Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, January 14, 2016

#1290 Me Vs Cooking cooking baking

First day pakai uniform... Subuh-subuh hari pun melukis juga.
Sebelum pegi sekolah pun siap 1 lukisan rambling dia.
Korang masak apa ek harini... Kronik sungguh penyakit tak tau nak masak apa aku ni. Singgang dah. Gulai dah. Kari dah. Sweet sour dah. Sup dah. Tomyam dah. Budu dah. Telur bungkus dah. Mi goreng dah. Nasi kerabu dah. Dah tu?
Sexy limau aku khennnn...
Lauk pun penasaran aku nak mikir... Masakan sayur pun satu hal. Kalu buat sayur air ada jugak yang buat muka kekura karang. Aku sekarang ni dah tak reti dah nak buat sayur air. Hahahaaa... Padahal belum kawin dulu tu la lauk aku masak siang malam kat kediaman Puan Menteri. Masa awal-awal kawin dulu kat Tronoh, fedap encik Jack hadap sayur air aku, sampai satu hari tu dia sound, tu je ke you reti masak... Setepek kena kat muka mokcik. Manalah mokcik tau. Dari kecik sampai kawin mak aku ajar makan sayur air je. Tak tau pulak aku makan sayur air hari-hari ni suatu yang tak normal.

Ada jugak la lauk sayur pelik-pelik yang Puan Menteri perkenalkan kat aku. Tapi hasil dari tunjukan jari telunjuk di mana-mana la. So, disebabkan encik Jack dah bagi ayat parut terhiris tu... Terpaksa la aku cari jalan nak memvariasikan masakan aku. Aku kawin dengan orang yang tekaknya selera kampung.. Aku pulak selera Manhattan. Kan dah setepek di situ.

Masa awal-awal kawin tu memang aku tak reti masak. Like, seriously. Takat goreng-goreng dengan sup je la. Tu pun most of the time gorengan aku hangus. Tak tau la macam mana encik Jack boleh survive dengan masakan aku. Survive la jugak lepas ayat bertepek-tepek aku dapat...

Zaman tu kat Tronoh kitorang dah ada internet kat umah. Share line jiran. Tapi rugi pulak rasa. Time tu aku tak reti nak luaskan penggunaan teknologi internet. Nak cari resipi pun tak pandai. Aku just reti cari resipi kat kongsiresipi ke resipi.net tak ingat dah.. Tu je la source aku. Time tu tak reti nak search kat blog orang.. Blog pun aku tak tahu apa lagi. Basically, bukak internet untuk ym, friendster, dengan emel je kot... Chatting dengan kawan-kawan kekadang. Semua kawan aku keje, chatting kejap-kejap je la.

Dah 10 tahun kawin ni, ada la upgrade sikit-sikit. Tapi macam laki aku cakap la, masakan aku tak consistent. Direct setepek lagi. Hahaha... Apa ada hal.. Mak mertua aku yang terer-merer tu pun ngaku masakan dia tak consistent jugak... Lagikan pulak aku budak hingusan dalam dunia masakan ni.... Sedapnya hati ini. Hahahahahhahaaa...

Kelmarin dalam duk garu kepala nak masak sayur apa, teringat kat kerabu kacang panjang yang Puan Menteri selalu tunjuk kat pasar tani ke mana tak ingat dah... Dah lama aku teringin nak makan kerabu stail kelantan tu... Kerabu sini stail buh ikan bilis, tomato gitu... Ala-ala kerabu mangga Thai tu... Tetiba tekak nak makan stail Kelantan pulak hari ni... Cek semua bahan available dalam esbok.. Buat je la... Encik Jack mesti suka kot lauk lemak-lemak bak solok lada gini....  Maka aku pun mengusahakan dengan girangnya..... Bukan nak puji diri, tapi tak sengaja terbuat sedap hahahahha... Tapi kan..... Encik Jack makan semulut dua je... Tak suka rupanya dia.. Huh... If there is a 'next time', I'll make sure to make it in a smaller portion, enough just for me only.
Kalau ada yang berminat, boleh la cuba... Resipi ni pun aku google jugak.. Besar pahala tuan tanah yang share resipi ni... Nak-nak pulak kalu ada yang buta periuk kuali macam aku tapi teringinnya la hai nak makan... I really appreciate to the one who shares this recipe. Kamu telah memenuhi impian saya untuk kembali ke masa lalu untuk makan kerabu ini.... Thank you to whoever you are.

Kerabu kacang panjang
Kacang panjang -potong dan celur sekejap, jangan lama
Isi ikan rebus/bakar
Bawang merah-untuk tumbuk
Bawang merah-mayang
Kelapa parut -buat kerisik
Lada merah -hiris serong-serong
Lada hitam
Santan
Perahan limau nipis/kesturi -saya guna kesturi.
Garam
Gula

Tumbuk kelapa parut hingga jadi kerisik. Tumbuk bersama isi ikan, bawang merah, lada hitam. Bila lumat, masukkan semua bahan tumbuk dengan bahan-bahan selebihnya dalam mangkuk besar. Kacau sebati dan sesuaikan rasa. Biar masin, masam dan manisnya seimbang. Siap!

Makan dengan nasi panas-panas memang ikut resmi padi lah kau. Aku mula-mula makan dengan nyok-nyok sweet sour tu.. Pastu rasa macam terlajak sedap la pulak.. Pastu KIV dulu ikan tu, makan kerabu ni je dengan nasi... Koho derah nasik abih. Lepas tu memang tak ambik lauk lain la... Makan ni je dengan nasi dah sedap... Aku sorang je la hadap ni... T_T
Hari ni hari pertama dia bawak balik homework. Cikgu suruh tulis huruf 'a'.. Esok kena hantar. Punya la banyak cekadak cik Kak ni... Yang orang ajar ni semua tak betul... Dia je betul. Soheh cicit Nenek Kopi. Jenuh jadi pompom girl nak tunggu dia siapkan keje 1 muka ni. 1 muka je pun... Tapi leloh berjelir rasa nak dengar auta dia... Yang sorang ni rajin, tapi rajin dia tu ikut kepala angin dia je la. Hai la anaaaaaaaakkkk...
Lepas tulis-padam-tulis-auta-padam-auta-auta-auta
Sehari dua ni dok berbelah bagi nak buat kek snow cheese ke nak buat moist choc cake recipe Nik Deana ke nak buat brownies... Kalu buat snow cheese tu buleh, tapi topping kena tunggu hujung minggu je la baru boleh beli whipped cream. Bahan lain semua ada. Excited nak try guna ovellete sebenarnya.. Hihi...

Lepas tu gedik nak buat kek coklat Nik Deana pulak... Tapi rasanya baru ni aku ada try buat tapi tak jadi. Nak buat ke tak nak buat ni.. Lagipun resipi kek Nik Deana tu hai lah besarnya kek... Kalu halfkan pun, pening kepala nak sukat guna penimbang yang sebunga=25gram... Boleh juling mata nak timbang betul-betul... Rijek!

Last-last buat brownies je lah... Brownies kot mana-mana pun akan jadi. Kalu buat kek, kemungkinan besar jadi bantat. Hihi... Dah banyak kali guna resipi ni, tapi tak pernah cantik menarik... Tak pernah ada kedut. Tapi tadi tak sengaja jugak... Elok je jadi brownies kedut.. Hehe... Sebelum-sebelum ni brownies remaja kot sebab banyak kawah jerawat.... Ni tukang buat dah tua kot, brownies pun jadi kedut.... Yay!!!! 
Huh... Malam ni nak makan apa pulak.... Kerabu dah habis aku ratah tadi... Bak sini sikit selera korang kasi aku.. 

No comments: