Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, March 10, 2016

#1299 Me Vs Mannerism

Apa reaksi kau kalau cikgu sekolah anak kau tiba-tiba call bagitau anak kau cedera kat sekolah disebabkan oleh rakan sekelasnya?
This is what happened to me 2 days ago. Kecut perut mak bila tengok call ID cikgu intan payung aku ni. Berdebar-debar nak angkat. Cikgu kata jari anak aku luka tercucuk pensel (aku still takleh nak hadam dan bayangkan, pensel tajam macam mana pun macam mana boleh tembus kulit manusia? That is soooooo plausible to me)...

Okay, sebenarnya sebelum ni aku ada issue dengan parents budak ni. Meh kita namakan dia A (bukan abjad sebenar). 

Kes 1
Awal-awal tahun aritu, Zaraa ada terbawak balik buku si A ni. So, dengan penuh siviknya aku pun mesej lah kat group WA kelas dia. Nak inform parents to A la, takut pihak dia tercari-cari buku tu sedangkan buku tu selamat dengan kitorang. Aku siap mintak maaf bagi pihak anak aku. So, parents A pun respon la it's ok... End of case 1.

Kes 2
Start bulan ke-2 persekolahan Zaraa, pemadam selalu hilang. Tiap hari nak kena topap pemadam dalam pencil case dia. Sampai satu tahap takleh nak sabar lagi dah, aku cakap kat intan payung, esok takyah bawak pemadam dah la. Sekali dia buat muka puss in boot dia sambil jawab, habis... nanti saya nak padam pakai apa???? *blink-blink-blink *kesian pulak. Aku tanya dia sape ambik pemadam dia.. Dia kata A yang selalu ambik barang dia. Okay. Aku dah start tak suka A dah. Bad reputation.

Masa musim Zaraa beronar tak nak pegi sekolah tu ada satu hari aku hantar dia sampai tempat duduk dia. A ada la sebelah dia. So, aku pun sound la A pasal pemadam tu. Mula-mula dia tak mengaku, standard la tu. Aku cakap baik-baik la walau dalam hati memang dah pangkah dah budak tu. Tadi tak mengaku tapi tiba-tiba dia keluarkan pemadam Zaraa, pulangkan balik depan-depan aku. Ok white flag. End of case 2.

Kes 3
Some times after that, isu pemadam hilang resurfaced. Kali ni, bukan pemadam je, ada hari yang pemadam aje hilang. Ada hari pemadam dengan pembaris. Paling win, dengan pencil case-pencil case sekali hilang. Sampai hari ni tak jumpa-jumpa. Bila tanya, jawapan sama jugak Zaraa bagi- A ambik. Hangin la haku... Banyak hari duk berkira-kira nak pm parents A tu. Geram weh. Paham la budak tu bukan tau apa. Tapi parents dia tak ambik tahu ke apa benda yang anak dia bawak balik dalam beg hari-hari.

Satu hari, aku pm jugak parents si A ni. Kita ni ye-ye pm, tak nak orang lain dalam group tahu sebab ni hal antara aku dengan dia je. Sekali, dia respon dalam group. Tak pasal-pasal semua orang tahu aku ada issue dengan parents A. Kita nak jaga aib dia, dia pulak yang aibkan kita. Aku tanya elok-elok, cakap bukan nak tuduh anak dia.. Tapi pihak dia respon sepatah-sepatah aje. Takde, anak dia tak ambik. Sentap ke? Bila orang lain pakat respon kat group tu, dia menyampuk, benda macam ni diorang dah lali... 

Yang aku bengang bukan sebab anak dia tak mengaku. Itu aku takde hak nak tuduh sebab aku pun takde bukti. Mungkin betul anak dia tak ambik. Tapi sikap parents dia tu.... Lemah betul aku. Now tak pasal-pasal cikgu dah cop aku bermasalah dengan pihak A. Kalu dia respon antara aku dengan dia je kan lebih molek. Bad ending of case 3.

Kes 4
Okay lepas issue kes 3 tu, cikgu ambik inisiatif memisahkan anak aku dengan A. Aku tak terfikir pulak cikgu nak buat macam tu. Agaknya cikgu pun sentap sebab cikgu jawab dia takde masa nak perati alatulis murid-murid (agak rude aku rasa statement ini).. Aku pun tak tahu sebenarnya cikgu buat isolation ni. Tapi bila cikgu call 2 hari lepas baru tahu. Cikgu heran jugak bila masa A ni pegi dekat anak aku. Tengah cek homework budak lain tetiba dengar anak aku nangis dengan jari berdarah. Tengok-tengok A ada sebelah dia. Huh...

Cikgu kata, untuk bagi pengajaran kat A dia terpaksa rotan A... Harharhar... Kesian tu kesian tapi rasa best pulak. Parents A pun cikgu inform jugak. Luka kat jari anak aku cikgu dah cuci dan taruk ubat dan plaster. Tudung pun cikgu cuci bekas darah tu. So, lepas kejadian tu aku ternanti-nanti jugak ucapan maaf dari pihak dia. Haram. Nan ado lah. 

This makes me wonder... Aku, bila anak terambik barang orang, cepat-cepat inform pihak sana dan mintak maaf walaupun bukan salah saper-saper. Tunjuklah sikit kita ni ada adab dan yang kita ni peduli. Itu citer terambik buku yang tak menyebabkan kesakitan kat sape-sape pun. Tapi bila anak aku dicederakan walaupun tanpa sengaja, takde pun pihak dia tampil mohon maaf. What happened to the manner. Have they ever heard of M-A-N-N-E-R? Ke sentap tak habis lagi yang aku kata anak dia ambik barang anak aku.

Tahu lah budak-budak. Tapi parents yang dah mumayyiz ni takde ke akal... Mungkin bagi diorang eleh hal kecik je.. Bukan patah riuk pun.. Emmm... Patut la anak macam tu. Look at the parents. Kalu nak kata tak tahu, cikgu dah bagitau. Nak kata takde nombor aku, kan aku dah WA dia aritu. So, nak tak nak je la. Sikap macam ni buat aku feeling meh sikit dengan orang kita ni.

Setakat aku menaip ni, memang takde lagi permohonan maaf dari dia. Loose end of case 4. Worst, aku takleh nak hadap muka A.... serabut teringat kat sikap mak bapak dia. Kalu selisih time nak hantar ke sekolah tu sama-sama senyum. Aku kenal diorang tapi tak tahu la diorang kenal tak aku.

Esok last sekolah kan... Tazzabar nak balik weh... Serius tak tahu nak masak, nak makan apa dah. Tanya boss pun boss tak tahu jugak. Habis menu dah. Dari nasi beriyani, nasi kerabu, nasi ayam, laksa penang, aneka lauk pauk sampai ke makanan pasar malam dah boring. Helllppppp!!!! Tolong la jangan tag tempat makan menarik kat Penang ni kat aku. Sebab mulut aku mulut maharaja. Selera kamu-kamu takkan mampu menyaingi selera aku. Semua yang kamu-kamu listkan itu bila aku makan aku rasa not meeting my standard. Tak berbaloi membayar. Aku memang tak challenging. Takut nak mencuba tempat baru. Sebab skeptikal dengan idea sedap orang lain.

Nak balik 2 hari lagi ni memang gagah bertahan la.. Semenjak tak lalu ni, episod demi episod anxities aku menyerang. Saje malas nak cerita. Orang yang tak paham memang akan jemu membaca. Tak kena memang tak rasa la. 

Okeylah...nak solat Asar. Baca, baca jugak. Solat jangan tinggal. 


No comments: