Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, January 4, 2016

#1287 Me Vs Mixed Feelings

Kelmarin dengan hari ni kat fesbuk boleh tengok ramai yang share pasal gambar hantar anak ke sekolah. Mostly yang baru first time masuk sekolah la tak kira sekolah rendah or tadika. 

Hari ni first day jugak untuk Zaraa pegi tadika. First day jugak untuk aku berkucar-kacir menyiapkan dua orang anak nak ke sekolah. Sebelum-sebelum ni siapkan Adam aje. Start from hari ni, kena siapkan dua-dua lah. Lepas Adam pegi sekolah, kejutkan si adik pulak. Tadi nyaris-nyaris nak berdrama tak nak bangun. Padahal semalam punya la berkobar-kobar nak pegi sekolah. Kitorang pun dah hari-hari duk psiko dia pasal sekolah ni. Cool je dia.

Nasib baik makan pujuk suruh pegi mandi gosok gigi semua tu. Siapkan lebih kurang, offer suruh makan breakfast dia tak nak. Minum susu UHT je sebelum gi sekolah. Bento aku dah siapkan lah untuk dia. Makan ke idok tak tahu la. Tengok bento anak orang lain beriya je penuh satu tapewe. Berkhasiat je nampak. Tapi nak bubuh-bubuh sayur buah bagai, dia bukannya makan. Roti mayonis ni je yang dia mintak. Selebihnya aku bubuh saje-saje je. Saje tak nak kasi nampak kosong bekas ni.
Macam-macam kitorang pesan over and over to her. Dia ok je. Haih... Bila nak hantar dia pegi sekolah ni perasaan bercampur-baur rasa. Dah besar dah anak aku. Lepas ni dah sunyi dah rumah dia takde.
Pagi ni hantar dia dengan motor sebab encik Jack nak join sekali tengok anak dia masuk sekolah. Tengahari ni la aku start kayuh basikal magic aku tu. Hehe... Sampai-sampai kat sekolah, tengok dah ramai parents dengan anak-anak diorang. Macam-macam drama sinetron boleh tengok. Nasib baik anak aku tak join sebabak. Tadi nampak tokei Jeruk Pak Ali tu pun ada. Agaknya hantar anak dia kat tadika ni jugak kot. Sempoi giler.
Bila aku hantar dia ke kelas dia, kaku je nampak dia... Tak nangis. Bila cikgu letak dia kat tempat dia, dia duduk je. Diam je tak bercakap sepatah. Kang jadi budak misteri pulak cikgu tak tahu nama dia sorang. Hahaha. Zaraa ni memang kalu dengan orang dia tak biasa, dia kaku diam je. Hopefully, dia boleh sesuaikan diri lah... Risau jugak kot-kot balik karang dia cakap tak nak sekolah sini dah.
Lepas tinggalkan dia, kitorang pun balik la rumah.. Lain je rasa dia takde. Sunyi tak patut lah. Kekok pulak aku. Selalunya mana aku pegi, situ lah dia ada sekaki. Apa aku nak buat, itulah dia sibut berebut nak buat jugak. Hihi... Masak kat dapur lepas ni dah takde tukang sibuk dah..
Missing this Cinderella so much... Kita tunggu dengar la apa dia nak citer balik sekolah nanti. Hopefully good one lah.

No comments: