Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, April 11, 2016

#1301 Me Vs My Lalaland Updates

Dah lama tak update blog.. Kalu pembaca blog aku dari awal sure tau tabiat buruk sukar dikikis aku.. Lama tak update tu ada la tu.. Most probably reason sebab tengah terjebak dengan K-drama. Selalunya la...
Eh tertepek tumblr dia pulak.
Minggu ni last episods tayang. Pastu terkulat-kulat la nak tengok citer apa pulak. Citer yang terbaek dari ladang macam ni bukannya hadir setiap hari. Selalunya, bila dah habis satu citer yang best, patlima tahun pulak nak jumpa the next citer best. Citer yang aku tengah tengok skang ni, hebat tak hebat impak dia kat aku, sampai bersepai jerawat tumbuh kat muka... Hormones! Mana la tak rasa macam umur 16 balik. Feeling cinta muda gitu. Kejadahnya.

The past days yang aku tak update blog takde buat apa pun yang menarik untuk dikongsi. Hidup tak berapa produktif time musim el nino ni. Bulan ni tak tau la berapa bil letrik... Petang-petang pun time cannot tahan tu pasang jugak ekon... Mandi berkali-kali pun tak jadi apa... Panaih berlemoih. Tapi musim panas-panas ni anak-anak aku makin malas pulak mandi... Berperang nak suruh masuk mandi. Anak sendiri pun kalu berpeluh lencun aku geli nak gomol. Confession okay.
Masalah global kitorang laki bini skang ni, tak tau nak makan apa. Nikmat Allah yang satu ni jugak aku dustakan T_T . Encik Jack cakap dia dah boring makan masakan aku. Not directly lah, tapi aku paham mesej yang nak disampaikan berbunyi seperti itu. Tak kecik ati langsung. Cuma garu kepala la, kalu dah bosan, nak masak macam mana lagi? Nak makan kat luar, tak tahu kat mana. Google sana sini macam tak menarik je.. Orang boleh cakap sedap, tapi pada tekak kitorang, tak sedap pun. Dahtu cemano? 
Tak lalu macam mana pun, perut perlu diisi, hidup perlu terus. After so long tak buat churros, aku kembali menyurros.. Aku beli benda kat bawah ni kat kedai dua ringgit tu... Dah lama beli tapi tak pernah guna. So, ini kali lah cuba. Sebelum-sebelum ni duk press guna acuan semperit tu je and that makes me miserable. Guna benda kat bawah ni, jauh lagi mudah. Buleh muat banyak-banyak sekaligus, Churros yang terhasil adalah lebih kecil diameternya dan mudah masak dan garing. Picit dalam minyak panas terus, sekejap je dah golden brown. Senang keje mak.
Macam mainan je nampak kan. Janji, boleh guna.
Aku memang sengaja buat bentuk unik macam tu. Kalu buat straight-straight anak aku tak teruja nak makan. Bila ada bentuk melekung pelik-pelik ni, baru la dia fefeeling macam makan meruku.
Baru ni ada ikan goreng leftover. Sayang nak buang, aku tumbuk buat sambal. Duduk kat kota metropolitan ni nak jumpa pauh telur tu payah. Jumpa pauh epal je pun beli jugak la. Boleh la buat bukak selera makan... Nak makan budu, tempoyak dah lama habis... Tak cukup korum rasa cicah budu hanya dengan cili, limau dan hirisan pauh epal... Nak kena buh tempoyak jugak baru menyangkut.
Aku beli pauh epal dapat free sebijik... Kita makan cicah colek home made la. Makan sehiris je, perut dah pedih. Hmmmm.... Tuhan dah tarik nikmat makan colek aku. Lepas tu tengok je la encik Jack makan... Terliur sangat-sangat tapi apakan daya. Haih... Buah-buah masam memang dah takleh nak makan. Ambik rasa je sekadar nak hilang terliur.. Jelesnya orang takde gastrik.
Kat sini pasar malam hari Selasa dengan Jumaat. Tergoda tengok ketam fresh. Size pun boleh la... Tak besar sangat, tak kecik sangat. Beli 3 ekor je pun. Dah RM29.++. Sekilo RM33 murah ke mahal? Murah ke mahal ke, dah nak makan dan jumpa size yang dikehendaki, pejam mata je la bayar. Dah 2 minggu tak beli daging lembu, so duit untuk tu boleh agih untuk beli lebih ikan dan ketam. Kehkeh.. Tarik-tarik bajet situ sini. 
Balik rumah terus stimkan... Nak masak esoknya.. Tapi aku tak suka frozenkan ketam fresh. Takut esoknya jadi tak fresh. So, let's seal the flavor first. Stimkan dulu, sejukkan dan masuk fridge. Esoknya boleh la masak.. Air rebusan tu pun simpan sekali. Esoknya aku masak chilli crab. Encik Jack hirup kuah tak toleh kiri kanan.. I am grateful to see this. Dah lama dia makan macam slow je. Hari tu memang tak buat lauk lain pun. Lauk ketam ni semata je.
Citer pasal tak tau nak makan apa ni kan, tiap kali ke Tesco atau mana-mana kedai, menggelupur aku depan rak kedai nak beli apa untuk makan kudap-kudap seminggu ni. 2 benda kat atas ni la aku ulang beli untuk hilangkang pahit mulut. Ketagih pun ada. Air yogurt tu aku suka sebab tak berapa manis compared to other brands.. Boleh la kan time nak stimulate taste buds yang tak nak makan ni. Cream roll tu pulak, suka sebab ia mengingatkan aku pada memori kecik-kecik dulu. Sape pernah makan roti panjang yang ada inti krim tu dulu? Sedap kan. Tapi roti ni payah jugak nak jumpa. Tesco selalu sold out. Bakeri kat sini takde yang jual roti lembut-lembut inti krim. I just don't understand why. Roti-roti yang dijual macam tak ikhlas je. Keras dan tak gebu. Bakeri kampung kat Kelantan tu rilek je jual roti superlembut. Boleh je... Nape sini tak mampu nak hasilkan roti seenak itu. That is why aku tak setuju bila orang kata Penang syurga makanan. Tersasar jauh! Pada tekak aku lah.
Ini pulak citer pasal Encik Jack mengasuh anak dia. Zaraa sekarang ni kuat benar minum susu. Very annoying kadang-kadang tu. Baru je nak duduk, dah mintak susu. Padahal baru je habis sebotol. Ada sekali tu, aku suruh encik Jack buat susu. Hambik, 3 botol terus dia bancuh. Mengamuk nampak. Yang tukang buat tu memang senang la siap bancuh tu habis la keje dia. Tukang kutip botol kosong nak cuci tu la yang nanges.
Ni lagi satu. Do you know that a daughter is daddy's soft spot? Aku bangun pagi to see this Elsa's hair 'nicely' braided. Tak boleh tahan nak gelak kuat-kuat. Pandai jugak encik Jack layan anak pompuan dia main. Asyik puji David Beckham je kan pandai muliakan Harper. So can he. This is what happend when you have a pushy daughter. When she ask you to braid her doll's hair, you braid her doll's hair. LOL.
Home grown. Santek?
Sedikit about my Euro trip milestone, kitorang dah beli autumn/winter jacket. Harga asal dekat 400 tapi after less dapat under 100. Kalu ikut sifir Bos IBM, don't buy yang harga ratus-ratus. Tunggu time offer. Kalu dapat under 100 tu kira murah la. Nak murah lagi, bundle la. Since I have always no luck with bundle thingy, beli je la yang nih. Mana tahu lepas ni boleh pegi Kashmir pulak. Mimpi itu percuma. Jom koya! Hahahahahaha. Okay, bab winter jackets dah setel. Lepas ni nak cari socks /glove pulak. Haih, takut tengok duit mengalir beli barang-barang winter ni. Belum sampai lagi tu.
Budak Zaraa ni memang 100% ikut daddy. Rajin sangat-sangat bab belajar. Rajin tahap annoying you! Adam pun dah makin ada improvement dalam pelajaran dia. Tidaklah excel benar tapi makin berubah ke arah yang aku harapkan. Kita mak ayah ni apa lagi yang kita nak dengan anak-anak kita kan... Alhamdulillah for whatever Allah bagi. Syukur sangat-sangat dah.
Reader's Digest for bedtime reading? Skema sangat la mu ni Zaraa.
NAK MASAK APA NEHHHH..... *ramas rambut

2 comments:

raudhah sutrisno said...

Wah!! That's a very good bargain (on the winter jackets)!
Just make sure u are fully geared..beli Uniqlo punya heattech extra warm (mahal sikit tapi sangat sangat berbaloi)both inner and pants. Insya Allah, u will be fine!

Blog Diva said...

raudhah: haiiiiiii ***lambaii

lama x nampak? hihi tq for sharing experience on winter..neves seyyyh...takut body takleh nak adapt...awak hari tu pegi brp degree ek?