Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, May 1, 2016

#1306 Me Vs Cinema With The Kiddos

Menggelupur weh cuti banyak hari tapi tak ke mana-mana ni. Last minute baru decide nak gi Pangkor... Unfortunately, semua fully booked termasuklah area kat Manjung and Lumut. Kemain rakyat Malaysia sekarang ni. Gawat-gawat pun semua hotel guesthouse penuh jugak. 
Kucar-kacir garu kepala nak buat aktiviti apa cuti ni... Aku ajak encik Jack pegi tengok wayang dengan bebudak ni. Trial and error... Tak pernah lagi kan bawak diorang. Lama giler dah aku tak tengok wayang... Last tengok wayang citer apa eh... Twilight series ke apa.... Berapa tahun dah tuuu...
Canggih la sekarang ni, book tiket pun thru online.. Sampai-sampai sana takyah jenuh beratur panjang, dia dah ready kaunter ekspres untuk online bookers.. Sebelum masuk dah hypnotized bebudak 2 orang ni banyak-banyak kali... Cakap once dah masuk takleh keluar dah.. Takleh buat bising.. And so on.. Disebabkan ada umpan popcorn dengan soft drinks, diorang stay put la... 
Tengok Captain America Civil War.. Mula-mula ingat nak tengok Junglebook sesuai dengan diorang ni. Tapi fikir-fikir balik, ah macam tak berbaloi je bayar mahal-mahal tapi tengok citer biasa-biasa je. Baik la tengok citer orang tua... Hahaha... Sorry kids! Diorang tengok la jugak... Time yang banyak cakap and monotonous je, diorang mula la start boring and sembang sesama diorang... Time part action bunyi gempak-gempak tu diam kejap and fokus. Overall, okey lah lulus bergaya bawak diorang tengok wayang. Cuma choiii la part yang best-best diorang nak kencing la apa... 2,3 kali ulang gi toilet... Sedut lagi air banyak-banyak!
Malam punya cerita... Main eja-eja dengan daddy... Zaraa sekarang dah boleh eja sepatah-sepatah... So, daddy tulis la few words and uji impromtu. Look at her drawing! Hahahaha.... Cute gila! Pandai pulak tu imagine tiap words yang daddy tulis dan menzahirkan dalam bentuk lukisan... You go girl!

No comments: