Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, December 5, 2015

#1282 Me Vs Soopa Doopa

Pagi ni dah janji dengan bebudak 4 orang ni nak bawak diorang datang Taman Air Tengku Anis. Nak datang kelmarin dah lewat, hari Jumaat tutup awal. So, kena bawak jugak la pagi ni. Tengahari dah nak balik Apal pulak.
Lepas breakfast kat rumah, (ya ampun, encik Jack memang balas dendam gila-gila apa dia nak makan for breakfast kat Kelantan ni. Dah berapa round nasi dagang pelbagai tuan dia belasah) kitorang terus ke sini. Excited kemain bebudak bila turun je keta kat sini.
Nak datang sini kena datang awal pagi lepas dibuka. Bila dah petang, makin crowded pool kat sini. Time kitorang sampai ni tak ramai orang. Puas hati la boleh conquer pool sesuka hati. Ada 3 pool kat sini. Boleh jelajah dari 1 pool ke 1 pool yang lain.
Bebudak ni apa lagi, cecah air terus bertukar jadi ikan jadian ;p Mek Anis yang paling halus manis tu pun tak kurang ikannya.
Main air tak sampai setengah jam, langit tetiba mendung giler. Jangan ler hujan lebat serta-merta, kesian bebudak ni tak puas jadi ikan. Ada pulak pool drama kalu terpaksa kerah semua naik.  
Alhamdulillah, awan mendung pegi landing tempat lain. Lepas tu langit kembali cerah. Dapat ler diorang main puas-puas sampai tukang jaga dah naik bosan. Nak suruh naik tu punya la drama si Zaraa ni meraung tak nak tinggal pool. Kena usul kat orang kaya suruh buat swimming pool air tawar kat Apal la camni. Tayar buruk dah banyak, boleh buat pelampung *kepalahotakhang
Tengok gelongsor soopa doopa tinggi melangit ni, anak aku terus meronta nak ngetes. Aku pulak yang cuak. Takut dia terselam dalam air bila meluncur turun tu je. Semua nak ngetes. Yang halus manis tu pun tak kurang gelenya-nya. Nasib baik daddy dia terer sambut kat bawah. Kalu tak, selamat scuba diving jumpa penyu nemo la si kenit tu.
Setel aktiviti air, ajak diorang pegi tengok rusa kat sebelah tu pulak. Tapi sedih betul tengok kandang rusa. Dengan lecaknya (sebab hujan kot), dengan kotor nya, air minum dia pun dah takde beza dengan air lecak kat tanah tu... Kesian sangat kat rusa-rusa tu. Macam kebajikan tak terjaga je. Teringat kat rusa kat Zoo Shenzhen tu... Jauh nau beza.
Dah, balik umah Puan Menteri, rilek golek-golek tido seround, pastu petang balik Apal. Macam penat giler bawak budak-budak main air.
Mula-mula sampai Apal takde orang. Anak-anak dah mengomel nak balik KB balik. Tapi bila tuan Deduan balik, dua-dua dah tak ingat nak balik umah mamatuk dah. Punya seronok dapat main lori Deduan yang besau-besau tu. 
Kat umah Puan Menteri sure dah aman takde 2 orang ni. Kalu tak, tiap jam sure ada drama berebut toys. Belum kes rebut takhta lagih. Hari-hari gaduh. Pening mak. Dua-dua sepupu Tioman tu tak favour Zaraa, i just don't get it. Kesian pun ye kat cik Kak kita ni. Apa la salah dia bebudak Tioman tu tak suka dia. Kids!

Bila dah takde 2 ni, sini aman, kat sana pun aman. Haih... Pros and cons bila berkumpul adik beradik!

No comments: