Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, May 3, 2016

#1307 Me Vs The Nine-r Boy


3 Mei 2007
Hari ni Adam genap 9 tahun. Dah 9 tahun aku jadi mak orang... 9 tahun dulu, pada tarikh hari ni aku tak sempat pun tengok rupa anak aku... Tengok, tapi doktor tunjuk tang cuckoo bird dia, Nah awak dapat baby boy kata doktor Ramli... Lepas tu aku terus passed out... 

Kat dalam ward, cuma tengok rupa anak melalui henpon encik Jack... Henpon jaman tu belum versi HD lagi... Takat nampak rupa je lah.. Hari ke 3,4 lepas aku boleh bangun baru jumpa anak aku kat NICU... Itu pun tengok dan sentuh dia melalui lubang incubator tu. Belum boleh keluarkan dia dari incubator untuk aku dukung.. Lahir-lahir terus masukkan oksigen dalam tu... Paru-paru dia okey, tapi sebab dia IUGR baby, doktor tak nak stress kan his tiny body kot, Oksigen yang dibekalkan kat dia tu sekadar membantu supaya dia tak guna banyak sangat tenaga gitu la lebih kurang.
In his tenat days... see his swollen grip?
My tiny baby is a real fighter. He surpassed his 50-50 condition. Alhamdulillah... Baby inilah yang doktor kata dah buat yang terbaik dan tinggal doa, serahkan pada Tuhan yang menentukan. Baby ni lah yang survive dari outbreak kat NICU... Baby ni la yang dulunya gangrene dari siku ke hujung jari.. Baby ni lah yang gelembung kedua belah tangannya... Baby ni lah yang tenat dan bertarung nyawa untuk terus hidup... Baby ni lah yang diberi Tienam dua kali sehari... Tienam ni sejenis antibiotik dos tinggi, biasanya orang dewasa pun tak mampu bertahan. But this baby surpassed. Masya Allah... He's tiny, but he's strong.

Hari ni this baby dah 9 tahun. Boleh membaca, mengira dan menulis on his own pace. Tidaklah excel, tapi cukuplah untuk memuaskan hati aku. Apa-apa pun syukur tak terhingga diberikan nikmat menjaga dan mengasuh dia sampai ke hari ni. This full of flaws mommy is still coping on how to not turn into a bad ass mom. Semua flaws yang ada pada dia, datangnya dari this flawful mommy yang tak pandai nak ajar dia. Anggap saja begitu. 
Saje tak tanya dia nak hadiah apa. Kalu tanya pun dah tahu dah dia mesti nak kereta mainan je. Kebetulannya, pencil colors dia dengan Zaraa dah tinggal sikit je... Yang ada pun dah kontot. So, malam ni kita keluar cari pencil colors la sesambil birthday dinner kat luar.. Minggu depan Adam exam, Encik Jack janji dengan dia, kalu excel, daddy nak bagi hadiah, ikutlah nak apa. Hohoho... A week after that Zaraa pulak exam... Mati laaaa kena standby presiessss...
Malam ni birthday boy makan agak banyak... Satay dengan char koay teow habis licin. Zaraa tender perabis nasik impit cicah kuah kacang. Habis nasik impit, suruh suap char koay teow pulak.. Bagus anak-anak malam ni. Kalu tiap kali keluar makan bersungguh macam ni pasti daddy tak keberatan nak jjcm memana...
Balik rumah sudah semayang Isyak, Adam tido. Adik tak tido-tido hype la ada color pencils baru.. Tadi masa hantar dia sekolah, aku stay la kejap untuk bayar yuran. Sesambil tu tanya la cikgu dia cane dia sekarang kat kelas. Cikgu kata dia ok, cepat paham. Kira antara yang paling cepat boleh mengeja la.. Nombor pun kenal... Cuma cikgu kata kalu dia buat salah, kaler tak terang, cepat je la nak nangis... Dia jenis nak jadi orang first hantar... Cikgu siap 'sound' lagi.... suruh beli pencil kaler yang terang sikit,,, Beli yang brand elok sikit la... *dush!!!!! Kena setepek... Maklum la selama ni asyik beli kaler yang murah-murah je la... Sebab tahan 2 bulan je... Kalu tak hilang, kontot sebab selalu gorek... Rajin terlebih camtu la.... 
Dah malam ni beli color baru, balik rumah terus rasmi la derrr.... Memang nampak la beza guna kaler branded dengan kaler murahan...Mati la naaaaaaaaakkkk 2 bulan sekali nak kena beli baru.. Pensil tulis tu pun beli sekotak hari-hari nampak dia ambik isi dalam pencil case... Hari-hari hilang hadoyaiii tu pun ada hati nak mintak daddy dia beli pensil kaler 24, 36 batang... Pensil seketul pun hari-hari hilang.

Saje je aku publish sehari lewat... Nak tau makcik pakcik nenek Adam ingat tak birthday dia.... Emmmm tak kot... Hahahaha semua orang tengah overexcited nak pegi Tioman... Semua lupa birthday dia... Kalu aku publish kelmarin, sure diorang dah wish dah...

So, happy birthday Adam.. Although I'm still struggling to be a good mommy to you, but I love you mucho, to the moon and back! 

No comments: