Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, January 8, 2016

#1288 Me Vs The Excited Kid

Day 1
First time pegi ambik dia kat sekolah tengahari tu... Dengan matahari sedepa atas kepala, hoi no kidding la aku rasa terbakar inside out. Hadoiiii... Sape suruh tak reti drive... Emm kalu reti drive pun payah jugak sebab jalan kampung yang nak ke tadika dia tu sangat la sempit. Memang payah nak reverse, parking segala... But still, kesian dia balik tengahari panas-panas tu.

Balik-balik sekolah dia komplen kat aku, semua kawan-kawan bawak nasik lemak telur.. Dia bawak roti dengan biskut je.. Ahahahaaaa.... Mommy mengerti wahai anakku... Esok kita cuba benda lain pulak ok...

Balik-balik sekolah aku terus suruh dia berendam dalam besen mandi dia... Lepas mandi cecepat bukak beg tunjuk kertas yang dia lukis & kaler kat sekolah tadinya tu. Dia lukis gambar kucing dengan 2 ekor anak kucing siap kaler segala.. Cikgunya tanda, siap bagi bintang 5 bijik. Hihihi....

Segala yang dia bawak pegi sekolah tadi (alatulis), bila balik rumah semua cukup. Takde yang hilang. Alhamdulillah.. Lainnya anak laki dengan anak pompuan pegi sekolah ni. And, first day pegi skolah bila balik dia boleh cerita nama besfren dia. Anak mak dah ada bff dah... Suzana katanya nama kawan dia kat sekolah... Hahaha... First day lagi dengar macam-macam cerita dari dia... I am so thankful for this. Masa Adam dulu, tak macam ni....

Day 2
Lepas Encik Jack hantar Adam, dia singgah belikan nasi lemak tanpa sambal. Panas telinga ok dengar anak bebel bandingkan bento kawan-kawan dia. Hahaha... Ok, nasik lemak sejemput kera dah beli, bubuh siap-siap dalam lunchbox dia... Dengan roti mayonis sekeping.

Balik-balik, tengok lunchbox licin. Dia kata dia makan sorang. Tak tahu la nak percaya ke tidak. Terkejut jugak. Lapar sangat ke anak aku pegi sekolah? Teruk sangat ke belajar sampai perut boleh isi segala bekal. Hahaha... Alhamdulillah... Balik-balik rumah, mandi-mandi terus tido....

Day 3
Dia cakap nak bawak nugget je harini. So, mak bertindak mengikut arahan je la. Macam biasa, tengahari aku pegi ambik dia. Selalunya sebelum-sebelum ni sesambil atas basikal tu kitorang ada la sembang-sembang tanya dia pasal kelas dia hari tu... Dan selalunya dia happy la citer itu ini pasal school dia. Tapi hari tu dia diam je atas basikal... Dah terdetik jugak kenapa dia monyok je hari tu...

Sampai-sampai kat umah, bukak tudung dia terus nangis... Cakap dia pukul belakang tangan dia dengan pembaris besi... Alaaaaaa.... Kesian anak aku... Terus peluk dia, tanya dia what really happened in her class... Tak tahu la... Sekejap cakap camni, kejap cakap camtu... Pujuk-pujuk.... Nasib baik ok.... Risau gak takut dia perit esoknya dah tak nak pegi sekolah tu dah...
Day 3
Day 4
Pagi hantar dia pegi sekolah dengan encik Jack by motor.. Aku sengaja nak kira berapa sebenarnya bonggol nak pegi ke sekolah dia. Fedap tau, tengah panas lit-lit tu, nak press laju-laju takleh sebab banyak bonggol kat jalan kampung tu. Sampai terdetik dalam hati aku, nape orang kampung tu obses sangat dengan bonggol. Kalu bonggol yang landai tu takpe jugak, ni bonggol yang buat sendiri tinggi lagi, tajam lagi. Kira punya kira, ada 10 buah bonggol nak pegi ke sekolah dia. @#$%^^&**

Jarak satu bonggol dengan bonggol yang seterusnya tu alahai nak nangis rasa. Buat habis bateri basikal aku je. Tiap kali time nak kena ambik dia tengahari, aku mesti ngeluh dalam hati. But, what to do... Takkan nak suruh encik Jack buat semua. Mana contribution dari aku pulak.

Selalunya aku akan turun awal. 11.45 pagi tu aku dah start bersiap. Tapi 11.30 tu lagi dalam hati asyik hesitating. Sekarang ni musim panas sungguh weh... Balik dari ambik dia, terus masak pulak. Nak masak sebelum tu awal sangat. Sesambil masak tu entah berapa kali aku splash air ke muka, panas gilosss... Lepas ni makin hitam la aku anak beranak..

Bos IBM kata nak datang malam ni naik ETS. Ceria sikit rasa time tak-tak lalu makan ni. Serius, sejak pegi KL aritu sampai hari ni tak ok-ok lagi gastrik dengan selera makan ni. Fedap jugak... Orang lain sepanjang tahun mulut asyik lalu je makan apa pun. Aku ni, setahun berapa kali je lalu makan. Kalau la perut problematic aku ni boleh ditanggal dan ditinggal kat mana-mana, sure dah lama aku tukar buh perut lain.
Bos IBM datang ni ada la teman makan-makan or JJCM. Happy la sikit. Bila serotonin makin up, selera pun makin up la jugak in sya Allah... Nakkan serotonin, tak larat dah mak nak telan pisang. 

Aku sibuk-sibuk siapkan bilik tamu, dia pun datang la tumpang sibuk sekali. Nah, kasi batang mop... Setel bahagian tangga dia tolong mopkan. Hehehe.. Cheap labor!

Day 5
Kelmarin cikgu dia bagi uniform dengan baju sukan... Alolololo comei sungguh baju-bajunya... Hari ni la first day dia gi sekolah pakai uniform... Boleh la cik long dia tengok. Masa balik sekolah pegi jemput dia dengan encik Jack... Dia dah ada tercegat kat depan tadika. Tak cam pulak. Bila dia senyum kat aku barulah perasan ler anak aku rupanya.. Hahahaha...

*********
Macam tu lah kisahnya... This first week is a struggling week for all of us. Memang struggle lah nak siapkan 2-2 orang anak pepagi tu. Bangun Subuh, lepas semayang siapkan Adam.. Lepas Adam pegi sekolah naik atas kejut si adik pulak suruh mandi siap-siap pegi tadika... Lepas hantar adik tadika, macam-macam serbamaknikatoknenek keje aku buat. Kejap je dah kul 10. Dari basuh kain, jemur kain, lipat kain, gosok uniform sekolah 2-2 orang, siram pokok, gardening, buang sampah, composting, sapu dalam rumah, sapu kat porch etc... Dalam hati berkata, duk sorang-sorang kat umah ni lagi busy ada la aku ni. Cita-cita nak tido lepas hantar dia sekolah tu belum tercapai lagi setakat ni.
Dari celik mata Subuh-Subuh sampai la semayang Zohor... Memang prime time aku lah. Lelah berjelir pun sekelip mata hilang bila ambik dia dari sekolah dengar dia citer macam-macam how she spent her day in school. Gossip itu ini.. Hahaha... Ni memang anak mak.

No comments: