Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, April 26, 2016

#1304 Me Vs Shell Out Cholesterol In

Bangun pagi ni semua sakit-sakit badan. Me, sakit celah paha... Agaknya sebab duk panjat naik turun tangga bas yang curam dan tinggi tu. Hadoiii... Hazabnya nak makan angin kat negara sendiri ni..

Petang karang kul 4 Bos IBM dah nak bertolak balik ke KL semula... Ala kejapnya rasa. Few days ni dah berkira-kira nak buat shell out dengan Bos IBM. Idea dia la.. Aku risau sebenarnya nak jamu dia makan benda  berasaskan seafood-seafood ni. Tekak Bos IBM ni tekak Maharaja. Tak fresh sikit je, tekak dia dah boleh detect... Pastu mula la berasid bagai sampai ke hospital punya citer.. Tekak kitorang takpe.. Tapi dah dia sendiri yang nak, aku ikut je. Benda camni kan best makan ramai-ramai.. Kalu takat aku dengan encik Jack je yang hadap time Bos IBM takde, kurang la meriahnya. The more, the merrier, remember that.

So, paginya kitorang breakfast kat pasar Samagagah macam biasa. Kesian pulak Bos IBM, pasar ni nothing special. Makanan yang dijual bertemakan 'asal ada' je... Boleh imagine tak cane. Lepas makan, terus terjah fishmonger. Aku doa dari kelmarin lagi biarlah seafood hari ni segar dan banyak pilihan.. Tapi takde rezeki. Most seafood tak berapa fresh. Ketam fresh tapi saiz tak berapa besar. Yang paling frust, udang lah.. Sangat tak fresh.. Yang lain-lain ok je. Aku tanya Bos IBM untuk approval of the freshness.. Dia kata beli je... Baik!

Beli-beli-beli binatang yang dikehendaki, pastu terus ke Tesco untuk beli stok bahan kering pulak. Balik umah terus kerjakan these babies... Setiap jenis seafood dimasak berlainan.. Dengan jagung rebus and japanese sweet potato... Sedap rupanya keledek jepun ni.. Manis dan padat isinya.. Sangat mengeyangkan. 
Memang kekah sungguh hati lah.. Selalunya beli seafood buat rencah dalam mi goreng/ kuey tiau goreng je.. This time, memang makan dia je... Ada la nasi jugak.. Perut Melayu kitorang mana boleh lepas dengan nasik jugak.. Dengan modal tak sampai 100, boleh makan sepenuh hati.. Kalu kat Selera Cik Siti katanya 120 gitu... Alhamdulillah dapat jugak rasa shell out yang orang selalu share kat fesbuk tu... Yang penting, I enjoy having it with my love ones... Syukran Ya Allah...

Lepas hantar Bos IBM ke stesen keretapi Butterworth, singgah potong rambut Adam and cari air kelapa muda. Panas-panas ni pandai pulak Adam mengidam nak coconut juice... Dapat, terus balik umah.

Lepas Adam semayang Asar, duk sibuk mintak dengan aku nak main beskal kat luar... Masa tu baru kul 5 lebih.. Aku suruh tunggu kul 6... Nak kasi teduh la sikit kan. Bila teduh tu, aku pun keluar la nak angkat baju. Tengok aku keluar, dia pun bukak gate nak main kat luar.. Mula-mula aku pegi la tengok dia main dengan Zaraa kat luar. Bila dah puas hati, aku masuk la sambung angkat kain.

Tengah angkat kain tu tetiba dengar suara dia bertempik kat Zaraa... Ingatkan dia marah/gurau dengan adik. Lepas tu makin kuat suara dia nangis... "sakit...sakit" Selalunya dia memang tak jerit kalu dia jatuh.. Makin luka makin dia sorok sebab takut kena marah. Tak sedap hati, aku pegi dekat dia... Basikal terpeleot kat tepi tebing padang, dia nangis sambil tutup mulut... Panik dah aku... Tak nampak dia luka lagi... Aku tanya kenapa sakit kat mana... Baru la dia bukak mulut aku tak nampak apa kecuali darah... *Mak kau ni dah la mabuk darah... And dia angkat bibir mulut atas tu dan.... damn.... Allahu... gusi tempat gigi yang baru nak tumbuh tu luka.... Mungkin jatuh tertumus menyebabkan gusi tu terhentak kuat ke tebing konkrit... Allahu akbar... Aku pulak yang nak nanges mengenangkan betapa sakitnya dia.... 

Terus aku tenangkan dia, cakap everything's allright, sikit je... Suruh dia jangan nanges sebab takut encik Jack mengamuk. Selalunya kalu luka sikit-sikit memang aku bebel dia.. Tapi kali ni tak sampai hati sedih sangat-sangat tengok keadaan dia.. Mengenangkan nasib gigi kekal dia tu la. 5 tahun duk tunggu gigi tu... Baru bengkak gusi tu menandakan gigi tu anytime je dah nak keluar. Tetiba jadi camni... Allahu sedih giler rasa... Nak kena pakai gigi palsu seumur hidup ke dia? Mak mertua aku kata, pakai gigi palsu ni memang tak selesa time makan. Hoh, anak aku ni time gigi cukup pun payah makan, apatah lagi kalu kena guna gigi palsu.

Aku suruh dia masuk dan mandi. Sementara tu, sambung angkat  kain yang asyik tergendala dari tadi tu. Tak sempat habis angkat kain lagi, tetiba bunyi PANG!!!!!!! dari dalam bilik air... Allahu akbar... Dalam kepala dah tahu dah bunyi apa... Terus aku tinggalkan kain tak habis angkat, dan lari sekuat hati pergi tengok dia... Benar bagai dijangka, sinki jatuh berderai... Air memancut sampai ke lantai dapur, serpihan sinki berterabur di lantai, encik Jack mengamuk and a little boy is shaking in frighten, unreadily waiting for his punishment. That is what I saw. Cepat-cepat capai towel dan tenangkan dia... Dua kali dia terkejut, pity this boy. Aku cek body dia kot-kot tertimpa sink tadi... Nasib baik tak kena..  

Lepas bersihkan serpihan sinki tu, aku keluar-keluar tengok dia dah lena. Tak sempat nak bubuh ubat.. Kesian anak aku... Kejut semayang maghrib kul 8, dia bangun la semayang. Lepas tu sambung tido balik.. Makan pun tak. You know what, bila this thing happened, bukan dia aje yang trauma. Aku pun sama. Payah aku nak tido, duk terngiang-ngiang suara dia jerit sakit tadi... Berkali-kali terbayang rasa seriau bila mengenangkan cara dia jatuh tu. Ternampak pulak gusi dia kebiru-biruan darah beku. Otak berpakej anxiety aku memang takleh nak terima semua ni.
Sink dalam toilet ni dah lama aku perasan dia macam makin menurun. Tapi masih mampu bertahan. Aku dah pesan banyak kali kat semua orang dalam rumah ni jangan tekan-tekan sink ni... Agaknya dia masuk nak tengok luka kat gusi dia tu la, nak kena bertungkat kat sink tu baru dekat sikit ke cermin... Bila tertekan kuat sikit, tu yang roboh terus tu. Haih... Marah betul big boss nak kena beli sink baru.. Sampai lupa nak cek anak tu cedera ke tidak... This part memang aku kecik ati. Sangat. 
Trauma dengan aku-aku sekali. Yang aku perasan, time aku tak berapa nak bagi dia main kat luar tu, selalu ada mishappening. I should be extra careful of what I'm thinking next time. Kesian dia. Tak nak bagi dia main kat luar, kesian pulak. Dah la gajet pun aku tak bagi dia guna. Kalu suruh main dalam pagar, karang tercalar keta orang, marah pulak orang tu. Bila bagi keluar, jadi lagu ni pulak. Serba salah.


So inilah cerita hari ni...  

No comments: