Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, January 26, 2016

#1293 Me Vs Sendu Anak Mak

Tido.
Haaaaaaai laa.. Hari ni anak mak yang satu ni berdrama pepagi buta. Dah 2,3 hari dah aku dengar dia cakap 'takut' nak pegi sekolah. Dah kenapa pulak? 3 minggu sebelum-belum ni ok je pegi tadika dia tu. Tuptup pagi ni berdrama bangun pagi. Mogok atas tangga dekat sejam.. Bila dah pakai baju tu nampak ok pulak, makan-makan breakfast, pakai beg naik motor... Hingga lah sampai kat sekolah dia.
Tea party 2 beradik.
Turun je motor, salam dengan encik Jack. Pastu dia salam dengan aku. Aku suruh dia jalan sendiri masuk. Terus pegang tangan aku kemas-kemas suruh hantar dia masuk sampai dalam kelas. Dah kenapa... 3 minggu dah dia masuk sendiri.. Alih-alih hari ni jebek-jebek menangis bila sampai kat pagar tadika.
Nak tak nak kena la pimpin dia masuk sampai dalam kelas. Elok je sampai kat kelas dia, cikgu kelas dah ada. Bila cikgu nampak je aku, cikgu terus tanya kenapa anak aku ni tiap-tiap hari 'teghiok' kat kelas.. Minggu pertama dia ok lagi cikgu kata. Lepas tu selalu nanges. Time makan pun nanges.  Suruh tulis kat depan pun nanges. Tak paham pun nanges. Hoh.. This is something new to me. Tak tahu pulak. Sebab selalunya ambik dia tenghari lepas sekolah tu dia ceria je sambil citer macam-macam hal kat sekolah hari tu.
Oh this is not good. Balik hari ni ambik dia ceria je... Balik rumah berulang kali duk repeat 'takut' nak gi sekolah. Tanya takut apa. Takut aku takde katanya. Sweet la pulak anak mak ni main rindu-rindu kat mak pulak heeeee.... Esok dia suruh aku tunggu kat pintu coklat (main door tadika dia kot).. Layan je la anak mak sorang ni. Kalu abang dia time tadika dulu, encik Jack gi sorang hantar sampai gate je. Pastu pandai-pandai ler masuk sendiri. Time berdrama, cikgu sendiri dukung pikul bawak masuk kelas dari keta hahahaha... 
Mommy malas angkat kain, suruh dia aje ;p
Cik Kak ni pulak nak pegi sekolah dua-dua mommy daddy hantar. Pun nak suruh hantar sampai dalam kelas. Tu pun nak request suruh tunggu dekat pintu lagi. Hopefully esok dah habis la sinetron dia. 

Aku dengan encik Jack meeting kat rumah pasal ni. Kitorang concludekan dia selalu nanges tu sebab biasanya kalu kat umah ni dia acara bebas. Nak menggunting, melukis, mengaler ikut suka hati dia bila-bila masa aje.. Kat sekolah tu pulak apa-apa kena ikut jadual dan peraturan.. Anak mak ni mana boleh orang lintang dia... Pastu, anak mak ni dia je betul. Kalu dia dah biasa tulis 'A' tu start dari bawah, kau ajar start garis dari atas dia mana nak ikut. Stress leteww cikgu ajar tulis tak sama macam dia selalu buat kat umah.. 

And the top reason of all, she misses me.. Dia kata dia takut sebab aku takde kat sekolah dia. Hamboiii ingat puteri yang dipertuan agong ke apa nak mak inang tunggu tepi meja sambil mengait crochet? Wakakaka... Crochet tu yang tak tahan tu. 

Takleh nak lupa muka dia jebek-jebek berair mata turun dari motor kat sekolah dia tadi.. Dah start rasa tak seronok pegi skolah ke dia? Maklum la minggu-minggu sebelum ni tak start belajar betul-betul lagi. Agaknya bila dah masuk silibus betul-betul ni dia rasa challenging pun makin real. Tu sebab dia rasa shrinking sorang-sorang tu. Agaknya la.

Tapi dalam tak seronok-ronok nak pegi sekolah tu, banyak dah jugak ayat hafazan dengan selawat dengan lagu sekolah dia boleh baca sebut and nyanyi. Boleh pulak. Saje manja la kot. Mak dia lagi manja kot. Beg sekolah pun suruh Puan Menteri pikul. Sampai skang Puan Menteri duk guna modal tu nak kenakan aku. Cheh.

Hai la anak, esok The End kan saje drama air mata mu... Satu hari ni aku tak senang hati kat rumah. Sebab selalunya kan anak aku ni excited je nak pegi sekolah.... 

Janganlah berlarutan harapnya... Tadi balik sekolah dia singgah kedai beli jajan kat dia sesambil beli barang aku. Jadi lah kan nak umpan dia kasi ceria sikit.. Esok tak tahu la nak spelek buah apa pulak nak bagi dia terus rasa semangat nak pegi sekolah.... Jadi mak kena kreatif. Segala trick bohong sunat kena ada dalam genggaman. 

Unfortunately, I'm not. 

No comments: