Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, February 10, 2016

#1295 Me Vs CNY Rambling

Kitorang tak balik kampung pun raya Cina. Saje, konon nak ganti posa 3 hari tak terganti-ganti lagi tu. Sehari je sempat ganti. Time posa memang banyak la rupa-rupa makanan yang lalu dalam kepala aku. Cream cheese dah lama dalam fridge tak tau nak buat apa. Beli saje buat stok kot-kot ada idea nak buat apa-apa. Mulanya ingat nak buat kek tapi bulan ni dah banyak aktiviti baking-baking... Kesian pulak encik Jack nak kena bayar bil letrik. So, kena cari idea untuk buat something yang tak perlu guna oven. See, aku ni bertimbang rasa bininya.
Kebetulan hari tu ada tengok kat group ada orang share tutorial nak buat cheapskate tiramisu. No bake, no cook at all. Katanya dia buat untuk jualan, laris sampai tak menang tangan. So, termakan kata-katanya yang menggambarkan resipi dia sedap tak terperi tu, aku pun try lah. Kalu mulut aku kata sedap, memang sedap sengoti lah. Ko jangan percaya kalu orang yang mudah berselera ni kata sedap. Hahahaha... Sempat lagi membatu api.

Nah, ni resipi dia untuk korang dan diri sendiri in case nak buat di masa-masa hadapan.

Cheapskate Tiramisu

Biskut Marie perisa Kopi jenama Munchy's. She claim this is the best result
250g Cream Cheese .She uses Tatura
1/4 tin susu manis
Nescafe + air suhu bilik (ikut la banyak mana kau rasa cukup untuk celup-celup biskut tu)
Milo & choc chips untuk tabur sebagai hiasan

1.Putar cheese dengan susu manis sampai sebati. Ketepikan.
2.Sapu cheese mixture tadi kat base bekas yang kau nak guna tu.
3. Celup biskut marie dalam air nescafe bersuhu bilik. Celup 1-2 saat je. Kang lama-lama terendam hancur pulak biskut tu. Susun atas lapisan cheese tadi.
4.Ulang step 2 dan 3 sampai kau puas hati nak tebal mana.
5. Lapisan atas sekali mesti cheese mixture. Pastu tabur la milo ke nescafe ke... Pastu coklat rice/chips.. Siap. Buh dalam fridge sampai dia sejuk dan keras. Fridge tau, bukan freezer. Kang jadi eskrem aku tak tau.

My verdict, ho chak! Patut la Zaraa makan sampai nak separuh... Meleleh air liur posa-posa tengok dia makan.. Huuuuu... 

* Nota: Tuan resipi guna coffee cap Indocafe, aku ada cap Nescafe je... Guna yang mana ada je la.

Sebelum buat ni aku sebenarnya berbelah bagi nak buat tiramisu ni ke or nak buat cheesekut. Dua-dua tak payah bake..Tapi last-last tersangkut kat resipi ni. Memang tak sesal lah.
Ni pulak makan besar sempena takde idea nak masak apa. Bila habis modal nak masak ni, balik-balik yang sama jugak aku buat. Plan hari tu sesambil nak beli groceries kat Tesco, nak beli roasted chicken dia sekor terus. Jimat masa tenaga dan bil api. Tapi kul 11 lebih kitorang gi tu ayam tak bakar pun lagi. Hekeleh... Terpaksa la beli chicken wings dengan drumstick bakar atas magic grill. Kelam kabut balik tu terus singsing lengan baju marinate ayam. Lapar kedaroh weh... Masak tu terus ngap. Tu edamame tak habis-habis... Sampai kembung perut-perut dalam usaha nak mengabihkan. Pun tak habis jugak.

My order baru sampai. Jom tanam.
Sejak join group ros jepun ni kan... Hahahahahaa... Memang terpengaruh siot. Sebelum ni aku biasa-biasa je. Ada le takat 2,3,4 kaler kat umah ni. Pastu dah gatal tangan pegi join tu, mula la panas mata tengok koleksi orang lain. Hahahahaha.. Padan muka. Ada setengah aku buat muka tak malu mintak madu poskan. Dia kasi free, aku just bayar duit pos je.

Now skill dah makin up. Aku dah pandai shopping online. Kahkahkah... Shopping kedaung la sangat. Orang lain shopping tudung, baju, henbeg... Aku shopping pokok bunga! Sungguh tak kelasss kan citarasa. Aku memang jenis yang tak mudah kagum dengan all these manmade thingy. Pada mata aku, ada je yang kurang. Nama pun manmade. Mana boleh lawan Godmade kan. Sebab tu kalu travel, aku suka pegi tempat nature. Buatan manusia memang TAKKAN mampu menandingi kehebatan ciptaan Allah. Kalu yang memuja manmade, diorang akan pilih shopping destinations. Pilihan masing-masing. Pada aku, shopping memang membazir masa dan tenaga kalu time travel.
Sunflower Floristan
Pokok kari togel aku gelenya nak berbunga.
These zinnias ni depan belakang rumah aku tanam... Yang kat belakang tu memang mempesonakan la... Feeling-feeling French garden gitu. Bila ditiup angin, fullamekkkk... Ralit aku skodeng bunga ikut pintu dapur. Sesambil masak selalu la bertelepati dengan bunga-bunga kat luar... This is real life story of a housewife. Nak sembang dengan orang, orang semua keje.
 Gong Xi Fa Chai semua!

No comments: