Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, May 7, 2016

#1309 Me Vs Deko Republic

Sejak dah beransur kebah dari DOTS fever ni, membara-bara rasa rumah aku sangat tak style. Dah 5 tahun pun rasa tak style. Biasa lah, rasa itu akan datang dan pergi mengikut peredaran masa. Seriously, rasa nak ubah keseluruhan kalu berduit macam Datuk Terlajak Laris.
In the game for white sofa.
Disebabkan most my time kat umah ni banyak dihabiskan di ruang tamu, makanya area inilah yang buat mata aku asyik berbulu. Rasa tak style lah living room aku ni. Macam-macam posisi perabot dah aku ubah. Tak banyak choice pun, sebab ruang tamu aku tak besar. Perabot pulak besar-besar. Dah makan separuh ruang. Aku sangat mementingkan ruangan untuk berjalan. Sangat tak best kalau nak lalu kena menyelit celah perabot. 
Ada macam-macam posisi yang aku teringin nak ubah. Tapi kena ambik kira menghalang ke tak nak tengok tv dari kedudukan sofa aku ni... Kalu blocking, not nice jugak... Haih payah kalau rumah sempit ni. Macam-macam faktor nak kena ambik kira. (btw, Eric Leong dah kemana dia? Kena search dia kat ig lah pasni)
Bila nak alihkan ke sana sini dan tengok kesesuaian posisi perabot, baru lah sedar umah aku ni banyak sangat perabot. Masa beli tu obses nak suruh banyak seating area lah biar semua tetamu dapat duduk. Sebab masa kat warehouse tu semua perabot tak nampak besar macam actual size. Dan sebab warehouse tu itself memang besar, semua perabot nampak relatively lebih kecik. Hah, bila angkut balik rumah baru tau depa ni space-hunger. 
Kapet. Satu-satunya kapet kat umah aku ni yang ada depan tv ni adalah kapet pemberian Puan Menteri lepas aku kawin dulu. Banyak kali dah aku basuh dalam mesin basuh.. Dah koyak pun sikit. Dalam hati ada menyimpan cita-cita nak pakai kapet parsi. Tapi selagi bebudak ni takleh nak look after their comotness, tak berani aku. Heran aku tengok young parents boleh pakai kapet tebal-tebal dengan anak-anak keciknya... How did they maintain it? Tak tumpah ke atas tu... 
Kalu kat umah aku ni, pakai kapet murah pun tak terjaga kebajikannya. Baru je basuh, dah tumpah susu lah, sos lah, cookie crumbs lah... Huhu... Memang tak dapat la nak pakai kapet mahal. Tapi kan kalu guna kapet mahal tu, tido atas tu sambil tengok tv sedapnya la hai... Takde la sakit tulang sulbi aku ni... Kalu guna kapet tebal, tak dapat la nak basuh dalam mesin basuh. 
Apa style yang aku suka? Entah... Aku pun tak tahu style yang aku favour tu dipanggil apa. Chic? Cozy? Comfy? Glam? Modern kontemporari? Entah! Yang indah di mata aku lah semestinya.
I am not an avid reader. Tapi kalau ada masa, ada sumber, why not. Dah lama tak membaca. Aku ada satu impian, nak membaca atas cozy chaise lounge macam ni... Letak pulak tepi sliding door yang ada balkoni perghhhh.... Layan. Dapat yang macam ni, lepa-lepa, buku yang baca aku!
Memanglah nak cari yang cozy macam ni, penat-penat mata membaca boleh lah lelap atas ni terus... Kan sedap nampak tu. Letak selimut kat hujung tu sekali. Voila! Sedap, sedap jugak. Tapi kalu ada duit nak beli ni pun, nak letak tang mana... Balkoni atas memang takde apa... Tapi saper la nak duduk panas-panas kat luar tu. Kalau Amareka tu takpe la jugak.. 
Ni lagi satu, reading nook. Sukanya kalu ada nook macam ni.. Yang macam ni sesuai untuk rumah banglo lah. Umah teres nak bina nook ni celah mana. It's really a good thing kalu boleh bina mini library camni sekali kat umah ni. We don't always buy books. Sebab buku mahal kot. Apa-apa semua baca kat internet. It's towards making paperless world, remember? Novel pun baca online. Mana la tak rosak mata. Sometimes, I reminisce the old days, old ways of reading books. Memang membaca ni bagi aku, tak puas kalu takleh pegang, takleh belek dengan 10-10 jari. Kecik-kecik dulu kalu time cuti sekolah hujung tahun tu, kitorang adik-beradik baca la buku cerita to kill time. Hujung tahun kan musim tengkujuh, mak bapak kerja, we the kids takde banyak pilihan of indoor activities. Reading can be one of them. Ha, feel la sikit baca sambil hirup hot chocolate semug time sejuk-sejuk tu. Kalu la dapat reading nook kat celah mini library macam ni, memang book hunting la hari-hari kot. 
Macam umah Edward Cullen je...
Perasan tak indoor plants memainkan peranan penting dalam dekorasi rumah. Ada orang, lebih sukakan fresh flowers. Me too. Tapi fresh flowers sangat la mahal. Berkira-kira nak beli. Silap pilih, harga macam beli barang basah untuk seminggu. Hoho.. Lagipun, budaya orang kita lebih prefer bunga plastik dari yang real. Faktor ekonomi also.
Bagi yang mahukan lebih tahan lama, boleh tanam indoor plants. Rumah nenek aku banyak tanam indoor plants... Memang cantik. Some acts as air purifier. Go figure. Kalau pandai jaga, pandai pilih, memang cantik la. Terjaga mata kau kat rumah... Siang malam boleh tengok kehijauan.
Yang ni requires no tel perhilitan sekali.
Setakat ni, pokok pandan je yang elok aku rendam dalam air dalam rumah. Yang lain, tak berapa menjadi. Mungkin tak cukup pencahayaan. Atau simply sebab tangan aku tak cukup sejuk.
No pasu no problem. Mug pun boleh.
Bab flooring pulak, kalau mati hidup balik pun aku tetap pilih solid wood flooring. Sekarang ni hanya mampu pasang laminated floor aje... Tapi sudah memadai. Solid ni kaler dia lagi cantik and glossy pada aku lah. Dan bunyi pun lebih padat. Yang utamanya wood grain dia lagi real la. Umah aku sekarang ni pakai laminated floor yang biasa aje. Aku pilih tak glossy aritu sebab tak nak licin sangat. Bila tengok lantai tiles berkilau ni rasa jeles pulak. We can never ever get enough!
Lantai kayu-kayu ni sesuai la untuk orang yang ada masalah saraf macam aku. Cuma, nak kena jaga part basah-basah la takut lantai bengkak. So far alhamdulillah, masih terjaga. Ada la jugak spots yang bengkak sebab tak perasan bebudak ni tumpahkan air. Tapi sikit je. Kena alert la kalu guna lantai jenis ni. Ok je, kalu aku yang pemalas ni boleh maintain, so can you. (cantik kan kaler lantai atas ni)
Window treatment... Curtain bilik kat atas dah kena buat baru. Kain dah makin reput dek panahan terik sang mentari. Curtain bilik tak pernah buat baru sejak dari kawin lagi! Hahahahaha. Guna yang orang tak nak je. This time kena buat la. Makin nipis dah aku tengok. Benda-benda macam ni aku reasonable la... Buat ikut keperluan, bukan tukar tiap masa ikut napsu.

For curtain, please no scallops. Curtain aku suka yang biasa paling simple tu je.. Railing pun pakai rail aluminium bodo tu je. Takde rod-rod kayu. Encik Jack selalu gak offer nak beli rod kayu tu, tapi aku refused. Bagi aku, itu semua terlalu mencuba. Yang penting, kena ada sheer for day curtain, and blackout for night curtain. Curtain dalam gambar atas tu sangat seksi di mata aku. Pernah pegi rumah orang, curtain dia sangat serabut sampai nak lari keluar.. Scary! No ruffles, no scallops, the rest should be fine with me. 

Aku paling tak berkenan fabrik yang kilat-kilat. Jenis tu la yang banyak di pasaran. Sakit mata.
Macam mahal nampak kan dinding ni?
5 tahun dah duduk sini. Boleh bayang la banyak mana grafiti yang terhasil oleh my minions kat umah ni. Banyak tahun dah aku suggest nak cat balik. Berkenan pulak kat Nippon Momento. Pernah tengok kat umah sedara masa raya. Sangat nice lah. Macam wallpaper gitu.. Tapi cat ni banyak step baru jadi. Aku pulak tak game bebenda DIY ni. Encik Jack pulak tak game nak hire-hire orang cat ni. Mahal weh kalu nak upah buat effect Momento nih. Sebab kena guna kreativiti kot. Dahtu cane? Dahtu sampai ke hari ni la tak cat-cat lagi. Grafiti pun makin bertambah wilayahnya aku tengok. Eloklah tu, biar diorang berkarya puas-puas dulu. 
I have an ugly kitchen. Dah sampai tahap hate-hate relationship dah aku rasa. Malas nak ulang citer cane boleh jadi camtu. Kalu ada orang nak derma, aku nak je tukar rupa kabinet ni. For now, buat-buat tak nampak aje lah. Impian aku tak besar, aku nak sink aje besar sikit. And kabinet colour lain. That's all. Kabinet yang ada sekarang ni dah ok, cuma kalau aku mampu tukar, aku nak belah dalam tu dibina dari batu bata, bukannya material kayu macam sekarang. Baru kompiden sikit nak stack pinggan mangkuk. Safer and sturdier gitu. 
Untuk bilik tidur utama, aku ada satu wing chair nak letak macam dalam gambar ni. Tapi selagi bebudak ni tido dengan kitorang, tak muat la nak bubuh kerusi ni. Memang bilik tak pernah make over pun lagi. Bilik memang naik untuk tido je. Berehat, smayang, salin baju mandi manda semua kat bawah. Memang masterbedroom ni jarang diberi perhatian. Bila la nak touch up bilik ni..


Mood deko-deko dah mari. Duit je tak berapa nak mari.

No comments: