Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, December 30, 2015

#1286 Me Vs Halfway Deaf

My Velvet Queen Sunflower. No filter.
Dah 5 hari aku cacat pendengaran. Telinga kanan aku ni makin hari makin tak dengar. Plannya, kalu antibiotik ni habis tapi tak ok-ok jugak, aku nak refer diri sendiri ke Hospital Seberang Jaya lah. Telinga aku ni tak sakit. Tak berdengung. It's just that makin hari makin kalis bunyi. Doktor kat klinik baru ni suluh, dia kata ada jerawat kecik dalam saluran telinga aku. Agaknya, jerawat tu makin besar la kot, makin tertutup la lubang tu. This whole thing is bearable, but uncomfortable. Sometimes orang nak kena repeat cakap beberapa kali baru aku paham. 

I missed my normal hearing. Sobs.
Sekolah dah nak buka. Korang dah siap beli segala berkaitan back to school ke? Kitorang biasa-biasa aje. Kasut dengan beg skolah Adam boleh carry forward untuk tahun depan, so pakai je la dulu. Untuk si adik je kena beli beg sekolah kat dia. Dia kan mana ada pegi sekolah lagi. Dapat la beg Frozen pilihan hati dia. Tak tahu la boleh bertahan selama mana. 
Sejak ada beg skolah ni, makin excited la dia nak pegi skolah. Lain bebenar perangai anak aku 2 orang ni. Si adik ni almost everyday kena dengar dia make-up stories kat sekolah dia. Cerita khayalan dia la. Ko jangan hot-hot chicken shit sudah la mek Zaraa.
2-3 minggu kebelakangan ni, satu famili aku tak berapa sihat. Zaraa demam selsema batuk for almost 2 weeks. Demam dia on and off. Bab demam aku tak risau sangat sebab dia suka ubat demam tu. Part batuk tu yang payah sikit nak pujuk dia makan ubat batuk. Sebab ubat batuk tak sedap katanya. Dia ni style batuk tengah malam je. Siang hari tak batuk mana pun. Sampai takleh tido asyik dengar dia batuk kahak sepanjang malam. Paksa jugak la dia makan ubat batuk. Bila dah prolong tu, dia pun makin tak nak makan la ubat. Bosan agaknya tiap hari kena suap ubat.

Abis tu cane nak bagi dia makan jugak ubat batuk tu? Haaaaa... Part saiko budak makan ubat ni memang aku tak terer. Tapi tak tau cemana dapat wahyu nak spelek cara ni. Hahaha... Aku sendiri pun rasa nak tergelak tak boleh blah jugak dengan idea adhoc aku ni. Tapi idea yang berjaya nih..

Terpaksa la main ala Doc Mc Stuffin dengan dia. Main doktor-doktor lah. Stetoskop mainan dia pulak aku dah buang sebab dah lama jahanam. (stetoskop kedai 2 ringgit hehek) Dah tu nak jadi doktor cemana ni? Haaaaa... Guna je la segala apa yang ada dan logik akal anak kau. Ni ikhtiar aku, pakai earphone pastu cucuk kat tudung botol. Jadi lah tu. Aku saiko dia, kasi dialog doktor-patient tanya nama, tanya sakit apa, mintak nak test dengar paru-paru dia... Then pakai la stetoskop jadian aku tu... Suka dia! Termakan la pujukan aku suruh telan ubat batuk tu. Lepas dia telan ubat tu, pura-pura la cek paru-paru dia lagi. Create la citer aku dengar kuman tu terjerit-jerit gelongsor ke perut sebab takut kena gocoh kat ubat batuk tu... Hahahaha... Pepandai la kau goreng.. Kekdahnya tiap kali dia tak nak bagi kerjasama aku buat camni la. My inovation is laughable, tapi takpe lah, janji dia nak makan ubat. Lepas tu hari-hari ada je nak cek paru-paru aku pulak. Suruh aku tarik napas. Tapi tak suruh lepas pulak. ;p 
Cuti panjang ni macam-macam ciptaan budak 2 orang ni kat rumah. Pening kepala tapi nak marah-marah tak boleh sebab sel-sel otak diorang tengah berhubung gitu. Hadap je lah segala pemandangan tak indah dengan penuh pasrah. Stok kertas A4 dah habis... Tinggal A4 yang terpakai aje. Cik Kak kita ni dah bising mintak tambah stok kertas dia lagi. Tapi masing-masing tak layan sebab kalu stok kertas ada, dia duk perabih kertas gitu je. Tulis sikit buang. Gunting sikit, buang. Menyampah nengok.
Kasut Ronald McDonald's
Ajar adik Iqraa.
Cepat la boleh dengar balik... Tak selesa sangat sebelah telinga umpama duk dalam tupperware kedap udara..

No comments: