Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, December 21, 2015

#1283 Me, Europe Trip Vs Pre-Holiday Jitters

Lain sikit title entri ni berbanding 1282 entries yang sebelumnya.

Hadoiii.... Kakak-kakak ipar sehari dua ni duk merangka lawatan adik-beradik tahun depan. 2 hari lepas plan tahun depan ajak ke Jepun. Oh my.... Gemuruh darah aku. Sape tak nak pegi kenal tempat orang. I do! Seharian stay at home being confine 24-7, tentu sekali aku nak. Ajak la kemana-mana, dekat atau jauh, aku memang nak.

Itu citer 2 hari lepas. Hari ni, laki aku pulak usulkan trip adik beradik ke Europe tahun depan. Nak gi cuti sekolah Jun tu mustahil dah sebab Jun depan posa. Takkan nak backpacking posa-posa. So, cuti sekolah hujung tahun la jawabnya kalu nak long haul. Direct flight, 13 jam. Transit, boleh sampai 25 jam. Ada berani? Belum campur dengan jet lag lagi tu.
Seronok kan tengok orang pegi makan angin? Sebenarnya yang indah tu hanya yang dipertonjolkan aje. But of course however, makan angin tu kot-kot mana pun memang seronok. Yang tak seronoknya, kalu ada perkara-perkara yang tak diingini berlaku. Sepertimana aku, trip ke 3-3 negara yang telah aku harungi sebelum-sebelum ni, the flight journey itu yang menyesakkan dada. Yang paling menduga tahap kesihatan aku. Biasanya flight perjalanan pergi aje yang aku bermasalah. Perjalanan nak kembali ke tanah air tu alhamdulillah aje. Logik la kan.

Aku pernah terbaca kat satu blog mat saleh, katanya dia memang jenis gemuruh/resah/cemas setiap kali nak naik flight penerbangan jauh. (macam aku je?) Sampai tahap doktor prescribe ubat untuk dia overcome stress dia. Pernah satu hari tu dia tertinggal ubat tu masa nak naik flight dan terpaksa patah balik semata-mata nak ambik ubat tu. Jarak perjalanan dari airport ke rumah dia dekat sejam. Nasib baik dia sempat naik flight....... Oh ada ye ubat untuk 'sakit' macam ni. Aku pun nak la!

See, nak pegi makan angin yang nampak sangat menyeronokkan ni, sebelum tu kena harungi macam-macam halangan. Bagi orang lain yang hardcore, sure takde masalah la. Datang la badai macam mana pun, diorang tough je. Aku respek sama manusia macam ni, contohnya Encik Jack la. Sometimes aku jeles sangat dengan dia. Takde masalah apa pun. 

Satu lagi masalah, kalau melibatkan suhu sejuk. Aku kan jenis tak tahan sejuk. So, kalu trip hujung tahun ke negara yang terletak di Hemisfera Utara, automatik la time tu musim sejuk walaupun bukan musim salji lagi. Haih, aku dah cek weather untuk November kat sana... Average bawah 10 degrees gitu la.... Haaaaaaaaaaa.... Yang baru nak summer kat Korea baru ni 15 degree pun aku dah jatuh depress, yang ni lagi la.... SIL2 aku baru balik dari Jepun, dia cakap kat saner makan bekalan nasi sejuk macam baru keluar peti ais. Sebab kat sane 6 degree aritu. Matahari ada tapi sejuk beku. Boleh bayang?

The main problem aku, aku ada hantu gastrik yang selalu folo aku. Naik flight lama, aku takleh tido-gastrik. Suhu sejuk, boleh jadi depress-gastrik. Pegi tempat baru, ambik masa nak sesuaikan perut dengan makanan sana-gastrik. Semua gastrik. Menyampah tau. Europe trip ni laki kakak ipar aku join sekali. Malu la kalu aku jatuh gering kat sana. Orang excited-excited nak berlibur, aku pulak yang sakit. Tak ke spoil mood orang. Kalau sakit sikit-sikit macam kat Korea tu takpe lagi, boleh keluar lagi. Kalu sakit sampai kena warded cane? Itu yang paling horor tak mampu nak bayang. Paaaaaling takut. Kat Korea tu pun aku dah terbayang kena masuk wad... Saiko kan. Gastrik je kot.

Kalu aku takut nak sahut cabaran ni, sampai bila pun aku takkan kenal atau jejak kaki ke Europe. Kalau kau jadi aku, berbelah bagi tak? Kalau kau tanya aku, seikhlas hati aku jawab nak pegi. Tapi memikirkan lagkah-langkah seterusnya yang melibatkan kesihatan aku, yang tu aku naik takut. Kalau makan angin Puan Menteri ada sekali takpe. Dia lagi tahu cara nak handle sakit aku ni.

Cane ek? Go or no go? Stress tau dibelenggu oleh pre-holiday jitters macam ni. Kalu macam orang ramai-ramai yang lain kan best. Cukup time, fly. Huhahuhahuha pastu balik. Takde la sibuk nak muntah ijau macam aku. Rasa je nak muntah, tapi tak muntah pun. Aku ni bukan motion sickness. Naik roller coaster, bot kat laut ganas nak ke Pulau Kapas suatu ketika dulu, road trip jauh-jauh, aku takde hal tak pernah muntah. Tapi bila atas flight macam-macam rasa queasy.

Satu lagi kan, aku duk teringat trauma naik flight malam dari Vietnam nak ke Korea tu. Yang temperature luar flight sampai negatif seratus lebih tu... Ketar nak tunggu sampai ke Incheon tu.  Nak termuntah, nak terberak sekali dalam satu masa. Sweater dah pakai, selimut wool stewardess kasi... Tapi tak rasa apa pun. Sejuk giler! Aku sorang je rasa camtu sebab aku kan gastrik, Maybe sebab tu kot body aku takleh nak cope dengan temperature drop dalam flight tu. Serius trauma!

Please share stories with me if you have. I really need second opinions. Help me. Should I go or not.

Aku kan kalu semua entourage kata, Don't worry... Everything's gonna be fine. Pergi je.. Apa-apa hal, kitorang ada... Kalu ada orang convince aku dengan ayat lebih kurang macam ni, aku ikut.

6 comments:

jie @ azie said...

Gi New Zealand teh...best bila tgk member aku gi honey moon sano.

Blog Diva said...

nok g jgk jie. mmg dlm short list pun. aku sorg je excited nok gi aussie dengan nz, org lain duk ngoya europe, nok buat gano.tokkei nok gi sorg2... tok berani la aku.

jie @ azie said...

aku vote aussie dgn nz, mu racun la en jack sekali

Blog Diva said...

Org excited doh nok g...oyat gapo pun x dgr doh.sanggup g tanpa aku pun. 😭

Blog Diva said...

Org excited doh nok g...oyat gapo pun x dgr doh.sanggup g tanpa aku pun. 😭

Anonymous said...

Get prepared before you go.. Cth if takut sejuk sgt..get ready with long john/heattech full set. Pakai siap2 kat epot. Or b4 fly tu..(Kan panas méngelupur pulok kat epot). Pakai at least 3 later trus dlm flight. 1) long john better 2) pakai t-shirt heattech 3) sweeter & pakai stoking tebal gak. ( I always put in my bag even naik bas pun coz tak thn sejuk) bawa extra kut kut kena pki 2 lapis. bring hot pack( hand warmer) n put in each pocket. So settle masalah sejuk. Bab mkn. Always ready snack or lite food dlm bagpack masa kuar jln2. Ada small thermos leh bawa sama..to keep u warm if need hot water or hot soup. Segala ubat2 kena bawa n beli travel insurance in case anythg.. Mana tau secareful mn Kita pun mn tau if Ada org tertolak kita, then kita terjatuh etc.

Selain buat persiapan, bukan berdoa agar dipermudahka segala urusan bermusafir. Sekian heheh
Love,kakak.