Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, November 20, 2015

#1278 Me Vs The Hard Work Reward

Kelmarin call cikgu kelas Adam, sebab tak tau apa-apa info dia naik darjah 3 apa tahun depan. Buku rekod pun tarak. Yang ada cuma kertas analisis keputusan peperiksaan akhir tahun dia je. Kat kertas tu cuma tunjuk gred, nombor berapa dalam kelas dengan ulasan cikgu je. Dah tu tahun depan masuk kelas mana? Was-was pulak aku kalau-kalau cikgu ada bagi buku rekod tapi Adam dah tercicirkan. Daripada terus hati ber-begitu-begini, baik aku call cikgu dia terus.

Baru lah tahu dia kekal dalam kelas tu jugak tahun depan. Cikgu kata ada tampal result naik/turun kelas tu kat pintu kelas dia. Emmm memang sah-sah la anak aku ni tak peduli. Aku tanya dia pun dia blur-blur. Diringkaskan cerita, cikgu cakap Adam sangat-sangat ok dalam kelas. Most teachers yang ajar 2H tu bagi dia Band 4. Dari apa yang aku tahu, band 4 tu kira normal la. Takde la teruk sangat, tidak jugak terlampau excellent. Excellent tu kena dapat band 6 la. Itu pun jarang-jarang budak yang dapat achieve.

Frankly, aku agak terkejut tengok result Adam yang sangat-sangat memberangsangkan. PAI 100 you... Tak pernah pun study dengan dia. Bahasa Arab 84.. Tu je la A's yang dia dapat. Itu pun tak dikira. Huhu... Math, 60... B. Aku ingatkan rendah lagi. Alhamdulillah... Tak sangka sangat. Tak sia-sia la berkilat petir dalam umah ajar dia secara intensif hari tu. Daripada failed, boleh dapat B, walaupun B tu dah sipi-sipi nak C hahaha... Still, I'm impressed! Bercucuran air mata dia bila aku ucap tahniah sambil gosok-gosok belakang dia. Anak mak ni memang emosional. Sebijik macam mak dia...

Walaupun dapat nombor 11 je, tapi kitorang tetap nak reward jugak kat dia. Specially sebab Math tu la. Encik Jack menyuarakan hasrat untuk bawak dia main kat fun fair tapak pesta depan umah aku ni. Nak bagi dia main bumper car lah, sesuai dengan minat dia. Tapi aku tak setuju sebab fun fair tu selalu lengang je takde orang. Memang tak happening lah. Zaman skang ni kan orang mana layan dah funfair ni.. Aku cakap tak naklah sebab takde klass hahahahaaa... Malu weyy dah la kitorang je pengunjung kat situ, main apa pun, sure orang yang lalu kat highway tu boleh nampak... Lagi satu, skang ni kan malam-malam selalu hujan. Fun fair mana bukak siang hari. Kalu hujan nak main cemana?

Aku gantikan idea encik Jack dengan Kids World kat Sunway. Tapi, apa-apa hal pun kena tanya tuan empunya body lah nak main kat mana. Bila suruh Adam pilih, dia pilih nak main kat Sunway. Yay!!! Kalu tak, memang kesian la anak aku bina memori kat tempat yang sedih camtu. (sedih okay, tiap kali lalu kat funfair tu sepi je takde pengunjung) So, kitorang pun bawak la diorang pegi main kat Sunway.

Lepas semayang Jumaat (hari ni encik Jack bawak Adam pegi semayang Jumaat for the first time), kitorang terus keluar ke Sunway. Excited la budak-budak ni. Rare tau nak dapat peluang encik Jack bagi main kat situ. Walau pegi Sunway tu dah countless times, tapi tak pernah bagi chan bebudak ni main situ. Padahal apa la sangat. Encik Jack skeptikal takut anak dia masuk kejap pastu nak keluar dah. Serabut jugak aku isu duit camni. 
Kali ni sebab nak bagi reward kat dia, bagi je lah dia masuk walau dalam ragu-ragu pun. Masuk kat sini tak murah weyy.. Dalam hati aku doa banyak-banyak biar bebudak ni nak stay lelama. Baru berbaloi duit si pembayar. Kalu buat perangai masuk kejap pastu rasa nak balik, hmmm aku tak tahu la nak cakap macam mana. Lepas ni memang konfem ada orang serik nak bayar diorang masuk main kat mana-mana dah... 
Stokin dah bawak siap-siap dari rumah. Kalu tak bawak nanti nak kena sewa kat sini pulak. Masuk wajib pakai stokin, takde stokin takleh masuk. Bila dah bayar, diorang pun masuk lah. Bila tengok gelongsor yang besar gedabak ni thrill la bebudak ni. Happy je manjang. Tak explore lagi belah belakang yang lagi luas bak istana takeshi tu.
Kat sini bebudak je dibenarkan masuk. Parents disediakan tempat menunggu kat depan. Aku dengan encik Jack tunggu la diorang kat situ. Then tetiba tergerak hati rasa nak pegi skodeng diorang kat belakang sesambil ambik gambar. Aku pun pusing la ikut luar tempat ni pegi belah belakang. Dari jauh aku nampak 2 beradik ni. Aku pun jerit la panggil Adam nak ambik gambar. Adam dah perasan kat aku, dia datang la dekat aku. Si adik pulak sebab kat dalam ni bising, dia tak dengar la aku panggil. Aku duk panggil banyak kali pun dia masih tak dengar. Duk sibuk lari sana-sini nak terjah segala arah. Pastu dia baru perasan Adam takde dalam penglihatan dia. Aku dengan Adam duk panggil dia lagi. Haaaaahhhh sudah. Meraung la dia sambil lari hilang arah panggil Adam.. Kesian sangat. Aku dari jauh ni mula-mula ingat ada budak pukul dia. Tak pernah aku tengok dia ketakutan hilang arah macam tu. Macam nampak hantu pun ada. Ini serius. Aku nak masuk takleh. Dia pulak dah tahap histeria lari sana sini cari Adam or me or her dad. Jerit nama dia pun tak dengar jugak sebab tenggelam dengan suara dia sendiri yang kuat giler nanges slash histeria slash meraung.. Now aku pulak yang panik. Aku cecepat suruh Adam pegi kejar adiknya bawak datang dekat aku. That's the only way. Dalam keadaan cemas camni nasib baik Adam bagi sepenuh kerjasama. Dia pun pucat tak pernah tengok adik dia ketakutan camtu. Agaknya Adam takut aku marah dia sebab dah terhilangkan si adik. Cepat-cepat dia lari cari Zaraa and brought her to me.. 

Bila dia nampak je Adam, memang mata dia tak pandang ke lain la takut terpisah dari Adam lagi. Menggigil dia datang dekat aku terketar-ketar cakap dia takut, nak keluar... Owh this is not good. Tau kat bapaknya ada yang tarik muka tak nak bawak diorang jenjalan lagi dah. Aku pun pujuk-pujuk la melalui jaring pemisah antara dia dengan aku tu.. Dia cakap takut aku tinggal dia... Aku kata la aku ada, tak pegi mana-mana. Then aku suruh dia explore tempat tu dengan Adam. Kat Adam aku pesan betul-betul jangan tinggal si adik. Pegi mana-mana jangan jauh dengan adik. Adik takut. 

Terkejut jugak dengan insiden ni. Sebab tak pernah jadi kan. Aku pun tak pernah tinggal diorang mana-mana selain sekolah. Zaraa ni ada issue dengan strangers. Dia memang takut dengan strangers. So, bila dah tersesat dalam ni sorang-sorang it makes sense la she felt so insecure. Takleh nak ingat tengok dia berlari sana sini hilang arah cari kitorang tadi. Lepas dah nampak aku tu, dia asyik nak keluar je. Pujuk punya pujuk beserta kerjasama erat dari Adam, nasib baik dia nak stay.
Lepas dah jadi camtu, Adam memang tak tinggal dia la. Dia make sure adik dia ada dekat-dekat. Dalam ni memang banyak game. Ada trampolin, ada menara panjat-panjat, ada pinball tembak-tembak, ada piano yang boleh pijak dan berbunyi... Very interesting la bagi budak-budak. Bila Adam selalu ada dalam penglihatan dia, baru la nampak dia at ease sikit. Lepas tu dah tak ingat apa dah. Dah boleh wave kat aku sambil senyum gelak-gelak dari jauh dah.
Sejam lebih jugak kat dalam ni. Berbaloi la bagi duit yang telah dileburkan kat sini. Ada pahit (insiden terpisah tadi tu) ada manis - tak percaya pun ada bila tengok Adam jaga adik dia dengan baik kat dalam tu. Sebab tak pernah tengok kat mana-mana pun dia bonding dengan adiknya camtu. Peristiwa pahit manis hari ni memang benar-benar membuka mata aku pasal anak-anak aku. I discover a new thing today. Tapi aku simpati la si adik kena lalui peristiwa menakutkan tu seawal usia dia. Hopefully next time takkan jadi camni dah. Panik dengan aku-aku sekali weyy.
Lepas adik dah ok, aku tunggu kat depan je la. Memang kitorang tak ajak balik pun, saje nak tengok selama mana diorang nak main dalam ni. Sampai satu masa, Adam datang cakap nak keluar. Hahaha... Muka penat giler. Si adik masih bertenaga. Adam ajak keluar sebab lapar. Tadi lepas semayang Jumaat tak makan apa-apa terus bawak datang sini. Memang sengaja sebab lepas ni boleh la dia makan banyak. Banyak sungguh la dia makan lepas tu. Berbaloi-baloi.
Mission accomplished. Anak-anak sangat happy datang sini. Minus the bitter part of course. Hehe. 

No comments: