Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, January 12, 2016

#1289 Me Vs Skipping Anxiety Drugs

Last week Bos IBM datang sini. Penat aku tengok dia. Cuti balik Kelantan 1 hari, terbang gi Sapporo seminggu, balik Malaysia pastu datang sini pulak 2,3 hari pastu balik KL semula... Spesis sotong-sotong macam aku memang tak terbuat la acara amazing race peringkat benua macam ni. Capek!
Aktiviti wajib bila berjumpa adik beradik adalah JJCM. Tapi jjcm dengan aku ni tak mencabar. Sebab kitorang ni jenis tak berani nak mencuba tempat baru. Bila orang tanya sini best apa, aku tak tau nak jawab apa. Bukan takleh nak google. Atau search kat tripadvisor. Tapi tak berani lah. Sebab aku ada trust issue. Tekak aku dengan tekak orang tak sama. Sebelum ni pernah google cari tempat ikan bakar paling femes kat sini. Kitorang pun try lah. Bleerrrrghhh!!! Takde satu apa pun yang sedap. Tak tahu la nasib kitorang tak berapa baik malam tu atau memang tekak orang lain standard lagi rendah dari tekak aku. I take the latter one I guess. Lepas tu malas dah nak google.

Kesian Bos IBM datang sini kitorang tak dapat bawak tempat baru. Balik-balik tempat sama je yang kitorang bawak dia makan. Boring kan. Maklum la... 4 beranak ni kalu salah pilih tempat makan, dapat makanan tak best, kalu tak habis, sia-sia je rasa bayar mahal-mahal. Yes, kitorang memang kedekut... Tapi kalu makan sungguh-sungguh, makanan memang sedap, bayar banyak pun boleh kautim lagi. Boleh je pejam mata. Gitu. Reasonable la sikit kedekut tu.
Time Bos IBM ada tu aku ada buat roasted chicken.. Tapi hasil tak berapa menggiurkan lah pulak... A bit bland to the taste. Yang lain-lain ok je. Edamame 2 plastik Bos IBM bawak ole-ole dari Sapporo... Makanlah sesama dengan ayam tu. Boleh la... Petang tu buat churros kasi Bos IBM rasa. Dia dah banyak kali nak churros... Kali ni datang kena buat la. Tapi dia makan tak banyak... Tak sedap kot...
Pan-grilled lamb, mashed potato, blanch edamame, sexy chicken drumstick, brown sauce 
One thing I like bila ramai-ramai ni... Lalu sikit aku makan. Kan aku dah lama ala-ala takde nafsu makan. Bila ada tetamu, rasa bersemangat sikit nak buat makan-makan. Selalu berdua je yang tukang makan, rasa macam tak berbaloi je penat-penat... Dah la sekarang ni kan musim panas. Tak tahan duk dapur lama-lama. Macam dalam sauna...
Ahad pagi-pagi lagi Bos IBM dah balik KL. Huuuuu... Payah nau nak jumpa adik beradik.. Sekali jumpa sekejapan aje. Now dah sunyi balik rumah. Time diorang sampai tu seronok la... Tapi bila dah balik, satu macam pulak rasa... Emptiness.. Solitariness.. Loneliness... Pernah rasa camtu tak?

I've been thinking of some medications lately. I have so many schoolmates who works in hospital. Teringat kat sorang kawan aku ni, sekarang jadi lecturer kat HUSM. Ingatnya nak singgah HUSM la ambik ubat sebelum fly. So, aku beranikan diri pm kawan aku ni dan tanya pasal ubat anti-anxiety yang aku pernah cerita dalam entri sebelum ni. Basically, I asked her about the procedures. Setahu aku, ubat jenis ni memang takleh sekadar mintak prescribe je kan.. So, nak kena jumpa siapa? Doktor apa? Klinik apa? Nak kena jumpa pakar jiwa atau pakar psikologi ke cane...

So this is what my friend says... Forget about the drugs. Ubat jenis macam ni akan bagi banyak sangat negative side effects. Aku cakap, aku bukan nak makan selalu. Just nak makan tiap kali melibatkan long haul flights aje. Just to kill my flight anxiety aje. Then my friend cakap, takut once aku dah try, aku rasa sedap (selesa) dengan kesan sementara dia.. Then before I know, I'm already addicted to it. Takut gitu la. Kawan aku cakap, kalu kat HUSM, doktor akan ajar teknik pernafasan dulu... Kalu teknik ni tak jalan, atau tahap anxiety kau dah ke langit biru, baru la doktor akan proceed with drugs. Seboleh mungkin memang doktor takkan jinakkan kau dengan ubat jenis ni. Kiranya, ubat-ubat adalah last resort.

Kawan aku ni siap perli aku lagi... Selagi anxiety aku tak interfere daily, social life aku, selagi aku boleh panggang ayam (hahaha dush kena ataih dahi), then itu kira aku masih ditahap selamat. No need anti-anxiety pill. 

Nampak tak game doktor-doktor kat sini? Doktor private versus doktor kerajaan. Ini pengalaman peribadi aku. Tak suka, tak apa. Doktor private ni, bila aku ngadu masalah aku, terus bagi ultimatum ambik ubat sekian-sekian. Whereas gov doktor pulak, sehabis mungkin nak ikhtiar cara yang lebih alami. I'm glad I had my second opinion.

Tak habis lagi citer. Bila aku duk consult dengan dia, tiba-tiba kawan aku ni bukak cerita... She suffered the same illness like me. Hoh?! What?! Tolong jangan pandang rendah kat diri masing-masing... Like me, sebelum ni rasa tak normal sangat-sangat. Bila aku dapat tahu apa sebenarnya yang aku alami ni, rasa macam rendah diri... Rasa macam aku sorang je rasa camtu. Orang lain semua normal. Hahaha... Ini aku yang takde background medic... Kawan aku yang dah 10 tahun jadi doktor tu pun, baru berapa bulan kebelakangan ni je dia perasan dan tahu bahawasanya dia suffer anxiety disorder.. Kahkahkah... So, not bad jugak la aku ni.

Kawan aku ni, anxiety sampai satu tahap satu hari tu dia kena bawak ayah dia pegi check up kat hospital.. Ayah dia yang kena jumpa doktor tapi dia yang terlebih palpitating. Tak semena-mena dia yang berdebar padahal bukan dia yang kena jumpa doktor. Kawan aku cakap dia sekarang dah jarang bukak fb sebab dia takleh tengok status-status anak orang lain sakit etc... Sebab nanti dia jadi berdebar risaukan anak dia. Sampai macam tu sekali. Kira teruk dari aku lah gitunya. Naik flight dekat-dekat pun dia restless jugak. Sebelum dia kawin dia ada fly sorang ke NZ jumpa kakak dia... Sepanjang flight tu macam-macam dia citer jadi... The things like what I felt and faced. See, it's not easy for a person with anxiety issues.. Walaupun kau seorang doktor yang tahu segala trick perubatan.

Kelakar pulak dengar citer kawan aku ni... Now dia jadi tenaga pengajar di hospital.. So, hari-hari nak masuk lecture hall memang palpitating la kawan aku ni. Berdebar bagai... Student pulak zaman sekarang ni habis je kelas sebelum keluar hall pegi salam dengan lecturer dulu... Kawan aku ni punya la segan bila student salam dengan dia... Dah la tangan basah dengan peluh! Hahahhahhahah... 

Lepas a long chat/pm tu... Aku rasa lega sangat-sangat.. That I'm not the only weird person in the whole universe. Susah tau nak citer kat orang. Specially orang yang takde anxiety.. What I normally heard is, jangan la fikir banyak .... Errr... You can't simply tell anxiety people not to overthink... Because this is what we 'normally' do, -overthinking. Sama jugak dengan kes gastrik... Kau tak boleh cakap, makan lah...makan banyak-banyak...jangan tahan lapar tu..jangan memilih.. Sebabnya, kalu dia boleh makan dengan baik, dia takkan jadi macam tu..

So...please, if you have problems regarding your health (physical, mental, emotional) please seek someone that truly understand. Aku dah banyak kali jadi dalam hidup aku, tersalah mengadu...  Walaupun pada logiknya memang orang itu tahu macam-macam pasal aku, Akibatnya, aku makin menyisihkan diri. Sebab aku dah tak tau nak citer kat sape.. Citer kat orang yang salah, makin dipersalahkan diri kita pulak... Inilah ego orang sakit. Tak boleh dipersalahkan. Tak caya try tanya orang sakit lain.

Oh ya, lupa..... Pasal ubat anti-anxiety tadi yang kawan aku tak galakkan tu.... Aku tanya dia... Kalu aku ambik antihistamine je boleh tak... I just need the drowsy effect work on me during the long flights. Kawan aku kata BOLEH... 

Yay!!!!

Susah-susah je pikir pasal ubat anti resah ni... Rupanya flu meds pun work as well.... *****please consult your physician before doing so... This might work well on me, not you.

No comments: