Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, February 22, 2016

#1297 Me Vs I'm Complicated

Susahnya jadi aku ni. Yang orang nampak life aku ni semuanya senang. Biasalah... Grass is always greener in other's fence. Why? Because it's fake. Hahahahaha... Sape entah share words of wisdom ni kat status fb dia... It's too true to be funny. Gambar anak-anak dalam entri ni sekadar hiasan, takde kena-mengena dengan post.
Weeks before, rasa konfiden satu macam je nak pegi Europe. Konfiden giler ah. Tak risau pasal lalu ke tak lalu makan pun kat sana. Tak risau kesan ke atas diri yang bakal aku hadapi bila takleh baring for almost 24 hours flat nanti ni. Aku ni kalu malam takleh tido or tido tak berkualiti, memang otomatik akan diserang gastrik. Jenis aku ni pulak, sejak dari zaman muda dulu lagi, naiklah kenderaan apa pun, selagi takleh baring horizontally, memang aku takleh tido lena. Takleh baring >> takleh lena >> gastrik >> takleh makan >> mood kacau bilau >> anxiety episodes.

2,3 hari ni I had my anxiety relapse.. I tried hard to keep my mood in place. Makan ikut masa. Tapi tetap tak lalu jugak. Bila tak lalu ni, mula la duk pikir macam-macam pasal Euro Trip aku nanti ni. 14 hari beb. 14. Bukan 4 hari. And it's freezing cold everywhere. Hadoii... This gonna be a painful trip for me. Dah tu nak ikut buat apa kata kau kan. Hahahahaaaa...

Aku paksa la diri aku ikut jugak. Sebab tahun ni last encik Jack boleh cuti lama. Tahun depan dia dah nak abis study. Bila masuk keje balik, tak dapat la nak cuti panjang almost 3 minggu macam ni. 

Aku kan, selalu jeles bila tengok kawan-kawan atau famili yang takde masalah macam aku ni. Pegi mana pun steady je. Dekat jauh takde masalah. Cukup time, datang makanan apa pun, ngap aje. Takde pun teragak-agak macam aku ni. Takde pun datang time-time rasa choking sampai takleh nak telan. Makin berselera ada la aku tengok orang lain bila pegi makan angin. Sampai satu tahap, aku mempersoalkan kenapa dengan aku ni sampai macam ni sekali teruknya rasa. 

Bila kawan-kawan sibuk sebut pasal nak kurus, catu makan minum.... Aku pulak sibuk nak lalukan selera makan. Ada satu hari tu aku pegi jumpa doktor panel, dia siap suggest aku suruh makan eskrem. Atau apa-apa makanan yang berkalori tinggi dan menyelerakan aku. Semata-mata nak naikkan berat aku yang kritikal ni. How many of you yang doktor suruh makan macam tu? Hik... 
Letih.... Letih dengan relapse episodes yang never ending ni. If only any of you yang paham kan... Sekejap rasa ok.. Bila relapse, rasa macam nak tarik diri... Punya la 'takut'...  Belum lagi nak ikut orang lain naik ke bulan.. Takat nak pegi Europe pun nak kecoh kan. Masih dalam benua yang sama kot. Eh.
Time-time kritikal nak kena jaga mood macam ni, terpaksa la perah otak nak buat makanan apa nak kasi nampak banyak makanan kat umah ni. Makan tak makan tu belakang kira. Tu lah alkisahnya aku selalu baking-baking. Sebab takut jadi depressed takde makanan nak makan. Hai lah penyakit..... Kalu duk kat Kelantan bestnyaaaaa.. Makanan kudap-kudap tu banyak je pilihan...
Minggu ni dah tak dapat tahan dah kena buat jugak kek Snow Cheese ni. Banyak kali dah dok tunda-tunda. Tak tau apa rasa Snow Cheese yang orang duk kecoh sangat tu suatu ketika dulu. Bagi aku, tak sedap pun... Lagi sedap Hokkaido CheeseCake tu lagi. Tu la pentingnya kena try buat. Kalu tak buat, sampai bila pun tak tau apa rasanya. Bila dah buat ni, memang takkan buat dah kot lenkali. Not my cup of tea. Ke sebab guna ovellete tak tahu la...
Budak intan payung sorang ni masih lagi dengan drama pagi-pagi tak nak pegi sekolah. Tapi maknya dah steady dan boleh tekel masalah dah. Skill memujuk dah makin up dari masa ke masa. Haha..

Ngantuk weh... 

No comments: