Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, December 3, 2015

#1281 Me Vs Gigi On The Way!

Dah lama encik Jack ajak balik tapi aku berkira-kira sebab sekarang ni kat Penang dah start hujan tak menentu. Risau la jugak belah Kelantan tu sure lagi worst. Risau dalam perjalanan lagi, risau takut stranded macam kes tahun lepas lagi. Banyak la benda yang aku tak sedap hati. Minggu lepas Nik Pareh kata nak datang Penang. Last-last tak jadi sebab mek halus dia kuat benar muntah dalam kereta. Encik Jack pulak lelebih nak jumpa abang ipar dia. Kekadang aku tertanya jugak, sape sebenarnya adik Nik Pareh ni. Nik Teh ke Nik Zahir? Thehehe...

Tetiba kelmarin balik lunch kucar-kacir ajak balik. Sebelum ni duk kata kena standby tunggu technician pasang alat kat lab. Dan-dan tu kelmarin technician setel, terus balik umah suruh aku packing. Packing adhoc la. Tak plan apa pun. Kaup je apa je dalam laluan aku. Dengan harapan semua benda yang mustahak tak tertinggal. Gitu. Bertolak dekat kul 3 petang, sampai KB kul 9 malam.

Hari ni kitorang bawak Adam pegi cek gigi dia yang tak tumbuh-tumbuh after 4 years cabut. Dah separuh umur dia dah tunggu gigi keluar tapi nan hado pun. Plannya bawak dia datang sini nak xray la tengok gigi dia tu. Kalu confirm takde nampak nak keluar, boleh la kitorang proceed untuk tempah gigi palsu ke apa. Takkan nak biar dia tak bergigi gitu sepanjang hayat kan. Dia pun makin membesar, makin tahu erti malu. Kot-kot la kena ejek kat sekolah, mana aku tahu.
Datang HUSM macam biasa la bertemankan ex big boss, mantan Menteri Perubatan. (that's why we call her Puan Menteri. Menteri apa? Menteri Perubatan lerrrr). Kali ni pakar yang attend Adam dulu takde, nurse aje yang attend. Nurse pun pengalaman panjang berjela dah. Bila dia tengok, rasa-rasa gusi Adam, terus cakap gigi dah nak tumbuh dah. Sebab gusi dia dah membulat. Persoalannya, gusi tu dah lama macam tu, tapi tak keluar-keluar lagi gigi. 
Nak mengesahkan lagi kata-kata dia, alang-alang dah kat sini, baik hantar pegi x-ray terus. For confirmation kan. Dapat je film x-ray, nurse tunjuk la. Memang nampak la gigi dia 2 batang kat depan tu memang dah turun bawah sangat dah. Counting times aje dah nak keluar. (tapi tak tahu la bila tu). Bapak besar gigi dia. Nurse cakap, puas hati la tunggu 4 tahun, nanti besar yang keluar. Kena celebrate la bak kata nurse. Hihi... Alhamdulillah.... Nurse kata, boleh kalu nak toreh gusi dia untuk bantu gigi senang keluar. Tapi tak gerenti jugak. Nurse kata biar je la macam tu, biar keluar sendiri. Kesian kalu toreh nanti akan meninggalkan pengalaman pahit kat Adam. Buat sakit je. Padahal kalu biar, dia akan keluar jugak sendiri. Hopefully!
X-ray gigi
Dah alang-alang datang, aku serah si adik sekali. Sporting relax je dia. Sebab cek je, cuba kalu kena cabut... Haha ada yang tak cukup tangan nak pegang dia. Gigi depan dia je la yang teruk. Gigi lain dah dalam tahap berjaga-jaga nak berlubang dah. Hoho... Tu lah, kalu tido dengan botol susu takleh nak kata apa lah. Daripada dia mengamuk tido, baik aku bagi je. Tapi gigi tak cantik la.

Nasib baik dia bagi kerjasama. No hassle. Macam pegi spa bak kata nurse pembantu. Lepas setel semua, nurse kasi mini toys kat Adam, si adik pilih nak sharpener. Terbaek layanan. Ke sebab pegi dengan ex big boss tak tau la thehehehe..
Disebabkan gigi adik ni dah berisiko, nurse sapu siap-siap fluoride kat gigi dia. Setengah jam kena pakai benda putih macam gigi walrus tu.
Alhamdulillah semua smooth. Sedap la hati dengar dan tengok sendiri bukti gigi Adam dah nak tumbuh. Selama ni kan tertanya-tanya akan tumbuh ke tak... Dah terjawab sudah teka-teki gigi ni.
P/s: Ada orang tu siap bawak balik masterpiece dia dalam luggage. Ingatkan encik Jack yang buh dalam luggage rupanya tukang lukis tu sendiri yang bubuh. Nak balik tepek kat pintu Mamatuk rupanya. Nak suruh Mamatuk ingat kat dia setiap kali bukak tutup pintu ke cane tak tahu la. Zaraa, Zaraa. Who would've expect this.

No comments: