Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, January 24, 2016

#1292 Me Vs Insta Baking

Halaaaaaa Bos IBM dah nak balik KL petang ni. Baru kelmarin datang sini, hari ni dah nak balik KL dah. Kejap je la. Hari ni Bos IBM nak main baking-baking. Kelemahan aku yang satu, aku ni suka buat benda yang sama. Kalu buat kek, kek yang sama, resipi yang sama. Tak reti nak try-try benda baru. Bos IBM ni pulak suka mencuba masakan-masakan yang dia tak pernah try. 
Cik Kak kita ni, kalu suruh makan brownies yang aku buat zaman dulu ni dia tak nak. Tapi bila umpan nak parut cheese atas tu, terus angguk nak. Habis lah dia makan. Sebelum ni jenuh suruh dia tolong perabis brownies aku asyik tak nak jer.
Pagi ni takde jalan-jalan ke mana... So we baked super moist butter cake from Azie Kitchen. Buat kek standard je sebab nak buat kek pelik-pelik tak cukup bahan pulak sebab tak pegi groceries shopping lagi minggu ni. 
Apasal kek butter aku tak pernah jadi kaler kuning ek? Aku pernah try pure butter dengan Buttercup (buttercup bukan butter ok), dua-dua tak kuning jugak. Or, yang nampak kuning tu sebenarnya diorang bubuh pewarna? Or, diorang guna telur Omega? Heran mokcik kenapa kek butter mokcik ni kaler pucat je... Tak seksi langsung.
Petang kitorang hantar Bos IBM kat Terminal Bas Butterworth (bila la nak establish terminal bas tu dah berbelas tahun pindah randah, nak drop off pun payah). Kek ni memang Bos IBM berniat nak bawak balik KL separuh.. Ok le tu. Kalu tinggal kat umah aku ni, bulan berapa entahnya baru habis. Kalu habis. Kalu tak sempat habis dah berkulapuk?
Lepas hantar Bos IBM, terus pegi Tesco. Balik Tesco, dapat wahyu nak buat pizza la pulok. Maklum la, lepas grocery shopping ni selalunya idea laju sikit sebab bahan ada macam-macam kan. Sampai je umah, terus siapkan doh pizza dulu. Uli-uli, pastu tinggal to rise. Meantime, sempat la aku cuci ayam yang beli kat Tesco tu and siapkan sos untuk sapu atas pizza tu. Ini pizza adhoc. Makanya resipi pun adhoc, but turn out even better dari yang aku duk gigih buat selalunya tu.

Cari resipi pun adhoc, dapat lah resipi dari ismailahmad.com, I don't know who he is, but I am grateful I found his recipe... Senang giler and sedap giler. One thing I like about his recipe, adunan tak lembik dan tak perlu dok tambah-tambah tepung last-last jadik keras. Hahahaha... Aku selalu jadi camtu. Rasanya resipi ni dia ambik dari Mat Gebu tak silap aku. Aku pun tak sempat nak baca habis. Huru-hara nak siapkan semua keje dapur sebelum AJL. Ni link recipe yang aku guna.
Tonite we dine here!
 Atau, kalu malas nak klik... Ni versi aku... Aku tiru doh je. Sos aku ambik recipe mudah orang lain.

** Untuk Doh Pizza ** 

  • 200g / 2 cawan tepung gandum 
  • 20g / 2 sk yis segera 
  • 3g / 1/2 sk garam 
  • 5g / 1 sk gula 
  • 10g / 2 sb minyak sayuran atau minyak zaitun 
  • 1/2 cawan air suam untuk menguli
1.Air suam + gula + yis = kembang berbuih.
2.Tuang (1) dalam bekas berisi tepung, garam, dan minyak.
3. Gaul sebati dan uli.
4.Tutup bekas dan biarkan sampai doh naik sekali ganda.
5. Lepas setengah jam gitu, canai doh.

Sos Pizza
Tomato puri
bawang putih
olive oil
garam
gula

1. Tumis bawang putih dalam olive oil.
2. Masukkan tomato puri, garam dan gula secukup rasa.
3. Tutup api dan boleh sapu atas doh pizza yang siap dicanai tadi.

Bahan tabur
Hirisan pepperoni (aku guna beef salami)
grated mozarella cheese

Tabur cheese atas doh yang disapu sos tomato tadi.
Kemudian aturkan kepingan salami atas tu.
Bakar dengan suhu 200 Celcius selama 20-30 minit.

Adik makan tak sempat nak tunggu abang habis ngaji.
Walaoeh!!!! Sedap giler... Tak cukup lah pulak! Hahahaha... Kalu buat banyak jadi tak sedap tanpa sengaja. Buat sikit ni tersedap tanpa sengaja pulak. Haih.. Nyesal pulak bagi diorang main doh selebihnya tadi. Hahahahaha...  
Licing!
Habis semua, Adam ucap terima kasih kat aku. Terima kasih mommy sebab buat pizza *holoh baiknya anak saper la neyyy... kombang setamang ati mok ni.. Dia siap mintak buat lagi esok... Hahaha.. Sorry la anak... Salami dengan cheese dah habis...

We manage makan-makan solat before AJL. Unfortunately, AJL sucks big time this year! Hosts boring giler macam hafal skrip je. Or maybe aku dah terpukau dengan Gegar Vaganza.. But serously, AJL sangat hambar tahun ni. I don't have problems with all the lagu muda mudi, catchy-catchy... Lagu bertanding ok je... Lagu yang tetamu undangan tu macam, errrkkkhhh... Nak kena duet orkestra ke? 

Blerghhh... Tak sia-sia aku tertido... Sedar-sedar tengok Akim kena nyanyi sekali lagi with all the confettis being released down.. Dia la tu menang. Dah. Pastu aku sambung tido ZZzZZZzzzzZZZZzz

No comments: