Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, May 4, 2016

#1308 Me Vs Decoder Down

Rajin giler Blog Diva hapdet blog bertubi-tubi... 
Semua gambar dalam entry ni takde kaitan dengan cerita dalam entry ni... Just picked randomly, nak perabih stok gambar lama... Alkisahnya, hari ni rasa panjang berjela-jela lah lamanya... Kisahnya camni... Masa aku tengah masak lunch tadi, Zaraa pekik cakap tv rosak. Pastu jerit sekali lagi kata tv keluar asap. Mulanya ingatkan masa dia kata tv rosak tu ingat overlapping recorded movies macam yang selalu jadi... Tak pun, decoder tengah reboot. Tapi bila dia jerit sekali lagi kata keluar asap, ini tak boleh jadi ni... Terus la ambik langkah drastik keluar tengok... 
Masa aku keluar tu asap takde, tapi bau hangit tu memang ketara sangat la... Dan bunyi macam spark dari dalam decoder.. Something is burning inside... Ya Allah. Dan-dan tu panik what to do next. Tercari-cari suis nak off. Dek kerana panik, tak jumpa suis.. Padahal dah tahu encik Jack sorok belakang tv... Dalam duk kelam kabut takut api menyala atau terkena renjatan letrik, aku capai kain pastu terus offkan suis... Bila nampak suis sejutanam kat belakang tu tak sempat nak pikir dah yang mana satu suis decoder, mana satu suis tv, mana satu suis modem/ telefon... Semua aku off. Hahaha boleh tahan kan panik aku.
Fuh... Nasib baik Zaraa bagitau. Buatnya jadi time dia kat sekolah, aku duk buat keje kat dapur tak sedar-sedar benda tu rentung kat luar... Scary kan. Bila encik Jack balik dari ambik Adam sekolah, bagitau dia mishap tadi... Dia bukak cek tv, alhamdulillah masih berfungsi.. Cuma decoder aje takleh nak selamat. Gali sana sini cari nombor customer service Astro untuk report... Staf tu mintak nombor siri decoder, alamat rumah dengan nombor IC encik Jack, pastu dia kata dalam tempoh 24 jam, diorang akan hantar technician ganti decoder baru. Tak payah bayar... Part free tu syok lah alhamdulillah... Tapi part 24 jam tu, tak tau nak caya ke tak. Hopefully cepat la diorang datang...
Ingatkan sementara tunggu orang Astro datang, boleh la guna HyppTv... Tapi sebab dah lama tak on decoder HyppTv tu, jadi takleh nak guna.. Program tak tele cane entah... Dah berapa tahun tak on benda tu... Memang patut lar takleh guna... Sayang kan. 
The rest of the day and night, memang tak berkumandang la bunyi dan visual tv. Menggelupur masing-masing. Orang dewasa takpe la ada henpon ada laptop boleh surf internet lagi. Bebudak ni la... Kesian pulak diorang... Kekadang pasang tv pun takde sape tengok jugak pun, cuma nakkan 'bising' dari tv untuk meriahkan suasana je. Dalam hati ni duk berkira-kira nak bagi ke tidak bebudak ni tengok movies kat laptop... Kang kalu bagi, esok-esok mesti diorang duk merengek mintak nak lagi. Dan lagi dan lagi. But since diorang tak mintak, tak sebut pun pasal these gadjets, better stick to idea asal. Kesian jugak kejap bagi, kejap tarik balik... Baik jangan bagi terus.
Malam ni Zaraa tido kul 7 lagi... Letih duk pokpekpokpek melukis menulis mengira sampai 100 kot.. Hahahaha told you mek ni memang rajin. Adam pulak bila seharian lepas balik Kafa sampai ke malam takleh tengok tv, dia bukak la buku buat latihan matematik... Memang hazab sungguh takleh tengok tv ni. Tv ada, tv ok tapi takleh tengok.. Arrrghhhh... 
Esok Isra' Mikraj. Sekolah Zaraa cuti. Sekolah Adam tak. Sekolah encik Jack pun tak ;p. Mati la naaakkk... Apa aku nak buat aktiviti dengan budak popcorn ni seharian esok... Mesti aku habis bateri awal esok... 

Macam back to the future zaman nenek aku je rasa. Memang awkward lah rasa bila takde bunyi tv ni...

No comments: