apa memang daddy dia akan beli. Ehem, KENA beli. Unless telinga kau kalis melecet lah.
Dah besar dah anak aku ni... 

No comments: