Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, March 30, 2016

#1300 Me Vs Blessed Mom

Lamanya tak merepek kat blog.... Dulu masa baru-baru nak up kat blog ni... Hari-hari berusaha nak naikkan traffic. Nuffnang pun laju je mencanak... Now dah jadi blogger season... Semua tu dah tak penting. I don't blog for money, or any form of reward. I blog for the memory's sake. Something sweet for me to reminisce in the future.

Cakap pasal something sweet ni kan... My little rascals really gave me surprises last week. Both of them. Adam came home from school with glittering smiles saying that he got the highest mark in the class for English paper.. Eh, bila testnya? Ke kertas Linus? 93 marks for English.. And the next day, he brought home his Arabic paper, 86 marks. Wow.... I didn't see these coming. Alhamdulillah... Tak sangka pulak dia boleh score macam tu. Takde ajar apa-apa pun kat rumah. Ini memang betul-betul anak mak... Subjek bahasa-bahasa memang score, born gifted. Hahaha... Math je hancus.... Macam mak dia lah... Hehek..

Bila check balik kertas English tu saje nak tau tang mana dia banyak salah, rupanya bukan sebab salah yang dapat 93 markah je tu. Tapi sebab tinggal tak jawab... Huk aloh... Selalu macam tu. Anak mak ni memang jenis nak cepat je. Selalu tak perasan ada soalan lupa nak jawab. Free-free je rugi markah.

Terharu pulak.. Selalu duk marah-marah dia macam teruk benar la pelajaran dia. Termakan hasutan encik Jack kot. Hahahaha... Itulah aku cakap kat encik Jack, just let him be... Dia bukan teruk dalam semua subjek... Dia ada keistimewaan dia tersendiri. Kalu tak pandai dan bermasalah dalam pembelajaran tu, sure semua subjek takleh nak cope. Ini, bahasa-bahasa dia okay, cuma matematik je lemah. Aku pun macam tu jugak... Even sampai sekarang pun kalu suruh repeat Add Math, aku tetap tak paham-paham hahahahha...

Disebabkan dah gemilang sangat kononnya pencapaian dia tu, mestilah menuntut janji mintak hadiah. Kena la beli jugak, nak boost kan semangat dia... Biar dia tahu next time kena belajar betul-betul, nanti dapat la apa dia nak... Sepatutnya cari ilmu ni untuk akhirat, bukan untuk dapat hadiah... Tapi takpe la.... Nak bagi semangat awal-awal ni..
Citer pasal budak intan payung ni pulak... Last week dia terbawak balik buku kawan dia... So esoknya aku hantar la dia sampai dalam kelas sebab nak jumpa cikgu dia untuk serah buku kawan dia tu... Sempat la sembang dengan cikgu.. Cikgu dia tu tak padan cikgu tadika Pasti, tapi komited dan dedikated giler mengalahkan cikgu budak nak ambik SPM. Tiap kali ada homework, mesti remind parents dalam WA group kelas dia. Siap kecam lagi parents yang anak tak buat keje, tak tau apa dalam kelas.

Dah bagi buku yang terambik tu kat cikgu, cikgu tanya aku, Zaraa ni ada study kat rumah ke.. Sebab nampak dia macam well prepared la... Kembang kempis kempus lubang hidung mak... Baru je tengok result bahasa-bahasa Adam tu rasa tak percaya dah.. Ni, dengar cikgu puji budak intan payung pulak... Tak sia-sia dia balik sekolah harass aku dengan segala buku sekolah dia hari-hari... Ahahaha.. Terlajak rajin ni rimas jugak maknya..

Really, dia memang rajin. Langsung tak menurun mak dia hahahaha... Seumur hidup aku tak pernah balik-balik sekolah sepenuh perasaan bukak beg sekolah ambik buku and terus revise. Malu weh dengan anak sendiri yang jauh lagi rajin... Ini memang anak daddy. Encik Jack citer dia dulu masa kecik-kecik kalu trak askar tak datang (rosak),nanges lah dia tak dapat gi sekolah... Ironically, aku pulak nanges-nanges bikin onar tak nak pegi sekolah... do not let my kids read this post
Balik sekolah terus buat homework..kat dapur..
Seriously, tak pernah sangka aku dapat experience semua ni. Selalu baca status umi-umi lain kat fesbuk share slip periksa anak masing-masing yang excel... Aku mampu tengok je. Takde la jeles mana sebab aku tahu I don't deserve it, sebab aku pun bukan excel mom pun... No pain no gain la kan. Yang duk share anak score semua A tu, kita tak tahu berapa banyak pengorbanan diorang untuk dapat hasil macam tu kan. In my case, dah aku ni mak yang tak berapa rajin, aku terima je lah apa pun result yang anak aku bawak balik.  ;p
Gambar hiasan

Lama tak citer pasal my most agitated trip ni kan... Kitorang dah dapat tiket idaman.. So, kira dah rasmi la ni.. Bila dah dapat tiket ni, makin la hebat debaran di dada. Tapi takleh nak turn back dah. Kecuali aku boleh bayar balik duit ribu-ribu lemon yang dah encik Jack laburkan. Neves giler bila ketua rombongan kata tiket dah secured. Sebelum ni macam tahap berangan je since tiket belum ada dalam genggaman. Boleh la nak rasa nak pegi tak nak pegi lagi. Now, dead or alive kena pegi jugak. Huwaaaaaaaaa... 
Ahli rombongan makin bersemangat nak study pasal itinerary trip. Kitab jalan-jalan pun dah beli  masing-masing. Sekarang ni dalam misi mencari tempat penginapan. One thing funny about my trips chronologies. it seems like my trips gonna downgrade from time to time. Bali trip, dapat menginap kat honeymoon suite kat Bali Hilton, with massive bathroom, 4 poster king size bed and private balcony ensuite. Next was, our China trip. Mampu lah lagi nak duduk apartment suite dengan family... Korea trip, dah makin jatuh standard duduk kat guesthouses aje... And this time, Europe trip, mak kena duduk hostel macam budak sekolah lah pulak. Wkwkwkwkwkw... T_T Who knows if there's next trip, kena jadi couchsurfer pulak ;p LOL
Traveler sejati kena ada ni.
Lagi glemer satu-satu tempat tu, lagi downgrade la tempat kau menginap. Mahal la weh... Aiseh... Aku kalu boleh kurang berkenan konsep hostel ni. Sebab bising, takde privacy pastu toilet kat luar.. Aku kalu nak tido takleh bising-bising tak kira la bunyi pergerakan keluar masuk atau suara bercakap atau lagi teruk, snoring effects.. Stress mak... Pastu kalu dapat katil atas, time kita nak tido orang tak tutup lampu lagi cane? Tiap kali nak ke toilet nak kena tutup aurat bagai.... Cuba kalu tertinggal toiletries mau tak menyumpah nak kena patah balik gi ambik.Adoyaiii... Tapi kat kota London kalu dekat-dekat attraction memang semua jenis hostel dorm dengan sharing bathroom. Ada yang campur jantina. Apa diorang kisah. Pepandai kau lah pilih yang murah. Tak suka macam mana pun, duk diam-diam aje lah.. Nanti orang cop kau berlagak diva pulak... Nak duduk guesthouse macam kat Korea tu 2,3 orang sebilik katil selapis dengan bilik air dalam bilik tak dapat la der.Trip kali ni memang takde istilah travel in style lah.

RabbiyassirwalatuassiryaKariiimmm...

1 comment:

jie @ azie said...

Congrats mami..adam dah tunjuk taring dia, chaiyokk adam :)