Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, February 10, 2016

#1296 Me Vs Cold Feet

Dilema mak anak dua. Yang sorang cuti CNY seminggu. Yang sorang lagi cuti CNY 2 hari je. Hari ni si adik dah start sekolah. Si abang belum. Si adik drama swasta la tak nak pegi sekolah jakikan si abang yang boleh duk umah. Eleh, macam la time abang tu gi sekolah dia rajin jugak nak gi. Drama serupa-tula-ya jugak.

Pagi tadi 4-4 beranak pegi hantar Zaraa sekolah. Punya la meraung tak nak pegi sekolah. Adam ikut dengan basikal. Suruh naik motor sekali, tak nak. Kayuh la dia 2km lebih.. Steady je. Kalu aku, sakit betis dah. 

Hari ni masak simple aje. Sebab takde idea nak masak nasi lauk apa. Frozen dory fish fillet yang aku beli minggu lepas ada lagi. Baru ni aku buat fish and chips. Tapi isi ikan lembik lah pulak. Tak cukup kering lagi kot fillet tu. Padahal dah lap pakai kain dengan tisu dah. Frust seround time tu. Putus angin nak buat fish and chips kat umah. Next time makan kat Secret Recipe je lah.. Lagi sedap ;p

Tapi tadi bukak-bukak freezer serabut lah pulak tengok pemandangan dalam freezer yang ketat tu. Dory fish ni aje dah makan space sebab sekeping dia besar. Selagi tak masak, selagi tu la duk selambak dalam tu.
So tadi pejamkan mata perabis jugak ikan ni. Baru ni buat batter cair sikit. Kali ni try buat batter pekat sikit kot-kot menjadi. Better la sikit resultnya. But still, isi ikan masih lembik. Kat kedai tu isi dory pejal tak tahu diorang buat cemana. Ke sebab isi ikan aku ni tak fresh tak tahu la. One thing about dory fillet ni kan, masa beli nampak tebalnya la hai... Bila thawkan baru tahu isi ikan tu sebenarnya nipis je. Yang tebal tu ice. Jilake. Hahahahaha... Ini yang aku beli di Tesco la. Dory fillet kat tempat lain aku tak tahu la. Ni pun beli sebab tengok ada promosi, RM7.++ je rasanya seplastik.. Berebut dengan aunty Cina sorang tu. Penuh troli dia grab Dory fish... Agaknya tahun ni aunty tu makan besar jamu anak cucu makan fish and chips kot.
Hari ni isi ikan dory tu aku goreng ala tempura aje. No chips, malas nak goreng sebab budak-budak ni pun macam tak nak makan. Buat side dish pelengkap spegeti bolognese dengan saladnya aje. Kalu buat spegeti je macam tak kenyang pulak. Salad tu pun nak perabis coral lettuce yang aku beli entah bila untuk makan dengan nasi ayam/ burger/ sandwich. 
Chewah mukaddimah panjangnyaaa.... Kalau buat entri pasal food ni, memang diri sendiri pun naik syeh. Hahahaha... Sendiri masak, sendiri tulis, sendiri terpesona kejadahnya. Nak citernya, sehari dua ni aku ada panic episodes. Puncanya tak lalu makan lah. Memang rare case scenario kan. Orang lain punya la atkins diet tahan napsu makan. Aku ni lalu makan setahun sekali apa hal. Diri sendiri pun tak paham. Kalau lah selera ataupun tekak ni boleh dicabut dan ditukarganti, dah lama aku pilih barter dengan kawan-kawan aku yang nak kurus. Nak-nak time long haul flight, travel tu...
Disebabkan dah tercetus perasaan cemas dan takut lengkap dengan anxiety nya... Cold feet la nih. Dalam kepala ligat repeatedly question diri sendiri am I sure I want to go to Europe? Kalu sepanjang kat sana aku tak lalu makan macam ni macam mana? 17 hari kot nak kena overcome this mess. 17 hari. Lama weh. Pegi Korea 8 hari tu pun dah tak tahu nak makan apa. Kat Korea haritu aku survived mostly dengan hanya makan bubur, ok lah sebab time tu summer.. Ni citer winter weh. Tubuh perlu dua kali ganda tenaga nak beat kesejukan. So how am I gonna survived?

Banyak mana sangat bekal yang boleh bawak kat sana. 17 hari tu selera ke nak hadap sambal tumis ikan bilis, serunding, rendang, kari, kurma, sup, sardin, roti hari-hari, kebab hari-hari... Ofkos, takkan tak makan kat luar sekali sekala kan. Pengalaman pegi China dengan Korea, memang tak lalu weh. Bukan aku je, encik Jack sendiri pun at one point takleh hadap dah lauk-lauk Brahims.. 
Pegi Korea makan masa 10 jam pun dah rasa macam nak mati for the stress and anxiety attacks.. Ni dekat 24 jam boh nak sampai London. Rasa-rasa aku mampu ke. Touch down Korea aritu pun dah rasa segala macam tak sihat, gastrik, loya, takleh nak makan, tercekik etc... Memang aku betul-betul cold feet. Should I join this trip? Really?
One thing I suffer the most when I'm abroad, is homesicking my kids. Kes mak yang nanges di kejauhan, tapi anak-anak bersuka-ria tak hengat apa pun kat tanah air nih. Tapi nak bawak budak-budak ni pegi sekali is out of question la. Tak mampu mentally and financially. Diri sendiri pun terkapai-kapai nak survive kat tempat orang. Kalu semua The Rubiah clan join tu lain la.
Kalu flashback balik trip Korea aku tu.... Memang aku suffer kat sana. Tapi reward dia sangat-sangat manis dan tak dapat aku lupakan.  Dah memang Korea tu aku minat pun kan. So, tak wujud istilah menyesal walau aku diuji macam-macam kat sana. But this European thing aku tak sure la. Aku tak tahu sangat pasal negara-negara mat saleh ni selain yang tengok kat tv. Ofkos aku nak kenal Swiss, nak kenal Paris... Nak kenal London, Italy, Jerman, Austria, Netherland... Sekali seumur hidup kot... Kalu lepaskan peluang ni tak tahu la ada lagi ke tak peluang lain. Kita ni bukan selamanya berkemampuan... Dari segi kewangan, kesihatan, nikmat kelapangan masa... Kalu tolak peluang ni macam tolak rezeki pulak. Nanti kalu tak pegi, tengok gambar diorang kat sana terbit rasa menyesal pulak. Two options; menyesal sebab pegi atau menyesal sebab tak pegi.

Benci lah ada anxiety nih... Time is running out. Tiket tak beli lagi... Ada masa lagi aku nak tarik diri. But really, nak kena tarik diri ke... Sayang pulak peluang keemasan ni. Tapi kalu pergi berbaloi ke. Entahnya jatuh sakit sampai kena warded kat tempat orang cemana? Haaa nak travel ni takleh ambik kira faktor seronok-seronok je. Plan kontigensi mesti ada jugak.

Aku ni kan... Sejak kakak ipar ajak tour Europe ni, hati ni selalu berubah-ubah keputusan. Kejap konfiden nak ikut. Kononnya come what may lah. Bila dah terpaksa ni, anything is possible. But don't forget, we are talking about winter. Malaysia takde winter. Mungkin 180 degree dari trip-trip aku sebelum ni. Kalu aku boleh survive euro trip ni, walau hanya nyawa-nyawa ikan sekali pun, it might be my personal benchmark. Kalu 24 hour flight ni aku dah berjaya, lepas ni nak pegi benua lain-lain tu kacang je lah. Fikir aku. Boleh lah nak panjang langkah join tour mengejar aurora Borealis pulak. Gila kentang, 4 degree pun aku dah gebang sana sini, nak tengok aurora ni harus suhu minus-minus baru jumpa...

Time tak konfiden tu, semua seems menakutkan. Takut sejuk. Takut takleh nak telan. Takut depress. Takut rindu anak. Bila duk jauh yang tak memungkinkan untuk balik tu, rindu kat anak ni dia jadi lain macam tau. Mak-mak lain cekal hati aku tak tahu la.

Anxieties, go away!


No comments: