Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, December 29, 2015

#1285 Me Vs Generalized Anxiety Disorder

Punya lah hebat dugaan Tuhan kat aku pasal Euro trip tahun depan ni. Tiap hari berperang perasaan nak pegi tak nak pegi. Sape tak nak pegi wei. Peluang sekali seumur hidup untuk orang macam aku. Peluang dah ada tapi emosi ni macam-macam tak reti nak cerita kat orang.

Tahun depan genap 10 tahun wedding anniversary aku. Hajat di hati nak ajak encik Jack kembali ke tempat honeymoon aku dulu, Bali. Bali je pun, bukannya jauh dan mahal sangat compared to Europe. Tapi encik Jack dah bulat hati nekad nak ikut kakak-kakak dia pegi tour Europe. Tak berganjak sikit pun keputusan dia walau aku pujuk pegi Bali. Ofkos la kan. Bali tu nothing compared to Europe. It's about the memories that count. Kalu pegi Bali, boleh la angkut anak-anak sekali. 10 tahun dulu datang berdua je. 10 tahun kemudian, datang berempat pulak. Tapi apa nak buat, dia tak nak.

Sampaikan aku terpikir, takpe lah dia nak sangat pegi Europe biarlah dia pegi Europe. Aku pegi Bali dengan anak-anak je lah. If he spends RM8,000 for his trip, then he can give me the same amount for my trip. 2 minggu kat Bali, dengan amaun yang sama boleh sewa villa agaknya... (agaknya la...aku tak tau)... Tak ke seronok tu? And I told him about my plan. Dia diam je. Takde langsung riak nak reconsider apa aku cakap. 

Frust. Tanya orang tu orang ni, semua kata tak sure. Nak naik rumah la... Keje tak tentu masa la... Duit tak cukup la... Macam-macam. Double frustation. Ok, pasrah. Tak dapat pegi Bali, dapat duk resort Janda Baik pun boleh lah. Fikir aku. Tapi still, takde sape yang berminat nak join. Semua macam aku-tak-sure-aku-banyak-plan-lain je. 

Last-last aku sedapkan hati, aku ikut je la diorang pegi Europe ni. Tiap-tiap hari macam-macam perasaan takut yang timbul. Takut tak lalu makan. Takut sejuk melampau sampai frostbite kau jangan main-main). Takut sejuk sangat sampai menggigil takleh tido. Takut sampai-sampai je kat London, jatuh sakit (demam, selsema, gastrik kronik etc), takut homesick rindu kat anak-anak (that's the first thing I felt when I landed in Korea), takut takleh nak makan kat sana, takut depress kat sana (cuaca terlalu sejuk boleh buat aku depress), dan macam-macam lagi susah nak cakap.

16 hari kot kat sana. Yang pegi Korea 8 hari tu pun at one point aku rasa macam nak lari balik je. Talk about the food, talk about the weather. 16 days jauh dari tanah air. Jauh dari keluarga. Jauh dari makanan. Jauh dari my comfort zone. How am I goin to survive. Kalu aku sakit, nanti akan kacau mood orang lain pulak. And most important thing, can he take care of me?

Sometimes I wonder why I'm like this. Worrying endlessly about something that doesn't happen. Through reading, I came to understand about Generalized Anxiety Disorder. Ni aku diagnosed diri sendiri je ni, bukan doktor bertauliah pun yang cakap. I might be either right, or wrong. 
Kalau ada di sini yang membaca post aku ni yang rasa diri dia macam yang aku gambarkan kat sini, kita geng! Bila tengok orang lain (peserta rombongan cik Kiah ke Europe nanti) semua macam steady je, aku jadi tertanya-tanya. Sebab makin aku observe diorang ni, aku rasa diri aku makin tak normal. Aku tengok diorang ni takde pun risau apa-apa. Semua macam excited menghitung hari je nak pegi. Nak pegi tu setahun lagi uols. Yang aku ni pulak, citer yang setahun lagi ni pun dah start overworrying. Sampai satu tahap rasa macam nak giler dok risaukan benda yang belum jadi. Tapi kalu tak pikir awal-awal, lagi susah nak hadap real case scenario kat sana pulak kan.  
Kelmarin aku pegi klinik sebab telinga aku belah kanan tak dengar. Alang-alang dah jumpa doktor tu, aku tanya terus la pasal ubat berkaitan anxiety ni. Bila aku explain apa aku rasa, doktor kata maybe I should take anti anxiety drugs. Xanax contohnya. Mak ai, dengar Xanax ke, Lorazepam ke.... Terus teringat CSI... Banyak kali disebut-sebut dalam CSI. Tapi ubat penenang camni kena ada prescription dari doktor, takleh main beli kat farmasi je. In fact, farmasi memang tak jual ubatan macam ni. Salah kalu jual. Klinik pun, kena ada lesen untuk bagi ubat macam ni. And, tak semua klinik ada sebab leceh regulations dia. Kalu ubat tu hilang, nak kena report polis etc. So, banyak klinik yang tak available ubat ni. Klinik yang aku pegi kelmarin tu memang takde ubat tu. Sebelum ni ada doktor tu kata, tapi discontinued sebab leceh tu lah and ubat ni jarang-jarang je orang mintak.

Doktor tu kata, I should take the pills during my flight. Tapi aku kena inform la berat aku berapa, else takut overdose lain pulak citernya atas flight tu nanti. Tapi I have to make sure aku makan time tu je la. Takleh ambik selalu. I've read about this, ubatan macam ni memang banyak side effects jika diambil berterusan atau disalah guna. Haih.... Terpikir pulak aku kalu kat klinik panel satu lagi tu takde jugak ubat tu, kat mana ek lagi aku nak dapat?
Kat satu group travel, aku ada suarakan pasal ni. And to my surprise, diorang kata flight anxiety ni common case, just take the meds. Hmmm... Tak sure la orang lain enxiety yang macam aku ni or anxiety lain. Anxiety ni pun ada macam-macam jenis. Aku anxious bukan sebab takut flight terhempas ke atau takut time flight nak take off atau apa... That's not the problem. Aku tak takut naik flight. I'm just anxious. Anxious aku tu will lead to racing heartbeat, pastu tak lalu makan, choking and takleh nak telan makanan... Pastu mula la loya sebab perut masuk angin. And here comes gastric. And there goes my vacay. Most of my trips, I don't enjoy food as much as others. Makan sekadar untuk meneruskan kelangsungan hidup. Alas perut.
Did you get something from this entry? I hope this post will open up your eyes about this kind of mental illness. I am not suffering this alone, I believe. Trust me, this is not nice at all. 
Kalau 'sakit' anxiety ni macam suit, nak aje aku tanggalkan dan lempar jauh-jauh.

No comments: