Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, January 28, 2016

#1294 Me Vs 3 Mornings In Dramaland

*****Long sigh..........
Susah hati. Berat hati. Dah 3 pagi cik Kak kita berdrama tak nak pegi sekolah. Dari balik sekolah-sampai petang-sampai malam-sampai bangun pagi esoknya-sampai tiba di sekolah-cakap tak nak pegi sekolah. Suruh aku tunggu kat kelas dia masa dia belajar lah... Rindu kat aku lah... Takut tak nampak aku lah.. Takut aku takde lah.. Nampak tak game anak aku ni?

Kelmarin masa hantar dia kat sekolah.. Dia suruh pimpin dia sampai ke pintu tadika... Bila sampai kat pintu tadika, dia suruh hantar sampai dalam kelas pulak.. Kena la hantar jugak, dia dah ugut nak ikut balik dah tu. Sampai je dalam kelas, cikgu dia cakap, color pencils dia tak nak anak aku bawak dalam pencil case. Nak bawak dalam kotak color pencils yang asal tu jugak... Katanya nak latih bebudak sayangkan barang. Lerr... Mana lah aku tau.. Selama ni cikgu duk pesan bawak alatulis secukupnya, aku bubuh je la pensil, pemadam, kaler semua sekali dalam pencil case. Kotak kaler pensel dah koyak rabak ler. Cikgu macam tak nak terima alasan tu, kena beli kaler pencil yang baru jugak la... Kelmarin jugak aku belikan dia kaler pencil baru sekotak. Lepas ni takde alasan nanges-nanges dah la.

Haih, strict la pulak cikgu tadika ni. Mana lah aku tau benda-benda ni.. Masa Adam dulu, seputung pencil pun tak payah bawak. Cikgu suruh guna sekolah punya je. So, bawak buku seketul dua je dalam beg. Very lenient. Janji, budak pegi sekolah je. Tadika PASTI ni no monkey business lah. 

Selaku mak orang yang ber-anxiety ni... Bila anak balik nanges-nanges cakap tak nak pegi sekolah dah, mula datang hantu serabut aku. Mula la rasa tercekik takleh nak makan minum... Mula la gastrik balik... This is not good. For both of us... Zaraa pernah citer dia kata cikgu garang. Kalau tak buat keje dalam kelas, cikgu pukul meja pakai pembaris panjang... Huhu.. 

Sekarang ni tiap hari berdebar tiap kali menjelang pagi.. Dalam kepala ligat duk fikir apa aku nak kelentong dia.. Kalu boleh tak nak la selalu tipu dia. Always find solid excuses. 

Tadi hantar dia pegi sekolah, sebelum naik motor dah nanges seround.. Pujuk-pujuk, naiklah jugak.. Turun motor depan sekolah tu, dia macam berkeras tak nak masuk tadika dia.. Pujuk-pujuk, dia suruh hantar masuk kelas lagi... Sampai kat pintu tadika, cikgu dah ada tunggu.. Terus aku pass tangan dia kat cikgu, cikgu la yang bawak dia masuk. ..So tadi selamat la aku untuk pagi ni. Kalu hantar dia masuk kelas nanti drama suruh aku tunggu pulak. Nasib baik ada cikgu tadi. Kalu dengan aku, dia mengada-ngada sikit, dengan cikgu dia takut sikit. Kesian pulak tengok dia. Be strong, mommy!
Jadual waktu Cik Kak.
Hairan kan... 3 minggu pertama dia bersemangat nak pegi sekolah. In fact, tahun-tahun sebelum ni lagi dia memang nampak berminat nak pegi sekolah. Start minggu ni dia dah tak suka nak pergi sekolah. Aku fikir, 3 minggu sebelum ni dia seronok la sebab tak start belajar betul-betul lagi. Now, dah ada time table. Buku pun semua dah ready. Maknanya, kelas dah start belajar betul-betul la. Agaknya, dia baru tahu belajar di sekolah tu macam mana. Mungkin tak meet her expectations. Mungkin sebelum ni dia ingat pegi sekolah tu boleh nak mengaler, melukis, menggunting anytime dia suka macam kat umah sedangkan realitinya semua kena ikut aturan. Kat sekolah kan belajar kena ikut time table. Ada time makan. Ada time menghafaz.. Semua kena ikut rules. Bagi dia yang dah terbiasa buat aktiviti ikut kepala angin dia kat umah, ofkos pretty much akan rasa diri ter'confine'.

Bila dia buat perangai macam ni, dengan kita-kita sekali rasa tak happy... Tak macam 3 mingu sebelum ni, tiap kali nak tido malam-malam tu always looking forward for the next day nak pegi hantar dia sekolah. Dia pun happy tiap kali nak bersiap pegi sekolah. Now not anymore... 

Dalam tak happy-tak happy pun, balik sekolah boleh pulak bukak buku ajar aku apa yang cikgu dia ajar.. Boleh baca apa-apa ayat hafazan yang cikgu ajar hari tu... Surah Al-Fatihah.. Bilang dalam bahasa Arab... Banyak jugak sebenarnya dia dah tahu. Dia bukan tak nak belajar, tak nak pegi sekolah... Her real problem is, dia tak nak aku hilang dari pandangan mata dia je. Kalau aku boleh menzahirkan diri kat kelas dia, she's more than happy to be in school. 

Hari ni pulak mendung macam nak hujan. Encik Jack tengok AccuWeather, diramalkan hujan kul 11 pagi. Haih... Macam mana nak pegi ambik dia ni. Encik Jack sendiri pun tak sanggup nak drive ambik dia dengan keta sebab jalan sempit sangat, nak selisih pun payah. 

 Janganlah hujan.. Please.. Please.. Please..

No comments: