Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, November 24, 2015

#1280 Me Vs Friend, Gone

One of my close neighbour dah pindah :(

For those yang kenal aku sure tahu aku tak banyak kawan. Tahun lepas masa bawak budak-budak main kat playground, ada sorang akak ni tegur aku. Dia bawak anak dia main kat playground tu jugak. Sejak dari tu, kitorang baik.

Kat taman ni ada la 3,4 umah neighbour Melayu yang aku kenal. Tapi setakat sembang gitu-gitu je la time jumpa. Tapi akak ni memang ada chemistry dengan aku. Kira aku boleh masuk la dengan dia. Takde la skema sangat. Tidak la gila-gila sampai menyesatkan aku. Being a housewife ni, lingkungan network kawan-kawan aku banyak melibatkan golongan yang berusia. Orang muda skang ni mana ada nak duk umah jaga anak. Mostly bekerja lah. So, tinggal yang tua-tua je la dok umah. Golongan pencen ni la yang jadi kawan aku. 

Berkawan dengan orang tua ada kelebihan dia jugak. Banyak pengalaman, petua memasak, resipi turun temurun, tips parenting etc selalu lah aku dapat secara percuma time duk sembang dengan diorang tu. Not bad la kawan dengan orang tua ni. Yang paling kelakar sikit, ada sorang aunty India ni, dia pekak telinganya. Tiap kali cakap dengan dia, aku serba salah. Takkan nak pekik kat telinga dia. Eh, Blog Diva ni lemah lembut dengan orang tua tau. Hahahaha... So, tiap kali nak cakap dengan aunty India ni, aku biar dia dulu mulakan conversation. Kalu dia tanya apa-apa, aku jawab macam biasa la. Kadang-kadang memang ke laut apa yang aku cakap dengan apa yang dia ingat aku cakap. Tapi aku biarkan aje. Tak guna nak betulkan apa yang silap dengan orang pekak ni. Hihi. Pekak-pekak pun baik. Dia la yang bagi amaryllis tu kat aku.

Okeh, ke laut pulak citernya. Aku nak citer pasal akak sorang ni yang kamceng dengan aku. Okey, akak yang tegur aku kat playground tu. After so many meetings kat playground tu, berlanjutan sampai ke rumah. Kalu tak dia datang umah aku, aku pegi umah dia. Kalu tak jumpa depan-depan, gayut berjam-jam kat telefon rumah. Masing-masing pakai cordless phone, sambil jemur kain pun boleh! 

Aku ni bukan senang jugak rapat dengan orang. Tapi tak tau kenapa dengan akak ni rasa macam terbukak pintu hati nak get close and personal. Only yang ada chemistry je boleh ke tahap ini. Aku masak apa-apa, aku hulur kat dia. Sama jugak dia. Time dia balik kampung, ada la rambutan dia bagi kat aku seplastik. Time aku balik kampung, ada la keropok untuk dia. Gitu.

Akak ni boleh drive, tapi takde la terer sangat. Dia boleh drive ke tempat yang dekat-dekat, minus the heavy traffic. Satu hari dia ajak aku pegi kedai tudung milik jiran aku area ni jugak... Kedai tu dekat dengan Jeruk Madu Pak Ali tu. Dekat je la kalu pegi dengan kereta. Sebab aku pernah bagitau dia, aku teringin nak pegi kedai tudung tapi takde geng. Tu yang dia ajak aku. Dari akak ni, aku dapat ilmu pasal tudung. Akak ni la yang intro kat aku pasal tudung 2 muka. Hahahahaha... Sumpah aku tak tau wujudnya tudung nama 2 muka ni... Gilo la... Tau tudung instant awning, bawal, shawl tu je.
Lepas tu, banyak la lagi dia ajak aku keluar. Best jugak dapat keluar dengan kawan-kawan ni. Walaupun kawan aku ni lagi berusia dari aku hehe.. Raya aritu pun dia ada ajak aku pegi makan kat umah dia. Really honoured rasa. 

But now she moved out last week. Husband akak ni keje TNB. Hidup dia sekeluarga asyik pindah randah depending on projects la. Projek yang husband dia handle kat sini dah siap. So, kena balik HQ kat KL la. Umah dia sendiri kat Cheras. Huk aloh, baru je nak baik-baik dah pindah. Anak-anak aku pun baru je nak rapat dengan anak dia...

Kenapa ye... Benda yang buat kita happy ni cepat je Allah tarik. Jumaat lepas tu aku pegi jumpa dia untuk kali terakhir sebelum dia pindah. Rasa sayu je.. Macam tak percaya pun ada dia dah nak pindah. Sebelum ni aku boring-boring, pegi umah dia. Dia nak daun apa-apa nak masak, datang mintak kat umah aku. Now no more la. Aku dah kehilangan sorang kawan baik :(
Baru perasan, aku dengan dia tak pernah bergambar sama. Hari last jumpa tu aku pegi umah dia tak bawak henpon. Ada suruh anak dia ambik gambar kitorang, tapi kualiti tak berapa bagus. Dia kata nak wasap, tapi tak send-send pun lagi. Sibuk lagi kot. 

Aku duduk kat kondo dulu 4 tahun lebih.. Baik jugak dengan jiran-jiran tapi bila nak pindah tak rasa sedih macam ni. In fact, dengan jiran dulu tak rasa apa-apa pun. Dengan akak ni baru setahun kenal, dah rasa kehilangan bila dia takde ni.

Tiap kali lalu depan umah sewa akak ni, sayu pulak rasa bila tengok umah tu kosong je. 

No comments: