Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, April 22, 2016

#1302 Me Vs Family & Food Porn

Pelakon utama tobukki...
Bos IBM ada kat sini. Datang dengan ETS... Senang kan. Dia kalu datang sini tak sah kalu tak mengangkut makanan kat adik dia ni... Kata tak lalu makan sangat kan. Kali ni bawak tobukki dengan sos store-bought ready made siap-siap. Nak makan just celur rice cake dia dan gaul dengan sos tu. Tambah air sikit kalu pekat sangat. Siap... Kempunan sangat kan nak makan tobukki... Masa pegi Korea aritu tak jumpa yang betul-betul meyakinkan halal... Tobukki ni halal... Tapi selalunya ahjumma-ahjumma sana jual sekali dengan bekas yang dia bubuh soondae (pig blood sausages) Sampai ke sudah tak sempat merasa... Odeng pun camtu jugak... Selalu nampak sebekas dengan soondae... Jeling paku sudah lah...
Siap dah pelakon kita.
Bila makan malam ni, terasa syok sekali.. Oh macam ni rasa tobukki rupanya... Teringat dekat kimchi yang aku makan kat sana... Haih... Kalu ada rezeki, aku nak sangat jejak kaki ke Korea sekali atau lebih lagi... Kalu ada rezeki, nak tour tempat-tempat lain di Korea pulak... Jeju pun tak tour belah barat lagi... Hari tu singkat sangat... Tak puas.. 
Nasi ayam with tobukki as dessert
Kalu dah nama Bos IBM datang tu, lazimnya bukan aku je la yang dapat habuan... Budak-budak pun ada bahagiannya. Cik Kak dapat apron saiz budak-budak you.... Kemain... Zaman aku dulu takde pun mak sedara bagi apron...
Malam kedua Bos IBM kat sini, hasil gugelan dia, (hahaha tetamu yang kena google tempat JJCM sini.. tuan umah langsung no idea) kitorang decide nak try kat Syawins Jiddan Cafe... Kedai Arab ni baru bukak jugak kot sebab bangunan lot komersial tu baru lagi... Nasi kabsah dia ok jugak... Quite moist and I like it... Aku Adam dengan adik order chicken chop. Ayam dia memang juicy... Tapi isinya tawar... Patutlah Adam dengan Zaraa makan tak habis.
Aku Adam dengan adik order chicken chop. Ayam dia memang juicy... Tapi isinya tawar... Patutlah Adam dengan Zaraa makan tak habis. Lagi satu, suka aku nak komplenkan... Set ni macam tak kena je... You choose either one lah, if you wanna put fries, tak payah la bubuh mash potato.. Kan dua-dua tu dari kentang... Takde dok gila orang Malaysia ni nak makan segala yang berasaskan kentang. Kan bagus kalu set tu ada ayam, mash potato, salad/coleslaw... Atau ayam, fries, salad/coleslaw. Tapi rasanya fries orang tak berapa makan sangat kot. Nak-nak kalu berminyak, bau minyak pulak yang tengik... Oh disaster!
Cafe ni ada pilihan nak makan kat meja pun boleh, nak makan bersila pun boleh. Kitorang pilih makan bersila. Tapi bila makanan dah sampai, awkward la pulak makan western sambil duduk bersimpuh... Wkwkwkwkwk...
STOP-LOOK-GO-GRAB
Gelas air memang besar. Tak habis nak minum. Pesan nak kurang manis, tapi yang sampai ke meja punya la manis.. Tak tau lah kalu order nak manis tu tahap manis macam mana.. Tahap kerat kaki la kot.




No comments: