Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, November 23, 2015

#1279 Me Vs We're Making Churros!

Hari ni banyak kali naik pasal resipi churros kat wall facebook aku. Is that a sign? Wakakaka... Tengok pada bahan-bahan amatlah mudah, dah memang sedia ada kat gerobok aku pun. Takyah bakar dalam oven pulak tu. Tertarik sekali dengan resipi ni. Aku bedal je. Aku tengok resipi sana sini lebih kurang je. Cuma yang ketara nampak di mata aku, resipi asal dari mat saleh tak bubuh telur, churros versi Malaysian bubuh. Suka hati kau la nak buh ke tidak. Ada yang buh baking powder, ada yang tak. Suka hati kau la nak guna resipi style mana. Aku osom aje.
Disebabkan takde piping bag tapi masih menggedik nak buat jugak, aku pakai acuan semperit je la. Diorang kata boleh. Kalu takde ni jugak, buh je dalam plastik biasa tu, gunting muncung tu sket pastu paip lah macam biasa. Cuma effect buah belimbing tu takde la. Dia jadi licin macam sosej la kot. Aku pun tak pasti tak try pun. Satu je aku nak warning awal-awal, kalu guna acuan semperit macam ni, keje jadi messy sikit sebab adunan melekat-lekat. I didn't see it coming sebab takde sape yang bagitau. Bila dah melekat sana sini, baru la rasa nak menyumpah kheeeennnn... Messy, tapi takde la mustahil sangat. If I can do it, others also can. Easy peasy.   
Tak namanya buat keje kat dapur kalu assistant aku ni tak interfere. Tapi kira ok jugak la hasil churros dia. Walaupun kontot-kontot macam dia hihi. Takleh salahkan dia sebab aku sumbat isi dalam acuan tu sikit je, nak jadi panjang cemana. Haha...
Terimbau kembali kenangan makan churros kat Namsan Tower dulu. Tapi aku takleh telan yang tu. Rasa semacam je. Agaknya dia deep fry dalam minyak soya ke apa tak tau la.. Bau tekak takleh terima. We'll wait and try this one rasa cemana. Oh rindunya kat Korea!
Tengok la gambar-gambar... Macam real je dia buat semua ni kan. Interference level: Expert. Hahahaha... Takde dia memang tak meriah dapur aku.
Sepatutnya tekan terus kat minyak panas dalam kuali. Tapi proses menyumbat inti dalam acuan ni memang agak memakan masa, di tambah pula aku buat ni dengan budak kecik ni, makanya atas isu keselamatan, aku tekan atas dulang dulu siap-siap. Bila semua ready baru masuk goreng sekaligus.
Tengoklah yang dia buat. 2 yang panjang sket tu mak dia yang paipkan. Yang comel kontot-kontot tu hasil keringat dia la tu. Determine giler nak buat sendiri. Nasib baik menjadi.
Sos coklat ni buat secara adhoc aje. Takde la sedap mana pun, ok-ok je. Lepas makan terus keras balik coklat ni hoho. Apa aku nak buat nak perabihkan coklat ni ye.
Encik Jack dengan anak pompuan dia ni makan sampai habis. Orang makan cicah sos coklat or cinnamon sugar coats. Dia makan cicah susu manis. Kau ado? Pelik-pelik pun habis licin dia bedal.
Gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut penuh sinki. Semua pakat buat tak nampak. Laters la pikir. Kita ke acara seterusnya. Main badminton.
Berebut.
Reket ada 2, yang nak mainnya 3 orang. Dah berebut disitu. Haritu aku suruh beli sorang satu tak nak. Kan dah masalah.
Kena suruh ke tepi. Merajuk.
Tak puas hati. Protes.
Orang tak layan.
Nanges.
Kesian dia kan. Takleh tengok dia tersisih macam ni. This view broke my heart to million pieces. Siap basuh pinggan setambun dalam sinki tadi, aku ajak dia pusing-pusing dengan basikal baru aku tu. Terus senyum dia. Let the boys play here, and us girls went cycling around taman. Lepas tu encik Jack join kitorang, dengan motor. Hahaha... Laju jugak basikal aku nih kalu bateri full... Boleh la setakat nak race rempit peringkat taman. 

Aku rasa aktiviti sihat macam ni memang wajar untuk diamalkan. Daripada bagi gajet kat budak-budak pastu biar diorang hadap benda tu seharian, jauh lebih baik main cara konvensional macam ni. Sorry, aku memang biased.. Sebab aku takde gajet kan kat umah. Boleh la cakap macam ni. Hehe.. 

I've seen enough of gadjet addicts among children. Families, friends, neighbours, strangers... I just don't get it why people let their kids being drugged by this technologies. Same goes to vape or smoking issues. Berbulu mata aku tengok budak pegang gadjet. Like, seriously! 

Masa Adam kecik dulu, time aku malas nak layan dia, aku bagi dia tengok youtube. Bab kenal ABC,123 alif ba ta tu bagus la memang cepat dia kenal dan tau. Tapi bila dah lama-lama, dia makin bosan dengan educational videos. Alih ke kartun pulak. Bosan kartun, alih ke kereta pulak. And so on. Lama-lama aku tengok dia makin ketagih. Alhamdulillah, aku sempat 'tarik' dia sebelum terlambat. This time bila dah ada Zaraa, aku tekad tak nak exposed dia sangat kat youtube or any gadjets. Sebab dah tengok apa damage yang aku dah lakukan kat Adam dulu. Tak nak twice bitten la.

Sebab tu sampai ke hari ni, walau macam mana kesian pun tengok anak-anak takde gajet, tetap kitorang tak belikan. Let them fill their time exploring, thinking, inventing, play with dirt, cycling or whatever. Lagi menuntut fizikal, lagi aku encourage anak aku main. Let them sweat.

Eh... Terbebel pulak. Mesti ramai panas mata kan baca entri ni. Samalah panasnya hati aku bila tengok budak yang takleh berenggang dengan gajet duk dekat anak-anak aku. Aku takleh sekat anak orang. All I can do is just venting here.  Hats off to Dato' Terlajak Laris sebab berjaya didik anak-anak dia dengan cara yang konservatif.. Jutawan pun tak kalut belikan gajet kat anak dia. Khennnn..

Sorry kalu ada yang tak suka pendapat aku pasal gajet ni. Mak memang kolot.. Mak dibesarkan cara orang dulu-dulu.. Anak mak pun mak nak besarkan cara gitu la. In sya Allah.

No comments: