Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, April 23, 2016

#1303 Me Vs HOHO Trip

Bos IBM beli tiket bas Hop On Hop Off ni September tahun lepas lagi time Matta Fair.. Kemas tak planning dia... So, dapat harga yang selipat kali murah la. Dah jimat banyak dah tu.. Seperti yang dirancang, semua bangun bersiap awal pagi ni. Plannya nak ambik trip yang paling awal la, baru boleh cover semua tempat.
Tiket yang kitorang beli ni jenis yang valid 24 jam. (sila thumbnail pricing detail kat gambar atas). Kalu kitorang start first trip kul 9 pagi lah katakan, so, kitorang boleh naik sampai kul 9 pagi esok la. Tapi service sampai kul 8 malam gitu je kot... Kau kena sambung tour esoknya la untuk cukupkan 24 jam tu. Paham tak aku explain ni? Tak paham pegi call HOHO sendiri tanya. Untuk first tour ni, kitorang start dari stesen depan Gurney Plaza. Kat Gurney Plaza ni je ada inter exchange bus antara Beach Tour Route dengan City Tour Route. Ko buleh pilih mana-mana yang kau nak, dua-dua route boleh naik guna tiket yang sama tadi. As long as tak lebih 24 jam kalu kau ambik yang jenis 24 jam lah.

Keta kitorang park depan Gurney tu... Senang kan. Turun keta cross jalan terus ke hentian HOHO. 
Mulanya kitorang nak naik Beach Route dulu. Tapi bas yang mula-mula muncul adalah City Tour Route... Naik yang tu je lah... Panas giler kat hentian dia... Tak sanggup nak berjemur pagi semata-mata nak tunggu Beach Tour bus... Naik je la... Kita pusing bandar dulu...
First stop adalah Botanical Garden... Sampai je kat Botanical Garden, stuck berpuluh minit kat situ disebabkan ada driver bangang takde sivik pegi parking keta ikut suka sampai halang laluan bas.. Agak-agak la nak parking pun at least free gear ke apa ke... Belum citer pasal keta yang parking kat parking khas bas HOHO tu lagi... Oh shame on you Malaysian! Bas HOHO ni 20 meter kot... Kalu bas rapid Penang 12 meter boleh lagi nak konar baring... Bengang giler driver duk tunggu owner keta bedebah datang alih keta. Botanical Garden tu luas weh... Weekend pulak tu... Sekali masuk agaknya bersantai-santai la puas-puas dalam tu. Tak sedar keta tu parking sampai menyusahkan orang... Malu giler kat mat saleh dalam HOHO ni.
Tunggu punya tunggu, tak muncul-muncul jugak. Driver pegi buat aduan... Kalu aku, aku seret je dengan keta-keta tu saper suruh kau parking tengah jalan ikut kepala lutut kau je. Last-last ada jugak salah satu owner datang nak alih keta.. Tu pun penuh kepayahan driver nak gostan, ke depan, ke tepi, ke belakang nak elak keta orang... I feel you mr Driver!
Cer bilang berapa keta park kat parking khas HOHO belakang tu?
Sementara nak dapat meloloskan diri tu, dah berapa orang tourist yang give up turun sebab tak larat nak tunggu. Mencalarkan imej Malaysia aje.. Bab sivik ni memang zero la orang kita. Malu, malu. 
Naik City Tour Route ni memang stress. Bukan sebab insiden tadi je, paham-paham la jalan dalam bandar Georgetown ni cemana. Keta banyak, jalan sempit.. Jem sana sini... Banyak masa atas HOHO ni terbuang camtu je. Bas ni cover sampai Kek Lok Si Temple... Aku tak pernah sampai situ seumur hidup 15 tahun duk Penang... Dapat la tengok dari luar.. Oooo macam tu rupa dia... Jalan nak gi ke Buddha tu punya la sempit.. Pejam-pejam mata aku time bas lalu celah kedai... Seriau!
City Tour Route ni kitorang turun kat stop yang paling hampir dengan Art Street tu je. Tak kosa nak naik turun buang masa panas-panas ni.. Basah lencun peluh! Kitorang just nak cari mural-mural yang diorang duk selpi la. Ada banyak sebenarnya. Aku ingatkan semua mural tu duk sebaris dalam satu street... Rupanya tak... Ala-ala stamp hunt kat Gamcheon tu lah... Ko kena ada peta, baru boleh cari kat mana satu-satu art tu diletak. Kitorang main redah je... Jumpa tak banyak la. Memang tak bajet nak hunt semua. Kesian anak-anak berpanasan. Zaraa asyik bebel penat, panas je. My little diva!
Tengok orang ramai kerumun kat ice ball shave nih.. Kitorang pun join lah... Kena pulak panas-panas ni... Memang dahaga sungguh! Laku benar la ice ball dia...
Cara makan: Hisap, jangan gigit...Pastu golek-golek bagi kena air kat bawah... Sampai kembung perut duk hisap benda ni... Angin je yang banyak masuk.. Airnya sikit je... Kat tengah iceball ni ada asam boi 2,3 bijik... Patut la kembung perut aku tadi... 
Last-last kitorang gigit jugak sebab lambat sangat nak kecut kalu duk harapkan hisap je... Habis tu, kitorang terus hunt art lagi... Jumpa la 2,3.... Jadi lah tu... Pening nak cari jalan yang diorang lukis mural tu.. Anak-anak pun dah penat..

Duk asyik cari art tu sampaikan tak sedar kitorang dah jauh benar dah dari hentian HOHO... Adoyai, sesat nak menapak balik ke hentian HOHO tadi... Hentian HOHO ni ada tempat khas dia, bukan hentian sama macam bas Rapid Penang or teksi tu... Jenuh la nak patah balik... Apa la HOHO ni... Patutnya dia buat la satu hentian yang dekat dengan tempat last mural ni... Takde la kita nak kena patah balik ke hentian tadi... Ke kitorang yang tak tahu ada hentian di depan sana? Tengok kat pamplet HOHO, memang takde dah hentian yang paling dekat selain hentian tadi... Kesian anak-anak diheret ke sana sini cari tempat hentian HOHO....
15 tahun duk penang tak pernah-pernah selpi depan masji kapitan ni.
Penuh kepenatan akhirnya jumpa jugak hentian tadi. Nasib baik tunggu tak lama, bas datang... Oh nikmatnya dapat rasa ekon! Bas ni kitorang naik sampai kat tempat pertukaran route di Gurney Plaza balik. Turun City route, ambik Beach Tour route pulak. Terus menghala ke Feringhi. Cepatnya masa berlalu. Dah dekat kul 2 dah...
Kitorang turun kat Holiday Inn, menapak cari McD dengan surau untuk solat Zohor. Kat Feringgi ni, nak cari lunch halal memang susah. Sebab? Sebab diorang kedai-kedai tomyam ni banyak bukak lewat petang... So, tengahari kitorang takde pilihan makan kat fast food aje la. Kedai mamak pun jauh.. Ya Allah jauh giler jalan kaki macam matahari atas kepala... Dengan jalan dekat giler dengan kaki lima... Risau sangat budak-budak ni jalan... Adik penat sangat... Kesian dia.. Diheret sana sini... Selipar asyik tercabut.. Macam pelarian pulak hari ni... Seriusly aku kesian kat budak-budak ni.
Setel makan solat, nak kena patah balik ke Holiday Inn tadi untuk naik the next HOHO.. Ikutkan hati memang trauma dah nak lalu tepi jalan yang sempit dan panas giler tadi tu, tapi no choice. Kena hadapi jugak... Bertabah la heret budak-budak ni sekali lagi... Masa keluar dari mcD, nampak bas lalu depan mata... Huhu.... Dah terlepas... The next bas sejam lebih lagi kena tunggu... Jadual pebenda ni.. Melepek la kitorang berpura-pura jadi tetamu Holiday Inn hahahaha...
Agak-agak 15 minit sebelum bas tiba, kitorang gerak ke hentian... Peluh macam air paip toksah citer la... Oh Malaysiaku tengah summer. Peak summer. Boleh pulak mat saleh berjemur tepi pantai kat Holiday Inn tu... Kita ni tak larat nak cari tempat teduh. Diorang selamba aje main bukak-bukak tepi pantai tu. Huh..
Datang je bas, cepat-cepat naik duk atas... Mula-mula duk dalam ekon... Eh pastu rasa macam tak feel la lalu ikut pantai kena la duk kat open air seat. Budak-budak ni pun pakat nak duk luar.. Yang bestnya pasal Beach Route ni, lalu ikut atas bukit yang banyak pokok.. Teduh jugak la... Tapi kena jaga-jaga dengan ranting pokok yang membidas kena kepala.. And the wild monkeys too.
Beach route ni memang kitorang tak turun pun. Penat giler.. Bila sampai hentian Taman Rimba kat Teluk Bahang tu, driver announce kata nak berhenti 20 minit. So, kitorang turun la pekena ABC... Panas-panas ni memang nak ais-ais je..
Habis ABC, cukup 20 minit bas pun gerak balik. Perjalanan balik ni bestnya sebab matahari kat belah belakang... Takde la silau. Tak rasa panas pun kalu time bas gerak. Berangin ada la.

Kitorang tak turun-turun pun. Berhenti kat hentian akhir kat Gurney Plaza tu baru turun. Keluar bas, masuk Gurney Plaza sebab nak solat Asar dan maghrib terus.. Makan-makan pastu balik... 

Hoi penat giler today's tour. Penang je kot. Tour Korea takde la penat camni... Sebab Korea tak panas kot.... Puas hati la dapat makan angin kat Penang ni. Hari ni aku dapat lihat Penang dari perspektif yang berbeza. Ada tempat yang famous tapi baru hari ni aku kenal. And so many more experiences yang tak boleh nak diungkapkan dengan kata-kata. 

Alhamdulillah...

No comments: