Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, March 5, 2016

#1298 Me Vs Pantai Merdeka

Hari ni ada Family Day fakulti encik Jack... Diorang buat kat Pantai Merdeka, Kedah.. Awal minggu ni lagi encik Jack dah bagitau diorang nak buat potluck sebab breakfast tak provide. Makanya selaku orang yang ilmu masak besar-besaran tak berapa dalam ni, haruslah aku garu kepala nak bawak apa.. Yang penting mesti la mudah.. Encik Jack suruh aku buat mac n cheese je, tapi aku kata mana best mac n cheese makan sejuk-sejuk. Lagipun, mac n cheese aku tu apa lah sangat, bukan sedap mana pun. Yang selalu aku buat kat Zaraa tu acah-acah mac n cheese je..

Lepas tu aku terfikir nak buat makaroni bakar. Tapi resepi idaman hati takde. Kebanyakan resipi yang ada kat internet tu style goreng dulu pastu bakar dengan cheese... Masa kecik-kecik dulu aku selalu makan makaroni bakar style Kelantan je. Yang taruk layer by layer pastu curah telur banyak-banyak tu... Bila siap, makan dengan sos.. Alaaaa... Aku takde proper resipi... Aku tau bahan nak guna, tapi tak tahu telur berapa biji (banyak guna telur), suhu berapa degrees nak bakar, pastu nak bakar berapa lama.... Aiseh, reject jugak idea ni...

Pastu ingat nak buat makaroni goreng je la... Tapi skill menggoreng makaroni pun ke laut cemana ni? Selama aku goreng makaroni ni, encik Jack tak pernah makan. Hahahaha... Okay, reject jugak... Tetiba teringat kat spegeti aglio olio tu... Senang, jimat dan sekejap je buat. Aku konpiden la kiranya... So, kelmarin suruh encik Jack belikan spegeti dengan seafood untuk buh dalam tu. Lain-lain bahan dah ada kat umah.

Balik-balik dari kedai, tengok dia beli angel hair lah pulak... Hangin runner aku nih kekonon salah aku tak bagitau dia supaya berwaspada dengan perkataan SPAGHETTI vs ANGEL HAIR. Mak pun diam je la... Payah jugak pesan-pesan ni. Nak ikut gi kedai tadi si Zaraa pulak tido. Angel hair pun angel hair lah...
Binatang nyorok kat bawah ;p
Pagi ni bangun kul 5.30 lagi nak masak. Maklum la, Pantai Merdeka tu sejam jugak dari umah aku. Nak masak awal-awal semalam malas pulak pagi ni nak kena reheat dalam microwave pulak. Gigih la bangun mengalahkan bangkit sahur. Memasak la aku dengan penuh komited sekali. Goyang jugak, sebab first time masak banyak. Masak pulak guna kuali XXL yang biasanya aku guna bila kaum keluarga ramai-ramai datang. Anak sikit je dari kawah ;p
A glimpse of the famous Tanjung Dawai.
Siap semua, terus gerak ke sana. Jauhnya la hai... 16 tahun duk Penang ni baru kenal Pantai Merdeka. Nasib baik ada event. Kalu tak, memang tak kenal sampai mati la. Anak-anak aku frust bila tengok pantai ni takde pasir. Diorang bajet nak mandi la. Sekali, tengok-tengok tebing dah siap tambak, air pun dalam.. Takde chan la nak mendugong. Time kitorang sampai 8.30 matahari malu-malu lagi.. Orang pun tak ramai... Tenang je rasa...
Pantai sini style Bukit Keluang ataupun Teluk Batik. Camtu la lebih kurang. Ada bukit tepi pantai.. Masya Allah memang cantik...
Family Day hari ni laid back aje. Tak formal. Adam cukup seronok la sebab dapat main dengan anak-anak staf yang lain. Ada 3 orang anak staf nama Adam. Pening. Si Zaraa ni bukan nak main dengan gegirl yang lain, sibuk ke hulu ke hilir mengikut geng Adam-Adam ni main.
Banyak gak acara bebudak ni masuk. Tak menang pun dapat gak lolipop. Acara tiup belon sampai pecah, encik Jack yang cubit belon nak kasi pecah cepat. Hahahahaha... Pecah je belon dia menangis. Hohoho.. Terima hadiah sambil berlinangan air mata. Si Adam pulak, bila tengok belon si adik dah pecah dia terus give up tak puas hati. *drama
Acara kutip gula-gula, bebudak lain semua kaup sebanyak yang boleh. Anak-anak aku kutip sekadar nak makan je... Hahahaha... Dah terbiasa tak berkehendak. Terpinga-pinga bila orang jerit suruh kutip banyak-banyak lagi... Selalunya kat umah, aku bising tak kasi makan banyak.
Elok la tu dapat pencil case. Pencil case yang asal kan dah kena pau dengan orang. Selamat duit tak payah beli lain hahahaha...
Eh lupa nak cerita. Aku duk neves takut diorang tak makan angel hair aku. Duk mikir dah, kalu tak habis tu cemana aku nak habiskan balik nanti. Masa acara tengah berlangsung, aku pegi la intai olio aku kat meja potluck tu. Bekas ada. Tapi dalam tu kuah apa entah diorang bubuh. Terpinga-pinga aku duk mikir mana peginya olio aku. Rasanya memang tipuware aku dah tu. Memang takde orang lain dah yang bawak makanan dalam bekas tipuware macam aku. Dah tu mana olio aku? Ehehehe... Kembang kempis kempus lubang hidung... Olio aku yang terawal habis... Licin! Sampai bekas tu diorang guna untuk buh benda lain. Pengepit je tinggal. Tengok makanan orang lain banyak lagi.. Ke sebab aku bawak sikit je tadi?? Ke sebab orang tertipu ingatkan bihun goreng rupanya angel hair? Apapun alhamdulillah, sukses menu pilihan aku hari ni. Patut la encik Jack tak komen apa-apa. Balik tu baru dia cakap dia tak sempat nak rasa olio aku. Awwwwww terharu mak. Tak sia-sia silap beli angel hair you!

Lepas lunch, balik. Penasaran tak tahu nak makan apa. Berbekalkan memori masa silam, aku try jugak buat makaroni bakar style yang aku suka tu. Unfortunately telur tak cukup. Hantan sajalah. Suhu pun ikut makaroni bakar style orang lain. Semua main hentam. Result is good tapi berderaian la sikit sebab tak cukup telur tu.

Serius, dah tak tahu nak makan apa. I missed Kelantan so much.

No comments: